Perbezaan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016

Perbezaan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Bagi pengarah untuk syarikat Sdn. Bhd., adalah sangat penting untuk mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang pemerbadanan Syarikat melalui Akta syarikat. Namun pada tahun 2016, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membuat pemindaan baru dengan pelaksanaan Akta Syarikat 2016. Jika anda baru ingin memulakan perniagaan anda, semestinya anda keliru tentang perkara ini kerana anda masih tidak mempunyai setiausaha syarikat untuk membantu anda berkenaan peraturan dan garis panduan Akta Syarikat. Jadi, apakah perbezaan antara akta syarikat 1965 vs 2016? Artikel ini akan membincangkan perbezaan tersebut seperti di bawah:

A) Pembentukan Syarikat

Pembentukan Syarikat ialah perkara pertama yang perlu dilakukan apabila anda ingin memulakan sesebuah perusahaan. Bagi Akta Syarikat 1965, anda memerlukan sekurang-kurangnya dua pengarah yang bermastautin di Malaysia. Namun bagi Akta Syarikat 2016 pula, ia dikurangkan menjadi sekurang-kurangnya seorang pengarah sahaja yang bermastautin di Malaysia. Perkara ini secara tidak langsungnya memudahkan pemilik atau pengarah yang menguruskan syarikat dengan sendirinya untuk membentuk syarikat miliknya.

B) Proses Pemerbadanan

Proses pemerbadanan bagi Akta Syarikat 1965 adalah agak rumit kerana ia memerlukan pelbagai jenis dokumen serta pengisian borang-borang tertentu. Antara perkara-perkara yang perlu disediakan bagi Akta Syarikat 1965 adalah Memorandum dan Artikel Persatuan, Borang 48A dan Borang 6. Memorandum dan Artikel Persatuan mestilah dicop dengan setem RM100.00 serta anda perlu mendapatkan cop setem tersebut melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

Seterusnya, anda perlu mengisi borang yang dinamakan Borang 48A atau dikenali sebagai Pengisytiharaan Berkanun dari Pengarah atau Promotor Sebelum Dilantik. Untuk borang ini, Pengarah atau Promotor perlu membuat pengisytiharan serta bersumpah bahawa beliau bukan dalam golongan individu yang bankrap serta tidak pernah disabitkan atau dipenjarakan bagi apa-apa kesalahan yang dinyatakan di dalam Akta Syarikat 1965. Seterusnya, anda perlu mengisi Borang 6 yang dikenali sebagai Pengisytiharan Pematuhan yang perlu ditandatangani oleh setiausaha syarikat yang didaftarkan oleh pemilik syarikat.

Bagi Akta Syarikat 2016 pula, proses pemerbadanan dipermudahkan untuk kesenangan para pemilik syarikat yang baru untuk mendaftarkan syarikat mereka. Proses pemerbadanan bagi Akta Syarikat 2016 adalah melalui Borang Teras atau Super Form yang perlu diisi oleh pengarah syarikat. Manakala penyediaan Memorandum dan Artikel Persatuan serta pelantikan setiausaha syarikat pada ketika anda dalam proses pemerbadanan menjadi satu pilihan. Oleh kerana pemindaan ini, tiada lagi pelbagai borang bagi proses pemerbadanan kerana kesemuanya disingkatkan dan dipermudahkan dengan penggunaan Borang Teras.

C) Tempoh Penyimpanan Nama Syarikat

Tempoh penyimpanan nama syarikat yang dibenarkan dalam Akta Syarikat 1965 ialah selama tiga bulan sahaja. Tempoh yang agak lama ini memberikan fleksibiliti buat pemilik nama syarikat tersebut untuk menukarkan nama tersebut sekiranya pengarah-pengarah syarikat tersebut tidak berpuas hati dengan nama yang sedia ada di dalam tempoh yang diberikan. Namun, tindakan ini akan menyebabkan pemilik syarikat yang baru yang ingin menggunakan nama tersebut terpaksa menunggu tempoh tersebut untuk tamat sekiranya mereka bertegas untuk menggunakan nama tersebut untuk syarikat baru mereka. Oleh yang demikian, tempoh penyimpanan nama syarikat bagi Akta Syarikat 2016 disingkatkan menjadi tempoh selama 30 hari sahaja.

D) Penyatuan Borang

Bagi Akta Syarikat 1965, Borang 24, 44 dan 49 diperlukan di dalam proses pemerbadanan. Namun, Akta Syarikat 2016 dipermudahkan dengan pengenalan Borang Teras yang di mana kesemua borang-borang di atas digabungkan dalam satu borang sahaja.

E) Sijil Pemerbadanan

Sijil Pemerbadanan adalah diwajibkan bagi Akta Syarikat 1965, namun ia telahpun diubah menjadi satu pilihan untuk anda menyertakan sijil pemerbadanan bagi Akta Syarikat yang terbaru ini.

setiausaha syarikat
Barisan pasukan Taz Corporate Advisory (M) Sdn Bhd

F) Keterangan Muktamad Bahawa Syarikat Telah Didaftarkan Dengan Sewajarnya

Keterangan berkenaan kesahihan pendaftaran syarikat anda dengan sewajarnya dibuktikan dengan penyerahan Sijil Pemerbadanan bagi Akta Syarikat 1965. Selepas pemindaan Akta Syarikat ini, anda hanya perlu menyediakan Notis Pendaftaran sahaja sebagai keterangan muktamad bahawa syarikat anda telahpun didaftarkan dengan sewajarnya.

Demikian merupakan antara perbezaan ketara antara Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016. Jika anda memerlukan penerangan yang lebih terperinci berkenaan perkara di atas, anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat yang kompeten dan dipercayai dengan menghubungi kami di sini

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?