Setiap badan syarikat mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi salah sebuah pembekal kepada badan kerajaan dengan membuat Pendaftaran MOF Secara Online, namun tidak banyak syarikat yang mengetahui tentang perkara ini. Mereka tidak berfikir secara lebih luas untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui cara pembekalan barang atau servis yang tertentu kepada pihak kerajaan. Lesen kewangan MOF adalah penting kerana ia menyatakan bahawa anda telah berdaftar dengan kerajaan dan boleh memasuki tender kerajaan dan agensi yang berkait dengan kod MOF yang anda daftar.
MOF dikenali sebagai Ministry of Finance. Pada setiap minggu atau bulan, akan ada tender baru daripada pihak kerajaan yang berkenaan dengan jenis servis atau barang yang anda jual. Jika anda terpilih untuk menjadi pembekal servis perniagaan anda untuk pihak kerajaan, semestinya perniagaan anda akan boleh bertahan lama dan berkembang dengan lebih pesat. Anda tidak mengetahui cara pendaftaran MOF? Jangan risau, artikel ini akan memberitahu cara pendaftaran MOF secara online seperti di bawah.
Syarat Pendaftaran MOF Secara Online
Pendaftaran MOF mempunyai beberapa syarat yang perlu diikuti untuk sesebuah syarikat yang baru ingin membuat pendaftaran MOF secara online. Sekiranya anda baru sahaja ingin membuat pendaftaran MOF secara online untuk mendapatkan lesen MOF, anda perlu memastikan seorang Pentadbir Pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran supaya semua pengurusan pendaftaran/pengurusan akaun dan urus niaga dalam perolehan kerajaan dapat dijalankan.
Syarikat anda hanya dapat melantik sebanyak tiga orang Personel yang diberi kuasa untuk diisytiharkan di dalam sistem ePerolehan. Syarikat anda juga perlulah mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat anda bagi tujuan pembayaran kerana terdapat beberapa tender yang perlu dibeli terlebih dahulu sebelum anda boleh mendapatkan akses untuk melihat perihal tender tersebut.
Sekiranya tender itu dinyatakan sebagai tender terbuka, maka anda tidak perlu membeli dokumen tender tersebut dan akan mendapat akses untuk menyertai tender tersebut. Selain itu, pendaftaran MOF secara online ini hanya terhad untuk warganegara Malaysia sahaja.
Cara Daftar MOF
Buat pengetahuan anda, terdapat dua jenis daftar MOF yang boleh terbuka untuk orang awam iaitu akaun asas (had tender RM20,000 kebawah) atau akaun MOF kontraktor (had tender RM20,000 keatas). Sekiranya anda inginkan status bumiputera untuk syarikat anda, pegangan syarikat perlulah dipegang oleh 51% bumiputera. Langkah pendaftaran akaun asas MOF adalah seperti berikut:-
- 1. Layari web ePerolehan untuk daftar akaun MOF
- 2. Pilih ikon daftar pembekal baru
- 3. Masukkan maklumat perniagaan dan pentadbir anda
- 4. Anda akan menerima emel pengaktifan di emel yang didaftarkann dan pentadbir anda
- 5. Sila muat naik katalog perniagaan anda
- 6. Anda perlu memohon sijil digital untuk syarikat anda
Berikut merupakan cara pendaftaran akaun asas MOF, manakala pendaftaran Akaun MOF yang seterusnya adalah seperti di bawah:-
- 1. Login ke web ePerolehan untuk daftarkan MOF
- 2. Tekan di ikon daftar pembekal baru
- 3. Masukkan maklumat perniagaan dan pentadbir
- 4. Anda akan menerima emel pengaktifan
- 5. Memohon daftar akaun MOF
- 6. Bayar fi proses (RM50)
- 7. MOF akan proses permohona
- 8. Bayar fi pendaftaran (RM400)
- 9. Permohonan sijil digital
Seterusnya, anda perlu menyerahkan dokumen perniagaan anda serta perlu menunggu pendaftaran akaun MOF anda dalam masa 5-7 hari bekerja. Kemudian, anda sudahpun sedia untuk menggunakan akaun MOF anda. Anda juga perlu mengetahui bahawa tempoh sah lesen kewangan MOF adalah selama 3 tahun sahaja. Oleh yang demikian, anda perlu memperbaharui lesen kewangan anda sebelum ianya tamat tempoh. Saya syorkan anda meminta bantuan daripada setiausaha syarikat anda untuk memberikan peringatan apabila tempoh sah lesen kewangan MOF anda hampir tamat. Sekiranya anda gagal untuk memperbaharui lesen kewangan MOF setelah tamat tempoh, anda perlu mendaftar semula di dalam ePerolehan kerana akaun yang sudah sedia ada akan terbatal.
Demikian merupakan penerangan secara am berkenaan cara pendaftaran MOF. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci, anda boleh layari laman portal rasmi ePerolehan, ataupun anda boleh mendapatkan nasihat atau tunjuk ajar daripada setiausaha yang bertauliah melalui link ini.