Memulakan syarikat sendiri adalah satu pencapaian besar bagi semua orang. Namun, ada banyak aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum kita boleh bermula, dan salah satunya adalah proses pendaftaran syarikat yang rumit dan perlu ketelitian.
Seperti yang kita maklum, syarikat Sdn Bhd mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding perniagaan enterpise, anda boleh baca lebih teliti melalui Sdn Bhd vs Enterprise.
Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd
3 Cara Kurangkan Cukai Syarikat Untuk Tingkatkan Keuntungan
Dalam artikel ini, kita akan bincang tentang cara daftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia dengan secara ringkas dan teliti supaya anda dapat gambaran proses dan kaedah dalam pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia.
Apa Itu Syarikat Sdn Bhd?
Sebelum kita pergi ke topik cara daftar syarikat Sdn Bhd, penting untuk kita memahami apa itu Syarikat Sendirian Berhad atau Sdn Bhd.
Di Malaysia, Syarikat Sdn Bhd adalah sebuah entiti perniagaan yang merupakan entiti yang berbeza daripada pemiliknya. Ini bermakna bahawa tanggungjawab kewangan syarikat adalah terpisah daripada tanggungjawab kewangan pemiliknya.
Berbanding perniagaan enterprise, tanggungjawab kewangan perniagaan bermaksud ia juga tanggungjawab kewangan pemiliknya dan jika ada sebarang masalah dengan pihak bank, mereka boleh ‘kejar’ pemilik terus.
Mengapa Perlu Daftar Syarikat Sebagai Sdn Bhd?
Mendaftar syarikat Sdn Bhd mempunyai banyak kelebihan kepada syarikat dan juga pemilinya. Antaranya adalah perlindungan kewangan antara syarikat dan pemilik.
Sebagai entiti yang berbeza, aset peribadi pemilik tidak akan terjejas sekiranya syarikat menghadapi sebarang krisis kewangan.
Selain itu, syarikat Sdn Bhd juga menawarkan kredibiliti yang lebih tinggi dan ini penting kepada pelanggan, pelabur, dan institusi kewangan berbanding perniagaan individu atau perniagaan perkongsian.
Syarikat Sdn Bhd juga mempunyai kelebihan yang lain kerana lebih mudah lulus geran kerajaan atau lulus pinjaman bank walaupun dengan jumlah yang besar.
Salah satu faktornya, syarikat Sdn Bhd perlu diaudit setiap tahun dan ini menunjukkan syarikat yang serius dalam perniagaan. Jadi, bagaimana cara daftar syarikat Sdn Bhd ini?
Bagaimana Cara Daftar Syarikat Sdn Bhd di Malaysia?
Kepentingan Pembangunan Laman Web Profesional
Proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd di Malaysia memerlukan beberapa langkah penting yang anda perlu tahu. Banyak borang yang perlu diisi, jadi wajib tahu proses dan faham setiap kepentingan proses tersebut. Berikut adalah langkah-langkah tersebut dan cara daftar syarikat Sdn Bhd.
Langkah 1: Pemilihan Nama Syarikat
Memilih nama syarikat yang unik, original dan mencerminkan jenama atau perniagaan anda adalah penting. Anda perlu melakukan semakan nama syarikat melalui Sistem Semakan Nama Syarikat untuk memastikan nama yang dipilih tidak digunakan oleh syarikat lain.
Ia sangat penting untuk anda pastikan nama yang dipilih tidak bertentangan dengan garis panduan SSM. Elakkan menggunakan nama yang sama atau hampir sama dengan syarikat lain, terutamanya jika syarikat tersebut berada dalam industri yang sama mahupun berbeza.
Memilih nama syarikat adalah seperti memilih permainan kasino dalam talian: anda perlu memilih sesuatu yang unik yang mencerminkan gaya anda. Ia seperti mendapat bonus atau promosi di kasino di mana anda sedang mencari sesuatu yang sesuai untuk anda. Menyemak nama syarikat adalah sama penting dengan menyemak permainan yang tersedia di mybookie 50 free spins – anda ingin memastikan bahawa nama atau permainan yang anda pilih adalah unik dan tersedia.
