fbpx

5 Ciri Ciri Syarikat Enterprise VS Sdn Bhd

Ciri Ciri Syarikat Enterprise

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Untuk mana-mana individu yang berminat untuk memulakan perniagaan, individu tersebut mesti tahu tentang ciri ciri Syarikat Enterprise dan ciri ciri syarikat sendirian berhad yang mempunyai sasaran berkenaan hala tuju, potensi, dan jangkaan berapa lama perniagaan tersebut boleh bertahan di dalam pasaran di sesebuah negara. 

Namun, apabila individu tersebut ingin mengorak langkah untuk memulakan perniagaan dengan mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, individu tersebut akan diberikan pilihan sama ada dia ingin memilih untuk daftar syarikat enterprise (perniagaan) ataupun Sendirian Berhad (Syarikat). 

Akan tetapi, individu tersebut tidak akan dapat mengetahui dan jelas perbezaan antara Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd (sdn bhd vs enterprise).

Kebanyakan pemilik perniagaan akan memilih untuk membuka Enterprise kerana prosesnya nampak lebih mudah jika ingin dibandingkan dengan Syarikat Sdn. Bhd. 

Akan tetapi, kedua-dua pilihan tersebut terdapat kelebihan dan kekurangan tersendiri, bergantung pada hala tuju yang individu tersebut inginkan untuk perniagaannya. 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk pemilik perniagaan untuk tahu tentang ciri ciri Syarikat Enterprise & Syarikat Sdn Bhd.

Ciri Ciri Syarikat Enterprise & Sdn Bhd - Perusahaan Perniagaan (Enterprise)

Perusahaan Perniagaan

Enterprise atau milikan tunggal merupakan salah satu entiti perniagaan yang menjadi pilihan di Malaysia. 

Lebih 7 juta perniagaan telah didaftarkan dibawah entiti enterprise kerana kelebihannya yang mesra bisnes di peringkat permulaan, 

Ianya adalah sesuai digunakan untuk pemilik perniagaan yang baru ingin memulakan perniagaan dari awal.

Berikut merupakan ciri-ciri utama perniagaan enterprise di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

1. Daftar Syarikat Enterprise: Mudah Ditubuhkan

Penubuhan perniagaan enterprise boleh dilakukan secara sendiri. Bantuan atau khidmat dari pihak ketiga seperti setiausaha syarikat atau ejen pendaftaran adalah tidak diperlukan.

Pemilik perniagaan tersebut hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di portal SSM EZBIZ. Isikan maklumat yang diperlukan dan selalunya permohonan tersebut akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja sahaja.

Enterprise juga terbahagi kepada dua iaitu milikan tunggal dan perkongsian (dua atau lebih orang).

2. Ciri-Ciri Enterprise: Murah Untuk Ditubuhkan

Kelebihan enterprise berbanding enterprise adalah kos tahunan yang murah.Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise SSM atau milikan tunggal selama setahun

  1. Perniagaan pemilikan tunggal dengan aplikasi nama sendiri seperti yang tertera di kad pengenalan – RM30.00
  2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian aplikasi nama pilihan atau tred – RM60.00.
  3. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian aplikasi nama pilihan atau tred – RM60.00.
  4. Pendaftaran cawangan – RM5.00 bagi setiap cawangan.
  5. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

3. Ciri-Ciri Enterprise: Dipercayai Dan Mempunyai Kredibiliti

Anda akan lebih dipercayai kerana anda telah mendaftar perusahaan anda secara sah dengan mempunyai nombor perniagaan SSM.

4. Ciri-Ciri Enterprise: Kebenaran Untuk Membuka Akaun Semasa

Pemilik perniagaan milikan tunggal dibenarkan untuk membuka akaun perniagaan di bank. 

Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan akaun peribadi untuk menyimpan transaksi perniagaan. 

Transaksi yang terlalu banyak pada akaun peribadi boleh menyebabkan akaun personal anda dibekukan setelah disiasat oleh LHDN.

Ciri Ciri Syarikat Sendirian Berhad - Ciri Syarikat Sdn Bhd

Syarikat Sdn Bhd

Syarikat Sdn. Bhd. adalah sesuai untuk pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaannya dengan lebih besar dan teratur dari segi rekod perniagaan dan kewangan syarikat. 

Penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. memerlukan khidmat dari pihak ketiga iaitu setiausaha syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat, menyelia, merekod, dan memastikan Lembaga Pengarah mematuhi garis panduan yang dinyatakan di dalam Akta Syarikat.

Berikut merupakan ciri ciri Syarikat Enterprise & Sdn Bhd yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

  1. Konsep entiti yang berbeza. Syarikat Sdn. Bhd. dan pemilik adalah berbeza. Syarikat adalah satu entiti yang sah di sisi undang-undang dan boleh memiliki aset di bawah nama Syarikat, bukannya individu tersebut.
  2. Konsep tanggungan atau liabiliti terhad. Pemilik syarikat hanya akan mengalami kerugian setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtiharkan muflis.
  3. Konsep kesinambungan/berterusan. Pegangan saham boleh dijual kepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan sekiranya pemilik syarikat meninggal dunia. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal
  4. Konsep percukaian. Syarikat perlu menghantar dan menyelesaikan percukaiannya sendiri. Percukaian tersebut adalah berbeza daripada konsep percukaian yang dikenakan terhadap milikan tunggal.
  5. Konsep tanggungjawab. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan setiap tahun oleh sesebuah syarikat iaitu serahan tahunan, serahan penyata kewangan yang diaudit dan serahan laporan cukai tahunan. Pengarah didenda sehingga RM 50,000 atau penjara bagi setiap kesalahan jika gagal menyerahkan 3 perkara di atas.

Beza Enterprise dan Sdn Bhd

Secara kesimpulannya, perbezaan enterprise dan sdn bhd masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Namun Syarikat Sdn. Bhd. dapat menjaminkan perniagaan tersebut berkekalan dengan adanya konsep entiti, dan pelabur saham yang baru dapat memastikan perniagaan tersebut berkekalan walaupun pemilik perniagaan tersebut telah lama meninggal dunia. 

Manakala jika pemilik tunggal perniagaan meninggal dunia, perniagaan tersebut tidak dapat diwariskan atau diteruskan oleh ahli keluarga atau rakannya.

Perniagaan Enterprise VS Sdn Bhd

Demikianlah antara perbezaan yang anda perlu tahu antara entiti Syarikat Sdn. Bhd. dengan entiti perniagaan Enterprise (ciri ciri Syarikat Enterprise & Sdn Bhd). 

Anda juga boleh hubungi kami ntuk mendapatkan kesemua maklumat yang terperinci berkenaan penubuhan syarikat.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?