fbpx

5 Tips Pengurusan Cukai Syarikat Yang Perlu Diamalkan

Kadar cukai syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Kisah tentang akibat terlupa membayar kadar cukai syarikat lama. Anda merupakan pemilik syarikat Sdn. Bhd. yang baru sahaja ditubuhkan. 

Anda juga mempunyai pelbagai perancangan yang berada di dalam minda anda berkenaan bagaimana untuk memastikan syarikat anda menjadi syarikat yang tersohor di Malaysia serta berpotensi tinggi untuk pergi lebih jauh ke seluruh dunia. 

Perniagaan anda tampak amat lancar dan anda memperolehi banyak keuntungan di dalam perniagaan anda. 

Setelah hampir genap setahun anda menguruskan perniagaan, anda dihubungi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjelaskan kadar cukai syarikat tahunan anda. 

Alamak! Terlupa pula untuk merekod dan menyimpan resit serta semua benda berkenaan duit masuk keluar dalam akaun syarikat anda.

Tiba-tiba anda sudah menerima surat saman dari LHDN kerana anda terlupa menjelaskan kadar cukai syarikat tahunan anda, dengan serta mertanya anda mengalami kerugian yang agak besar dan berita tersebut sudah diketahui oleh pelanggan anda. 

Ditambah pula dengan teknologi dari media sosial, para pesaing anda mula menyebarkan berita tersebut kepada prospek pelanggan yang anda mahukan. 

Perniagaan anda tiba-tiba terjejas dengan agak teruk disebabkan oleh kealpaan anda untuk menguruskan cukai tahunan anda sahaja. 

Adakah ini yang anda mahukan? Semestinya tidak. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan berkenaan 5 tips pengurusan kadar cukai syarikat yang anda perlu amalkan supaya perkara demikian tidak terjadi pada syarikat anda.

5 tips pengurusan kadar cukai syarikat

1. Penyusunan dokumen yang rapi

Penyusunan dokumen yang rapi

Perubahan dalam aspek pencukaian telah mengubah penolakan dan pengecualian cukai untuk sesetengah barangan – seperti inisiatif istimewa Belanjawan 2021. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda sendiri yang mengisi penfailan cukai, anda perlu memastikan anda mempunyai jadual yang menyeluruh serta membuat peringatan di dalam nota atau fon anda supaya anda dapat membiasakan diri dengan perubahan baru ini.

Jika anda menggunakan khidmat orang lain untuk hal berkenaan dengan cukai, anda perlu memastikan yang anda memberi resit dan dokumen yang betul secepat mungkin supaya ada masa untuk semak kembali kelak. 

Sila simpan setiap resit yang anda kumpul di dalam fail yang spesifik dan berlabel supaya dokumen anda berada dalam keadaan yang rapi sekiranya anda ingin menggunakannya apabila anda ingin menjelaskan cukai pendapatan tahunan anda.

2. Manfaatkan Proses Pelepasan Cukai Syarikat Sdn Bhd

Manfaatkan Proses Pengurangan Cukai

Kebanyakan pemilik syarikat Sdn. Bhd. akan mengambil jalan yang mudah iaitu dengan cara pengecualian cukai biasa. 

Antara contoh pengecualian yang biasa didengari adalah insurans/takaful hayat, gaya hidup dan sumbangan. 

Untuk pelepasan cukai syarikat sdn bhd bagi pengecualian cukai insurans/takaful hayat, syarikat anda boleh tuntut di bawah kategori insurans perubatan atau hayat di mana anda boleh maksimumkan pengecualian anda dengan lebih efisien.

Jika anda masih mempunyai ibu bapa, anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk memberikan sebahagian daripada pendapatan anda sekiranya anda tidak menuntut pembayaran perubatan untuk ibu bapa anda. 

Untuk telefon bimbit, komputer riba dan tablet, terdapat pelepasan cukai perniagaan untuk pengecualian cukai sehingga RM 2,500 yang dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. 

Anda juga boleh menuntut pengecualian cukai untuk pelancongan sebanyak RM 1,000.

3. Rebat Cukai Perlu Dituntut

Rebat Cukai Perlu Dituntut

Terdapat pelbagai rebat cukai yang anda boleh perolehi, tetapi anda tidak sedia maklum dan akhirnya rebat cukai tersebut tidak dituntut. 

Sekiranya anda mempunyai rumah milik anda yang digunakan untuk tujuan sewa, anda berpeluang untuk menuntuk perbelanjaan seperti kadar faedah, kos penyelenggaraan rumah serta bil air rumah tersebut. 

Pemilik rumah dapat mengumpulkan perbelanjaan dan pendapatan untuk rumah sewa tersebut ke dalam penilaian cukai. Jangan lupa pula dengan cukai hartanah sekiranya anda baru menjual hartanah tersebut.

4. Pemfailan Elektronik

Pemfailan Elektronik

Kebanyakan pemilik perusahaan yang baru adalah terdiri daripada warga yang berumur sekitar 30-40 yang merupakan golongan yang cerdik dalam segi teknologi dan elektronik. 

Anda boleh memasang applikasi yang membantu anda untuk membuat pemfailan yang sangat teratur, dan mudah untuk mendapat akses di mana-mana sahaja anda berada.

5. Elakkan dari dikenakan Denda

Elakkan dari dikenakan Denda

Kecuaian daripada pihak anda akan menjurus kepada kerugian yang disebabkan oleh denda atau saman yang dikenakan oleh pihak LHDN. Oleh yang demikian, pastikan anda meletakkan peringatan di dalam jadual anda supaya anda boleh menyediakan dokumen yang diperlukan dalam masa yang ditetapkan oleh LHDN. 

Serta, anda mempunyai masa tambahan selama 15 hari secara automatik sekiranya anda membuat pemfailan cukai dalam talian.

Demikian merupakan 5 tips yang amat bermanfaat untuk anda menguruskan cukai anda dengan lebih baik. 

Sekiranya anda memerlukan khidmat dari pihak ketiga untuk menguruskan hal percukaian anda, sila layari laman web https://daftarsyarikat.net/ untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?