fbpx

Penubuhan Syarikat: Berhad Vs Sdn Bhd

Berhad vs Sdn Bhd

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang apa yang anda perlu tahu berkenaan Berhad Vs Sdn Bhd dalam dunia perniagaan.

Anda sudahpun menguruskan perniagaan enterprise anda selama setahun dan perniagaan anda sudah mempunyai pelanggan yang setia. Anda juga mempunyai nilai keuntungan yang sangat banyak.

Nampaknya sudah tiba masanya untuk anda pergi lebih jauh. Pengguna atau pembeli yang datang daripada negeri anda sudah tidak mencukupi untuk memuaskan hati anda. Anda mahukan lebih pelanggan daripada negeri lain, dan seterusnya ke luar negara.

Anda juga mahukan satu sistem yang teratur supaya seluruh operasi perniagaan anda berjalan lancar. Penubuhan jabatan baru juga menjadi buah bualan di dalam minda anda. Namun, perniagaan jenis enterprise sahaja tampak tidak lagi sesuai untuk perniagaan anda.

Oleh itu, anda mula pasang niat untuk mempunyai perniagaan berstatus syarikat. Tetapi, anda nampak terdapat dua jenis syarikat iaitu sendirian berhad (Sdn. Bhd.) serta Berhad. Apakah perbezaan Berhad vs Sdn Bhd?

Sebelum itu, jom kita kenali kedua-dua jenis syarikat ini terlebih dahulu supaya kita dapat tahu perbezaan antara Berhad vs Sdn Bhd.

Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Syarikat Sdn. Bhd. ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 dan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang direktor syarikat. Bagi Sdn. Bhd., ianya hanya mengehadkan sebanyak 50 orang sahaja dalam satu-satu masa untuk bilangan ahli.

Selain itu, Sdn. Bhd. juga merupakan sebuah entiti yang hidup yang membuatkan pemiliknya memiliki liabiliti terhad. Berkenaan syer saham syarikat, ianya membantu pengembangan syarikat melalui jualan syer yang diterbitkan dan akhirnya boleh digunakan sebagai modal untuk mengembangkan lagi syarikat.

Apabila syarikat memperoleh keuntungan, ianya akan diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen. Selain itu, kawalan dan pengurusan syarikat akan dijalankan oleh sebuah Lembaga Pengarah yang dipilih oleh para pemegang syer melalui undian dalam Mesyuarat Agung Tahunan syarikat.

Syarikat Berhad

Syarikat Berhad merupakan salah satu daripada dua jenis syarikat yang boleh didaftarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu yang dimaklumkan dalam Akta Syarikat 1965. Sama seperti syarikat Sdn. Bhd., ianya juga merupakan syarikat liabiliti terhad.

Selain itu, syarikat Berhad juga mempunyai ciri-ciri seperti liabiliti terhad. Ia terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh si pemilik syarikat. Sekiranya pemilik syarikat telahpun mengeluarkan jumlah modal tersebut, maka dia tidak lagi perlu untuk menyumbangkan wang kepada syarikat walaupun syarikatnya berada dalam masalah kewangan atau di ambang kebangrapan disebabkan oleh bebanan hutang.

Syarikat Berhad juga hanya memerlukan minimum sebanyak 2 orang pengarah syarikat yang  memiliki alamat kediaman di Malaysia. Ianya juga memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham. Tidak juga dilupakan bahawa syarikat Berhad perlu melantik minimum seorang setiausaha syarikat.

Berhad vs Sdn Bhd : Perbezaannya?

Setelah anda memahami ciri-ciri yang umum berkenaan dua jenis syarikat ini, mari kita selami perbezaan Berhad Vs Sdn Bhd.. dan ianya akan diterangkan seperti di bawah:

  1. Syarikat Berhad tidak boleh terus memulakan perniagaannya selepas memperolehi siji pendaftaran syarikat (borang 8). Syarikat Berhad perlu menghantar permohonan untuk memulakan perniagaannya terlebih dahulu ke SSM. Mereka perlu menunggu kata putus daripada SSM. Sekiranya permohonan tersebut berjaya, maka syarikat Berhad akan dibekalkan dengan sijil memulakan perniagaan (Borang 23).
  2. Syarikat Sdn. Bhd. boleh menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) pada bila-bila masa pada tahun tersebut dan tidak perlu untuk mengadakan mesyuarat berkanun syarikat. Bagi syarikat Berhad pula, selepas tempoh sebulan mendapat sijil memulakan perniagaan dan dalam tempoh 3 bulan, mereka perlu melancarkan mesyuarat berkanun syarikat serta membentangkan laporan berkanun syarikat.
  3. Syarikat Sdn. Bhd. pada kebiasaannya akan menawarkan saham syarikat kepada ahli-ahli syarikat dan boleh menawarkan kepada orang awam sekiranya semua pemilik syer saham bersetuju untuk menawarkannya.
  4. Salah satu kelebihan syarikat sendirian berhad adalah pemilk boleh mengawal keputusan syarikat manakala keputusan syarikat berhad diutuskan oleh pengarah tertinggi ataupon pemilik saham terbesar.

Berbeza dengan Syarikat Sdn. Bhd., syarikat Berhad boleh menawarkan saham syarikat kepada sesiapa sahaja termasuk orang awam. Syarikat Berhad akan memilih untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Demikian merupakan perbezaan yang anda perlu tahu antara syarikat Berhad Vs Sdn Bhd. Sekiranya anda ingin menukarkan status perniagaan anda kepada Sdn. Bhd. atau Berhad dan inginkan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman, anda boleh klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?