fbpx

5 Contoh Profil Syarikat Yang Lengkap

Profil Syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Portfolio syarikat atau lebih dikenali sebagai profil syarikat merupakan sebuah dokumen bagi memudahkan para pelabur atau pihak lain seperti klien dan pesaing untuk mengetahui lebih mendalam tentang syarikat anda.

Kalau nak pergi mesyuarat dengan pihak luar, bawalah portfolio syarikat anda sekali. 

Ianya dapat membantu mereka mengenali produk, servis dan hala tuju bisnes anda. 

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kredibiliti syarikat anda di mata pihak luar.

Contoh Portfolio Syarikat

Sebuah portfolio syarikat yang baik dan lengkap dapat digunapakai dalam beberapa tujuan yang berlainan tanpa perlu diubah lagi. 

Di dalam blog ini nanti kita akan berkongsi tentang contoh portfolio syarikat dan perkara-perkara yang perlu ada dalam sesebuah portfolio syarikat yang lengkap.

Fungsi-Fungsi Profil Syarikat

1. Berkongsi Maklumat Lengkap Tentang Bisnes Anda.

Sebuah profil syarikat haruslah dapat memberi semua maklumat asas dan apa juga maklumat yang anda ingin sampaikan kepada pihak luar. 

2. Menyertai Tender Kerajaan Atau Swasta.

Apabila anda ingin menyertai tender kerajaan atau swasta, pihak kerajaan atau syarikat tersebut akan meminta anda untuk melampirkan profil syarikat agar mereka dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat anda. 

Ini akan memudahkan mereka untuk memilih syarikat yang memiliki rekod terbaik dikalangan kesemua peserta-peserta tender.

3. Mendapatkan Bantuan Kewangan.

Pihak bank dan institusi kewangan juga akan meminta untuk disertakan profil syarikat bersama permohonan pinjaman kewangan bagi memudahkan mereka mengenali syarikat anda dengan lebih lanjut. 

4. Mendapatkan Anugerah Atau Pengiktirafan.

Jika anda ingin menyertai mana-mana pertandingan seperti pertandingan ISO atau Bangunan Hijau, anda akan diminta untuk menghantar profil syarikat kepada pihak penganjur.

Jadi, bersedialah dengan sebuah profil yang lengkap kerana ianya akan sangat membantu anda untuk layak memenangi pertandingan tersebut.

5. Tujuan Pemasaran.

Ada juga situasi di mana anda ingin berkolaborasi dengan syarikat lain atau menghantar kertas cadangan kepada sesebuah pihak bagi tujuan promosi.

Profil syarikat juga akan sangat diperlukan untuk berkongsi dengan jelas tentang kredibiliti syarikat anda agar dipandang serius.

Kriteria-Kriteria Profil Syarikat Yang Lengkap:

1. Mengandungi Butiran Syarikat Anda.

Perkara penting yang perlu ada ialah nama syarikat anda, nombor pendaftaran SSM, alamat syarikat, nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi. 

2. Disertakan Struktur Organisasi Syarikat.

Adalah penting untuk pihak luar mengetahui siapa yang menggalas tanggungjawab penting dalam syarikat anda.

Masukkan sekali gambar profesional mengikut latar belakang syarikat anda.

Jika ianya adalah sebuah struktur organisasi syarikat untuk syarikat perniagaan korporat, pemakaian blazer dan suit lebih sesuai.

Tetapi jika syarikat anda merupakan sebuah syarikat kreatif yang menekankan keseronokan bekerja, pemakaian yang lebih santai adalah digalakkan.

3. Menjelaskan Jenis Produk Dan Servis Anda.

Semua ingin tahu betapa bagusnya produk dan servis anda.

Memang kita sering diberitahu jangan riak dan bangga diri. Tapi dalam hal ini, silalah banggakan diri anda sehabis boleh.

Ceritakan kesemua kebaikan dan kejayaan yang telah dikecapi oleh syarikat anda dan setiap ahli syarikat agar pihak luar tahu akan kredibiliti syarikat anda. Yakinkan mereka kenapa syarikat anda bagus.

4. Berkongsi Klien-Klien Sebelumnya.

Jangan lupa sertakan senarai projek dan nama klien yang pernah menggunakan khidmat anda.

Jika boleh, sertakan juga testimoni mereka tentang kepuasan hati mereka dengan servis atau produk anda.

5. Paparkan Imej Syarikat Anda.

Pastikan kreativiti dan kredibiliti syarikat anda terserlah melalui profil syarikat anda.

Gunakan perkataan, warna dan gaya visual yang bersesuaian dengan imej syarikat anda agar pihak luar dapat mengenali penjenamaan syarikat anda dengan sekali imbas.

Nak tahu lebih lanjut tentang syarikat? Hubungi TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd. TAZ sedia membantu apa jua kekusutan tentang perkhidmatan Setiausaha Syarikat.

Percaya tak dengan hanya RM80 sebulan anda boleh mendapatkan perkhidmatan TAZ? Menarik bukan? Whatsapp kami untuk info lanjut. Jumpa lagi dalam blog akan datang. Kita cerita pasal daftar SSM online percuma pulak.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?