fbpx

5 Contoh Nama Syarikat Yang Unik

Contoh nama Syarikat yang unik

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang contoh nama Syarikat yang unik.

Kebanyakan syarikat yang fokusnya hanya tertumpu kepada produk atau servisnya terlupa satu perkara yang membuatkan para pelanggan tertarik dengan syarikat anda serta dapat meninggalkan satu memori yang membuatkan pelanggan tersebut akan kekal berurusan dengan produk anda. 

Ini adalah satu fakta bahawa nama syarikat yang unik dan nama syarikat yang menarik akan membuatkan para pelanggan mengingati syarikat anda dan malah dapat menarik rakan-rakan pelanggan tersebut. 

Anda perlu sedar bahawa pada zaman yang moden ini, kebanyakan pelanggan akan menggunakan platform media sosial atau laman web yang lain.

Oleh yang demikian, nama syarikat yang unik atau nama syarikat yang menarik akan menjadi penentu sama ada syarikat anda akan berkembang dengan perlahan ataupun mendapat sambutan yang hangat melalui platform online yang sedang hangat digunakan oleh para pelanggan. 

Adakah nama syarikat yang anda pilih adalah nama syarikat yang unik? Jangan risau kerana artikel ini akan membantu anda membuat carian nama syarikat yang baik melalui contoh nama perniagaan cantik dan melalui nama syarikat yang berjaya.

1. Supreme (contoh nama perniagaan cantik)

Semestinya anda mengetahui jenama pakaian dari syarikat ini. Supreme merupakan antara jenama pakaian yang paling hangat di dunia. 

Sekiranya anda memiliki baju Supreme, anda semestinya tahu bahawa kadangkala anda boleh menjual semula baju anda dengan harga yang lebih mahal. 

Makna namanya yang melambangkan ketinggian yang membawa maksud bahawa produk mereka akan kekal sebagai produk pakaian yang terulung di dunia.

Dari namanya sahaja, syarikat ini dapat meraih pelanggan yang berebut untuk mendapatkan baju keluaran baru mereka. 

Ini adalah salah sebuah dari contoh nama syarikat unik dan dapat menarik perhatian para pelanggan yang baru.

2. A.D.I.D.A.S (Contoh Nama Company Menarik)

Sekiranya anda kuat bersukan, berjogging ataupun bersenam, semestinya anda akan mengingati nama produk ini. 

A.D.I.D.A.S merupakan antara pesaing pakaian dan kasut sukan yang paling hangat di pasaran dunia. 

Namanya yang merupakan sebuah akronim menimbulkan keunikan dan senang untuk diingati kerana nama tersebut memiliki kelainan dari pesaing kasut dan baju sukan di dunia. 

A.D.I.D.A.S yang membawa maksud “All Day I Dream About Sports” semestinya dapat meninggalkan impak yang mendalam buat pelanggan yang baru sahaja mengetahui maksud di sebalik akronim A.D.I.D.A.S dan semestinya dapat meningkatkan pelanggan tetap untuk syarikat mereka.

3. Coca-Cola

Coca-Cola merupakan syarikat yang sudah lama ditubuhkan, namun mereka kekal sebagai antara syarikat yang mempunyai nilai syarikat yang tertinggi di dunia. 

Namun, kenapakah mereka menjadi sangat ikonik sehinggakan anda boleh mendapatkan produk air karbonat mereka di seluruh dunia?

Seperti apa yang anda teka, jawapannya adalah melalui nama syarikat mereka. 

Siapa akan sangka bahawa nama Coca-Cola menerangkan tentang bahan yang terkandung di dalam air tersebut, namun bunyinya yang berirama dapat membuatkan para pelanggan mengingati produknya dan akan sentiasa membelinya.

4. UNIQLO

Tiada syarikat yang lebih unik selain UNIQLO. Syarikat yang berasal dari jepun ini menempa namanya di dunia dengan produk pakaiannya yang sangat berkualiti dan unik sejak dari tahun 2005. 

Namanya seakan-akan menggabungkan perkataan “Unique” dan “Clothes”. Syarikat ini tetap mendapat sambutan hangat kerana namanya memiliki unsur keunikan yang tidak dapat dinafikan.

5. Grab (Contoh Nama Syarikat Yang Unik)

Anda sangka hanya syarikat di luar dunia yang mempunyai nama syarikat yang unik? Syarikat Grab juga merupakan antara syarikat servis yang paling banyak digunakan oleh para pengguna di Malaysia, malah di seluruh Asia Tenggara. 

Namun, apakah keistimewaan nama syarikat ini yang membuatkan syarikat ini sebagai contoh nama syarikat unik?

Namanya yang singkat dan berkaitan dengan servis yang tawarkan untuk pelanggan membuatkan para pelanggan berasa mudah untuk mengingati servis yang ditawarkan oleh syarikat Grab, kerana syarikat ini menawarkan servis teksi E-Hailing, sesuai dengan istilah “Grab” iaitu membawa maksud ingin mengambil (pelanggan).

Contoh Cadangan Nama Syarikat Yang Menarik

Persamaan antara kelima-lima contoh syarikat ini adalah berkenaan dengan suku kata, irama, dan ringkas. 

Ketiga-tiga persamaan ini meningkatkan keunikan produk anda. Namun, yang paling penting adalah anda mestilah mengetahui apakah sifat perniagaan anda sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih nama syarikat anda. 

Demikian merupakan antara contoh nama syarikat unik yang boleh memberikan inspirasi bagi anda memilih nama syarikat unik. Sekiranya anda baru sahaja ingin memulakan syarikat dan memerlukan bantuan daripada firma yang bertauliah dan berpengalaman, sila hubungi kami.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?