fbpx

3 Beza Enterprise dan Trading Yang Orang Sangkakan

Beza Enterprise dan Trading Yang Orang Sangkakan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang beza enterprise dan trading yang orang sangkakan yang boleh dijadikan panduan untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan mereka.

Pendaftaran perniagaan merupakan satu perkara yang perlu dilakukan oleh anda sekiranya anda ingin memulakan perniagaan yang sah di sisi undang-undang. 

Namun, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan pemilik perniagaan mempunyai pemahaman yang salah berkenaan beza enterprise dan trading. 

Jangan risau, artikel ini akan membincangkan dengan terperinci berkenaan beza enterprise dan trading yang orang sangka.

Beza Trading Dan Enterprise Dalam Segi Harga

1. Harga Pendaftaran Enterprise Lebih Rendah Daripada Trading

Banyak orang menyangka bahawa harga pendaftaran untuk perniagaan enterprise adalah lebih rendah daripada trading dan ini adalah perbezaan antara enterprise dan sdn bhd pertama yang orang sangka.

Namun, hakikatnya adalah kedua-dua perniagaan ini mempunyai harga pendaftaran yang sama. 

Sebab harga kedua-dua perniagaan ini sama adalah kerana kedua-dua jenis perniagaan ini berada di dalam kategori perniagaan yang sama.

Maksud Trading Dalam Perniagaan

2. Adakah Trading Memerlukan Khidmat Setiausaha Syarikat

Terdapat juga orang yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka menyangkakan bahawa perniagaan trading memerlukan khidmat setiausaha syarikat seperti syarikat Sdn. Bhd. dan mengambil keputusan untuk mendaftarkan perniagaan enterprise.

Sebenarnya, perniagaan trading tidak memerlukan sebarang khidmat setiausaha syarikat bagi menjalankan perniagaan mereka. 

Perniagaan trading adalah sama seperti perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian enterprise.

3. Enterprise adalah ROB dan Trading adalah ROC

Perkara yang seterusnya yang membuatkan pemilik perniagaan terkeliru dengan kedua-dua nama perniagaan ini adalah enterprise dikategorikan sebagai Registration of Business (ROB), manakala trading dikategorikan sebagai Registration Of Company (ROC).

Sekiranya anda tidak arif berkenaan istilah ROB dan ROC, ROB merujuk kepada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian perniagaan, manakala ROC pula merujuk kepada perniagaan yang didaftarkan bawah kategori syarikat (Sdn. Bhd., Berhad, Holdings, etc.). Anda perlu memahami bahawa enterprise dan trading dikategorikan sebagai perniagaan jenis ROB.

Apa Beza Enterprise dan Trading Dan Adakah Enterprise dan Trading Sama?

Selepas anda membaca penerangan di atas tentang spekulasi yang salah berkenaan beza enterprise dan trading, semestinya anda tertanya-tanya adakah kedua-dua perniagaan ini adalah sama?

Jawapannya adalah ya, enterprise dan trading adalah sama. Apa yang membezakan antara kedua-dua perniagaan ini hanyalah nama yang anda ingin letakkan ke dalam perniagaan anda. Sebagai contoh, sekiranya perniagaan anda lebih banyak menawarkan perniagaan yang melibatkan urusan jual beli produk, anda boleh meletakkan nama belakang perniagaan anda sebagai Trading (Eg: Halim Stationaries Trading) 

Maksud Resources Dalam Perniagaan

Selain itu, perkataan seperti Resources, Venture, dan Enterprise juga boleh digunakan untuk mengecop identiti atau sifat perniagaan anda. Oleh yang demikian, anda perlu memahami maksud resources dalam perniagaan yang enterprise dan trading dikategorikan sebagai perniagaan milikan tunggal atau perkongsian perniagaan.

Apakah Punca Kekeliruan Antara Maksud Trading Dan Enterprise?

perbezaan antara enterprise dan sdn bhd

Jadi, apakah punca utama yang membuatkan kebanyakan orang terkeliru dan mempunyai tanggapan yang salah berkenaan maksud trading dan enterprise? Punca utama perkara ini terjadi adalah disebabkan oleh pengetahuan yang tidak mencukupi berkenaan ROB dan ROC.

Apabila anda mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang berkenaan sesuatu perkara, anda selalunya akan membuat anggaran ataupun meneka tentang perkara tersebut. Kesan daripada perkara tersebut adalah akan terdapat lebih banyak individu yang memberikan maklumat atau penerangan yang salah berkenaan jenis perniagaan.

Perkara kedua yang menimbulkan kekeliruan ini adalah orang yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan selalunya tidak tahu bahawa di setiap papan tanda kedai atau perniagaan, akan ada nombor pendaftaran perniagaan. Untuk perniagaan enterprise, nombor pendaftarannya mempunyai enam digit yang disusuli dengan satu huruf (Eg: 734570 M).

Sekiranya anda mengetahui tentang maklumat ini, anda akan memahami bahawa perniagaan tersebut dikategorikan sebagai ROB walaupun perniagaan tersebut menggunakan perkataan trading, resources, mahupun venture di dalam nama perniagaan mereka.

Demikian merupakan beza trading dan enterprise yang kebanyakan orang sangkakan, tetapi tidak benar. Sekiranya kita ingin membezakan antara enterprise dan syarikat Sdn. Bhd., maka terdapat banyak perbezaan yang anda perlu tahu. Sebagai contoh, syarikat Sdn. Bhd. mempunyai syer saham dan setiausaha syarikat. Jika anda inginkan kelebihan yang terdapat dalam syarikat Sdn. Bhd. dan ingin mendaftarkan perniagaan anda di bawah syarikat Sdn. Bhd., anda boleh klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?