fbpx

3 Tips Mencari Nama Syarikat Islamik

Tips Mencari Nama Syarikat Islamik

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Nama syarikat adalah perkara yang sering dibincangkan di dalam laman media sosial dan blog apabila anda ingin memilih nama syarikat Islamik yang sesuai untuk syarikat milik anda. 

Perkara ini bukanlah satu benda yang mudah kerana sudahpun terdapat banyak syarikat yang didaftarkan di dalam SSM, dan ini bermaksud bahawa terdapat nama-nama yang anda inginkan untuk syarikat anda sudahpun digunakan oleh syarikat yang lain.

Sementara itu, anda boleh baca artikel kami untuk mencari nama sesuai untuk perniagaan online.

Akan tetapi, tidak banyak pemilik syarikat yang memilih nama yang menjurus ke arah Islamik. 

Oleh yang demikian, anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan nama syarikat Islamik dan artikel ini akan membantu anda untuk mendapatkan nama syarikat Islamik dengan memberikan tips yang bermanfaat untuk anda.

1. Contoh Nama Syarikat Yang Membawa Rezeki (Nama Syarikat Islamik)

Perkara utama yang anda perlu ambil berat ialah berkenaan dengan maksud nama syarikat yang anda inginkan. 

Anda disarankan untuk memilih nama syarikat yang membawa maksud yang baik. 

Sebagai contoh nama syarikat yang membawa rezeki, penggunaan nama seperti Rizqullah (Rezeki dari Allah) untuk nama restoran anda ataupun Mabrukah (dapat berkah) adalah sangat bagus kerana maksud nama tersebut membawa maksud yang baik. 

Pemilihan nama syarikat ini sama seperti memilih nama untuk anak anda. Mestilah anda inginkan nama yang membawa maksud yang baik untuk anak anda, betul?

Kita patut mengganggap syarikat ini seperti anak anda kerana punca pendapatan atau rezeki anda akan datang dari jualan yang anda lakukan di dalam syarikat anda. 

Bayangkan jika nama syarikat anda membawa maksud yang tidak elok. Semestinya individu yang mengetahui maksud nama tersebut tidak akan berasa tertarik untuk berurusan dengan syarikat anda. 

Satu tips yang saya boleh syorkan kepada anda ialah anda patut melayari laman web dan cari himpunan nama-nama yang membawa maksud yang indah dalam Islam, ataupun anda boleh meminta pertolongan dari rakan anda yang arif dalam bahasa arab untuk mengesyorkan nama syarikat yang sesuai untuk digunakan untuk syarikat milik anda.

2. Berkaitan Dengan Perniagaan

Setiap syarikat yang berdaftar dalam SSM akan menggunakan nama syarikat yang mempunyai kaitan dengan sifat perniagaannya. 

Sebagai contoh, Kwik Cut menggambarkan servis gunting rambut yang pantas dan senang untuk dihubungi di pelbagai cawangan yang terdapat di sekitar Malaysia.

Dalam konteks nama syarikat yang Islamik, anda perlu mencari glosari penggunaan kata yang berkaitan dengan syarikat anda ataupun perkataan tersebut menggambarkan sifat perniagaan yang anda jalankan. 

Contohnya, jika anda ingin membuka syarikat yang menjual atau menghasilkan produk aiskrim, anda boleh menggunakan nama syarikat seperti Aiskrim Buraidah

Buraidah membawa maksud kesejukan atau dingin. Perkataan ini amat sesuai untuk digunakan sekiranya perniagaan anda melibatkan produk ais atau produk yang sejuk.  

Contoh logo islamik
Contoh Logo Islamik

3. Ringkas dan Padat

Perkara ini memang sesuatu yang tidak dipandang berat oleh pemilik syarikat. 

Apabila seseorang individu ingin memilih nama syarikatnya, mereka seringkali beranggapan bahawa nama syarikat yang mereka guna adalah mengikut kehendak atau keselesaan individu tersebut. 

Mereka sepatutnya perlu berfikir sama ada nama yang akan digunakan adalah selesa atau senang untuk diingati oleh para pelanggan mereka.

Oleh yang demikian, nama yang ringkas dan padat amatlah sesuai untuk diguna pakai apabila anda ingin memilih nama syarikat anda. 

Sebagai contoh, nama syarikat seperti Aura Global adalah nama yang sangat bagus serta Islamik untuk perniagaan yang menjual lampu sebagai perniagaan mereka. 

Dalam Islam, perkataan aura membawa maksud sinar atau cahaya. Seperti yang saya maksudkan di pertengahan artikel ini, perkataan tersebut berkaitan dengan perniagaan anda serta nama ini pendek dan senang untuk diingati oleh para pelanggan anda.

Demikian merupakan tips yang bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin mencari nama syarikat yang Islamik untuk perniagaan anda. 

Jika anda gunakan kesemua tips yang saya telah nyatakan di atas, inshaAllah proses pemilihan nama syarikat Islamik anda akan menjadi lebih mudah.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dari pakar untuk pemilihan nama syarikat anda, anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat dari laman web ini dengan whatsapp kami disini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?