Jangan menggunakan nama yang mengandungi perkataan atau frasa yang boleh mengelirukan, menipu, atau menyinggung mana-mana pihak. Hindari juga penggunaan nama yang berpotensi melanggar hak cipta atau hak jenama yang didaftar oleh syarikat di Malaysia.
Akhir sekali, elakkan perkataan yang tidak sesuai. Dengan melakukan semakan yang teliti dan mematuhi garis panduan ini, anda boleh meningkatkan peluang anda untuk dapatkan kelulusan nama syarikat anda dari SSM. Jadi, ini adalah langkah pertama dalam cara daftar syarikat Sdn Bhd.
Langkah 2: Pengisian Borang Pendaftaran
Setelah memilih dan mengesahkan nama syarikat anda, langkah seterusnya dalam proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd adalah pengisian borang-borang pendaftaran.
Terdapat beberapa borang yang perlu diisi dan diserahkan ke SSM. Berikut adalah borang yang anda perlu isi dalam cara daftar Syarikat Sdn Bhd:
Borang 13A SSM: Permohonan Nama
Ini adalah borang permohonan untuk memohon kelulusan nama syarikat anda. Anda perlu berikan tiga pilihan nama dalam borang ini. Borang ini perlu disertai dengan bayaran yuran permohonan.
Pastikan nama-nama yang anda pilih sesuai dan tidak melanggar sebarang garis panduan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh SSM seperti yang sudah bincang di poin cara daftar syarikat Sdn Bhd di atas.
Borang 49: Maklumat tentang Direktor/Setiausaha
Borang ini memerlukan maklumat lengkap tentang direktor dan setiausaha syarikat. Anda perlu menyediakan butiran seperti nama penuh, alamat rumah, nombor pengenalan, tarikh lahir, dan kewarganegaraan direktor.
Selain itu, Borang 49 juga akan meminta maklumat tentang pengalaman kerja dan kelayakan setiausaha dan direktor.
Borang 44: Alamat Pejabat Berdaftar
Alamat pejabat berdaftar syarikat adalah alamat rasmi di mana semua dokumen syarikat akan dihantar oleh pihak SSM dan berkaitan. Borang 44 perlu diisi dengan alamat pejabat berdaftar yang sah di majlis. Alamat ini tidak boleh menjadi alamat P.O Box dan haruslah alamat di mana syarikat beroperasi.
Langkah 3: Menyediakan Perlembagaan Syarikat
Langkah seterusnya bagi cara daftar syrikat Sdn Bhd adalah penyediaan Perlembagaan Syarikat. Perlembagaan ini adalah dokumen yang mengandungi peraturan dan regulasi operasi syarikat yang didaftarkan. Ia harus dikaji dengan teliti serta disusun dengan betul sebelum diserahkan kepada SSM untuk kelulusan.
Langkah 4: Pelantikan Setiausaha Syarikat
Setiausaha syarikat adalah wajib untuk mana-mana syarikat Sdn Bhd di Malaysia. Setiausaha syarikat mempunyai peranan penting dalam memastikan syarikat mematuhi semua keperluan undang-undang dan regulasi yang telah termaktub dan wajib dipatuhi untuk terus beroperasi secara sah.
Kelebihan Menggunakan Servis Pendaftaran Syarikat Profesional
Hubungi Kami Untuk Khidmat Professional
Jadi, itulah cara daftar syarikat Sdn Bhd di Malaysia. Dengan panduan ini, anda sekarang mempunyai gambaran yang jelas tentang proses ini dan apa yang diperlukan. Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, Daftar Syarikat sedia membantu.
Proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd boleh menjadi rumit dan memerlukan pengetahuan undang-undang dan korporat yang mendalam. Oleh itu, menggunakan servis pendaftaran syarikat profesional seperti Daftar Syarikat boleh membantu anda dalam proses yang rumit ini.
Daftar Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam membantu syarikat Sdn Bhd di Malaysia, dan kami memahami segala aspek dan rintangan yang mungkin dihadapi dalam proses ini. Dengan mengambil khidmat Daftar Syarikat, proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd anda berjalan lancar dan mematuhi semua undang-undang di Malaysia.
Daftar Syarikat juga menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat yang penting dalam proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd di Malaysia, jadi anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami untuk kami bantu anda.