fbpx

Perbezaan Antara Sdn Bhd vs Enterprise Yang Anda Perlu Tahu

sdn bhd vs enterprise

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Korang semua yang minat nak berniaga, mesti korang selalu nampak perniagaan ada yang gunakan nama enterprise dan ada yang letak nama sendirian berhad.

Apa perbezaan antara Sdn Bhd vs Enterprise ni? Boleh ke suka hati nak letak yang mana satu? No, no, no. Korang kena tahu ada banyak perbezaan  antara enterprise dengan syarikat sendirian berhad.

Perbezaan antara Sdn Bhd vs Enterprise

Enterprise ke Sdn Bhd

Sendirian berhad biasanya dipanggil syarikat manakala enterprise dipanggil perniagaan milikan tunggal dan kebanyakkan syarikat sdn bhd tidak aktif berbanding enterprise dan mempunyai sebab kenapa syarikat sdn bhd tidak aktif Dah namanya sendirian dan tunggal, mestilah ada satu pemilik sahaja tapi sendirian berhad boleh ada pemegang saham, lebih berkredibiliti dan sebenarnya lebih leceh kerana terlibat dengan undang-undang.

Perniagaan enterprise pula lebih mudah ditubuhkan dan sesuai untuk beginner yang baru nak membuka perniagaan. Apa lagi perbezaan antara kedua-dua ni? Betul ke sendirian berhad lagi bagus daripada enterprise? Haa, baca di bawah.

Pemilikan dan Pengurusan - Sdn Bhd vs Enterprise

sdn bhd vs enterprise

Modal dan Cukai - Sdn Bhd vs Enterprise

Seperti yang disebutkan tadi, kebiasaannya syarikat sendirian berhad dipanggil syarikat dan boleh bergerak menjalankan urusan rasmi serta urusan saman yang terlibat di bawah undang-undang Akta Syarkat. Manakala enterprise dipanggil perniagaan yang hanya memiliki lesen berniaga diberikan oleh SSM.

Syarikat sendirian berhad boleh dimiliki oleh seorang pemilik syarikat dan sehingga 50 orang pemegang saham. Pemilik perlu melantik pekerja-pekerja berkredibiliti seperti setiausaha dan juruaudit untuk membantu dalam selok-belok pengurusan syarikat

Pemilik juga boleh memilih untuk tidak terlibat dengan urusan syarikat. Pemilik syarikat dan syarikat sendirian berhad dikira sebagai entiti berbeza di mata undang-undang. Jadi jika syarikat disaman, pemilik syarikat tidak terjejas.

Berbeza dengan enterprise yang dimiliki oleh seorang individu, terdapat banyak ciri-ciri syarikat enterprise yang perlu kita ketahui. perniagaan tersebut dianggap sebagai entiti yang sama dengan pemilik. Pengurusan syarikat berada sepenuhnya  di bawah tanggungjawab pemilik. Pemilik juga berhak sepenuhnya ke atas keuntungan perniagaan.

Sekiranya berlaku masalah, yang boleh disaman adalah pemilik sebagai individu dan bukannya perniagaan. Malah, harta pemilik boleh disita oleh pihak bank, tau! Jadi perkara ini adalah yang paling penting dalam perbezaan Sdn Bhd vs Enterprise.

sdn bhd vs enterprise

Modal dalam perniagaan enterprise biasanya menggunakan harta peribadi pemilik. Ia sukar untuk ditambah kerana sumber modal agak terhad. Sesuailah dengan kos untuk menubuhkan perniagaan tersebut yang lebih murah dan tak banyak syarat berbanding menubuhkan syarikat sendirian berhad.

Berbeza pula dengan syarikat sendirian berhad, jika ingin meminta bantuan daripada agensi kewangan, status syarikat sendirian berhad dan kertas kerja yang kukuh dipandang lebih berkredilbiliti dan lebih mudah mendapatkan pinjaman modal. Saham syarikat juga boleh ditambah oleh mana-mana pemegang saham pada bila-bila masa sahaja.

Kalau korang nak tahu, cukai dalam perniagaan enterprise dikenakan sehingga 30% kepada pendapatan pemilik. Sementara itu, syarikat sendirian berhad dikenakan cukai ke atas keuntungan syarikat iaitu sebanyak 17% atau 24%.

Kesinambungan dan risiko - Sdn Bhd vs Enterprise

sdn bhd vs enterprise

Seperti yang dikatakan awal tadi, syarikat dan pemilik syarikat adalah entiti berbeza manakala enterprise dan pemilik perniagaan adalah satu entiti yang sama. Sekiranya berlaku kerugian sehingga bankrap, pihak bank boleh menarik dan menyita harta pemilik perniagaan enterprise manakala pemilik syarikat tidak terjejas jika jatuh bankrap.

Syarikat sendirian berhad juga menggunakan konsep liabiliti terhad dimana kerugian hanya melibatkan sekadar modal yang telah dilaburkan sahaja. Disebabkan itulah pemilik syarikat sendirian boleh mengelakkan harta peribadi mereka daripada terjejas dengan masalah bankrup.

Satu lagi perkara yang membezakan antara syarikat sendirian berhad vs perniagaan enterprise ialah pertukaran nama dan pemilikan. Syarikat boleh menukar nama pada bila-bila masa, kalau rasa nak upgrade nama jadi lebih hipster kan. Boleh, dipersilakan.

Tetapi kalau anda buka perniagaan enterprise anda perlu pilih nama yang anda akan gunakan untuk selama-lamanya sebagai sebuah enterprise. Kalau berlaku kematian pula, anak-anak atau keluarga boleh mewarisi syarikat tetapi perniagaan perlu dibubarkan.

Haa, korang dah tahu perbezaan antara Sdn Bhd vs Enterprise sekarang. Kalau korang dah ada perniagaan enterprise dan berminat nak tukar daripada enterprise kepada sendirian berhad, korang perlu tahu beberapa benda yang perlu disediakan. Korang boleh baca lebih lanjut tentang cara bertukar daripada enterprise kepada sendirian berhad. Henshin! 

Kami di sini mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran dalam pendaftaran syarikat Sdn Bhd dan perniagaan. Ada lebih banyak soalan? Korang boleh hubungi kami atau WhatsApp kami terus untuk konsultasi mengenai syarikat.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?