Memohon Surat MITI

Memohon Surat MITI

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang cara memohon surat MITI.

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia telah menyebabkan pelbagai sektor perniagaan terjejas seperti sektor hotel, pelancongan, pengangkutan awam, perumahan, serta sektor usahawan sosial. Keadaan ini adalah disebabkan sektor-sektor di atas tidak mendapat kebenaran untuk berniaga supaya penularan wabak ini dapat dikekang buat sementara waktu dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Namun, hanya terdapat segelintir sektor yang dibenarkan untuk beroperasi iaitu sektor makanan dan minuman, sektor pembekalan bahan mentah, serta sektor kilang yang dikategorikan sebagai barang keperluan asas. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia mengarahkan syarikat yang tergolong di dalam sektor yang berkenaan untuk memohon untuk mendapatkan surat kebenaran untuk beroperasi dari pihak MITI. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan MITI?

The Ministry of International Trade and Industry (MITI) atau dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah kementerian yang bertanggungjawab dalam penyeliaan perdagangan antarabangsa, industri, pelaburan, produktiviti, perusahaan kecil dan sederhana, institusi kewangan pembangunan, industri halal, automotif, serta perdagangan strategik. Kerajaan Malaysia memutuskan bahawa sekiranya sesebuah perusahaan syarikat ingin beroperasi dan perlu merentas daerah atau negeri, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran dari MITI terlebih dahulu. Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan cara-cara untuk anda mendapatkan surat kebenaran dari MITI supaya syarikat anda dapat terus beroperasi semasa PKPD dilaksanakan.

Cara Memohon Surat MITI

Permohonan surat kebenaran dari MITI hanya boleh diperolehi melalui pendaftaran portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) yang diseliakan oleh MITI. Surat ini akan mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah kod respon pantas (QR) surat berkenaan. Pihak MITI telahpun melaksanakan CIMS 3.0 pada 5 Julai dan mengarahkan kesemua pemohon terdahulu untuk mengemaskinikan semula permohonan mereka untuk mendapatkan surat CIMS 3.0. Berdasarkan kenyataan mereka di media, syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka. Sekiranya syarikat anda tergolong di dalam sektor perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi tetapi anda masih belum mendaftar di dalam laman web mereka, anda boleh klik link ini: notification.miti.gov.my.

FAQ berkenaan Surat MITI

MITI juga telah menyediakan senarai soalan-soalan lazim (FAQ) untuk membantu pihak industri dalam mendapatkan maklumat terperinci dan tepat mengenai SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di bawah:

Laman Web Cara Memohon Surat Miti

Boleh, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu yang disediakan MITI atau syarikat pengilangan dan pembuatan anda berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di pautan www.notification.miti.gov.my.

Kapasiti kakitangan yang dibenarkan ialah 60% kakitangan di premis dan 40% bekerja dari rumah

Pihak majikan wajib melaksanakan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan, termasuk tugas-tugas membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan. Bagi pekerja-pekerja sektor yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.

Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.

Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja, surat MITI atau surat kebenaran majikan.

Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan pekerja melepasi sekatan jalan raya.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan pada PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP PKP sedia ada dan telah digariskan MITI dalam garis panduan yang dinyatakan di laman web mereka.

Majikan disarankan merujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara untuk senarai SOP yang ditetapkan kerajaan: https://www.mkn.gov.my/

Demikian merupakan penerangan jelas berkenaan Permohonan surat kebenaran dari MITI bagi syarikat yang tergolong dalam sektor yang dibenarkan untuk beroperasi. Bagi syarikat yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan dan memerlukan bantuan pendaftaran serta khidmat dari setiausaha syarikat yang dipercayai, anda boleh menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?