Mengenai Kami

setiausaha syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

TAZ Corporate Holding Sdn Bhd adalah setiausaha syarikat yang menawarkan perkhidmatan professional untuk pelbagai entiti perniagaan. Secara spesifik, segala bentuk laporan yang disediakan oleh pihak kami merupakan satu kertas professional yang menuruti tatacara dan etika yang perlu ditaati oleh setiap akauntan bertauliah.

Pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. adalah antara kepakaran kami. Kami menyediakan khidmat setiausaha syarikat Sdn. Bhd. kepada perusahaan yang baru ingin menceburi dalam bidang perniagaan. Setakat ini, terdapat lebih 150 buah syarikat yang berdaftar dengan TAZ Corporate Holding untuk menggunakan khidmat setiausaha syarikat Sdn. Bhd di seluruh Malaysia.

Firma kami juga mempunyai kepakaran yang amat tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang perakaunan untuk membantu pelanggan kami berkaitan dengan pengurusan serta nasihat kewangan, merekod akaun, menyediakan pulangan cukai pendapatan, menyediakan penyata kewangan, rancangan perniagaan, nasihat percukaian, analisis penanda aras, kepatuhan pengurusan dan khidmat perniagaan kepada pelanggan.

Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan akaun pelanggan ditadbir baik dan membantu syarikat pelanggan untuk berkembang maju. TAZ Corporate Holding Sdn Bhd berazam untuk menyediakan perkhidmatan yang baik dan mendapat kepuasan maksima dari pelanggan kami.

Barisan kakitangan kami yang mahir

Artikel Penubuhan Syarikat

Beli Syarikat
fdz.integrated@gmail.com

Beli Syarikat sedia ada?

Apakah itu Beli Syarikat Sedia Ada? Kami mendaftar syarikat-syarikat ini untuk tujuan dijual semula, dengan itu, kami memastikan dan menjamin bahawa syarikat-syarikat ini adalah bersih

Read More »