Apabila seorang pemilik syarikat ingin menjalankan perniagaannya, pemilik syarikat tersebut perlulah mendaftarkan syarikat miliknya untuk menjelaskan cukai pendapatan syarikat tahunan. Walau bagaimanapun, masih ramai orang yang tidak mengetahui cara daftar cukai pendapatan syarikat ini. Jika perkara ini tidak diambil berat oleh pemilik syarikat atau mana-mana ahli lembaga syarikatnya, syarikat tersebut akan disoal oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan boleh dihukum atas kesalahan mengelak dari membayar cukai pendapatan syarikat, padahal pemilik syarikat tersebut tidak sedia maklum berkenaan kepentingan mendaftarkan syarikatnya untuk melunaskan cukai pendapatan syarikat. Oleh yang demikian, dalam artikel ini kita akan melihat apakah cara daftar cukai pendapatan syarikat dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendaftar cukai pendapatan:
Cara Daftar Cukai Pendapatan Syarikat
- 1, Pemilik sesebuah syarikat perlu melayari website ni terlebih dahulu: edaftar.hasil.gov.my
- 2. Setelah melayari laman web yang tertera di atas, anda perlu menyemak terlebih dahulu sama ada anda pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, anda boleh menggunakan nombor cukai yang sedia ada dan terus abaikan proses pendaftaran. Anda boleh terus melangkau ke langkah nombor pin efiling. Sekiranya tidak, anda perlu mengisi maklumat syarikat anda yang diperlukan dan mendaftarkan syarikat milik anda di dalam laman web di atas.
- 3. Pihak anda perlu menyediakan dua jenis dokumen sokongan iaitu notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 atau perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada), serta notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 2016.
- 4. Setelah syarikat anda menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas, anda boleh mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan individu. Borang ini terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:-
- Bahagian A = Maklumat Asas
- Bahagian B = Maklumat Pekerjaan
- Bahagian C = Maklumat Perniagaan
- Bahagian D = Maklumat Pasangan
- Bahagian E = Pendaftaran Fail Majikan
- Bahagian F = Maklumat Wakil Sah (Ibu / Bapa / Penjaga)
- Bahagian G = Maklumat Pentadbir Harta Pusaka Atau Wakil Sah Si Mati
- Bahagian H = Maklumat Ejen Cukai
Anda boleh dapatkan borang tersebut di dalam link ini: http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/Borang_Daftar_Individu_1.pdf
- 5. Sila isi semua maklumat yang diperlukan di atas, dan mana-mana bahagian di borang yang terdapat simbol (*) adalah diwajibkan untuk diisi serta merta. Sila kemukakan salinan MyKad/ MyPR atau pasport.
- 6. Jika pihak anda mempunyai perniagaan (Enterprise) atau pendapatan daripada komisen, adalah diwajibkan untuk klik pada bahagian “Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)”. Sekiranya anda berada dalam golongan makan gaji, anda boleh abaikan bahagian ini.
- 7. Setelah selesai menyemak maklumat yang diisi, sila klik ‘hantar’ atau ‘submit’. Lepas hantar, anda akan memperolehi nombor cukai di mana cawangan fail cukai disimpan. Anda dikehendaki untuk menyimpan maklumat ini kerana ini adalah nombor cukai yang ditetapkan untuk syarikat anda setiap kali anda ingin melakukan urusan cukai.
Borang Permohonan Nombor Pin E-Filing
Setelah anda menyelesaikan perkara di atas, anda perlu memohon untuk mendapatkan Borang Permohonan Nombor Pin E-Filing. Untuk penghantaran borang cukai secara online, anda memerlukan akses terlebih dahulu. Justeru, cara daftar cukai pendapatan syarikat dan langkah-langkah untuk memohon akses Borang Permohonan Nombor Pin E-Filing tersebut ialah seperti di bawah:-
- 1. Pergi ke https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
- 2. Klik Permohonan.
- 3. Klik Permohonan Nombor Pin
- 4. Klik Borang CP55D
- 5. Anda dikehendaki mengisi borang tersebut serta meletakkan tanda tangan.
- 6. Klik Seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin.
- 7. Lengkapkan borang.
- 8. Anda boleh meletakkan “Mohon Nombor Pin” untuk tajuk Borang Permohonan Nombor Pin E-Filing tersebut.
- 9. Apabila borang CP600B dilampirkan, sila pilih ‘tidak’.
- 10. Upload borang CP55D yang lengkap diisi.
- 11. Bahagian Butiran isi “lampirkan Borang CP55D untuk rujukan selanjutnya.”
- 12. Akhir sekali, sila klik submit.
- 13. Anda akan dapat maklumat rujukan selepas anda klik butang submit. Sila simpan nombor rujukan tersebut sebagai rujukan untuk anda semak maklum balas dari LHDN mengenai Borang Permohonan Nombor Pin E-Filing yang anda mohon. Anda perlu ikut semua langkah-langkah diatas untuk cara daftar cukai pendapatan syarikat anda.
Demikian merupakan cara daftar cukai pendapatan syarikat yang paling mudah. Sekiranya anda inginkan info yang lebih lanjut berkaitan Syarikat Sdn. Bhd., anda boleh klik di link ini..