Untuk daftar syarikat online atau pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. yang sah, setiap syarikat yang didaftarkan di dalam Malaysia perlulah mematuhi Akta Syarikat 2016 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.). Akta Syarikat 2016 telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 2 orang individu diperlukan untuk didaftarkan sebagai pengarah syarikat.
Seterusnya, pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. mestilah mempunyai ciri seperti sebuah entiti yang boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri, mempunyai alamat tempat tinggal yang sah, mempunyai aset atas namanya sendiri, dan bersifat kekal abadi.
Kami senaraikan 10 Langkah pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. untuk membantu anda yang ingin membuat pendaftaran syarikat Sdn. Bhd.
PAKEJ PENDAFTARAN SYARIKAT SDN. BHD. KAMI TERBAHAGI KEPADA 10 LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI BAWAH:
1. 3 Set Carian Nama Syarikat di SSM
2. Draft Dokumen Penubuhan Syarikat
3. Resolusi Bank
4. 2 Set Pengesahan Dokumen Oleh Setiausaha Syarikat
5. 3 Set Dokumen Lengkap Syarikat
6. 1 Set Sijil Saham Syarikat
- Nama dan tarikh seseorang individu menjadi pemilik saham tersebut akan dinyatakan.
- Setiap sijil saham mempunyai nombor sijil yang berfungsi untuk memudahkan pencarian sijil tersebut.
- Jumlah saham akan dinyatakan di dalam sijil saham tersebut.
- Tandatangan daripada pihak berkuasa syarikat yang mewakili syarikat tersebut adalah diwajibkan. Pihak berkuasa syarikat juga akan mengecop sijil tersebut menggunakan cap meterai.
7. Sijil Penubuhan syarikat
8. Company Super Form ( Section 14 )
- Maklumat syarikat
- IMaklumat Pengarah/Direktor Syarikat
- Maklumat ahli-ahli syarikat
- Pengisytiharan
- Maklumat Pengisi borang
9. 3 Set Penyediaan & Penggunaan Surat CTC
10. 1 Set Buku Daftar, minit & sijil saham beserta kemaskini
Tidak semua individu layak untuk menjadi pengarah sesebuah syarikat. Antara syarat-syarat untuk menjadi pengarah ialah:-
- Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pemikiran yang waras.
- Tidak dikecualikan di bawah seksyen 198 Akta Syarikat, 2016;
- Tidak disabitkan muflis
- Tidak pernah didakwa di dalam atau di luar Malaysia atas sebarang kesalahan
- Maklumat Pengisi borang
- (a) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
- ( b) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran, pembentukan atau pengurusan suatu perbadanan;
- (c) telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berhubungan dengan sogokan, fraud atau kecurangan;
- (d) telah disabitkan atau suatu kesalahan dibawah seksyen 213, 217, 218, dan 539; atau
- (e) telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah dibawah seksyen 199.
- Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) dan (d) hendaklah terpakai bagi hal keadaan didalam Malaysia atau luar Malaysia.
- Walau apa pun subseksyen (1), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan dibawah perenggan (1)(a) boleh dilantik atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan;
- (a) Pegawai Penerima; atau
- (b) Mahkamah dengan syarat bahawa notis tentang niat untuk memohon keizinan telah disampaikan kepada Pegawai Penerima dan Pegawai Penerima telah didengar atas permohonan itu.
- Walau apa pun subseksyen 91), seseorang yang telah dihilangkan kelayakan di bawah perengan (1)(b), (c), (d) atau (e) boleh dilantik semula atau memegang jawatan sebagai pengarah dengan keizinan Mahkamah.
Demikian adalalah sedikit sebanyak informasi berkenaan cara untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Untuk mendapatkan kesemua maklumat yang terperinci berkenaan daftar syarikat online, sila klik di link ini.