fbpx

4 Cara Melancarkan Syarikat Dengan Pengurusan Syarikat Yang Betul

pengurusan syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang cara pengurusan syarikat yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan. Tambahan pula, pengurusan syarikat yang betul adalah salah satu contoh profil syarikat. 

Anda mempunyai impian yang tinggi untuk mempunyai syarikat yang berpotensi untuk menjadi syarikat yang tersohor di Malaysia serta serata dunia, namun anda tidak mempunyai ilmu yang mencukupi untuk mempunyai pengurusan syarikat yang betul.

Pengurusan syarikat adalah satu elemen yang sangat penting untuk kelangsungan syarikat anda. Tanpa ilmu pengurusan syarikat yang mencukupi, syarikat anda tidak akan boleh pergi jauh. Sebagai pemilik syarikat, anda perlu ambil kira berkenaan cara meningkatkan keuntungan serta mempunyai urusan pentadbiran yang mantap.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan milikan tunggal (enterprise), anda hanya perlu fokus terhadap cara mengaut keuntungan, namun apabila anda memiliki syarikat Sdn. Bhd., anda perlu menyediakan laporan akaun beraudit bagi setiap tahun kewangan. Mari kita lihat tips pengurusan syarikat yang anda perlu tahu supaya syarikat anda berjalan dengan lancar.

1. Pengurusan Syarikat Dalam Penubuhan Jabatan

Pengurusan Syarikat Dalam Penubuhan Jabatan

Apabila anda menubuhkan syarikat Sdn. Bhd., perkara pertama yang anda perlukan adalah untuk menganalisa jabatan manakah yang diperlukan untuk syarikat anda berkembang dan beroperasi dengan lancar.

Jabatan seperti sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, operasi, serta jabatan logistik mungkin antara jabatan yang anda perlukan untuk memastikan setiap aspek perniagaan anda menjadi lebih lancar. Anda boleh mencipta satu carta bentuk organisasi perniagaan syarikat supaya ianya menjadi lebih teratur.

2. Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Sumber Manusia

Anda sebagai pemilik syarikat ingin fokus kepada cara-cara untuk memastikan produk atau servis anda berkembang, jadi sekiranya anda terpaksa menguruskan bahagian pengambilan pekerja baru, maka anda sendiri yang akan tidak cukup tangan untuk menguruskan semuanya.

Oleh yang demikian, walaupun syarikat anda berskala kecil, anda perlu mencipta jabatan pengurusan sumber manusia supaya pemberian gaji serta kos-kos lain yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia.

Anda perlu mencipta skop pekerjaan untuk pekerja baru anda serta menyatakan kelayakan yang perlu ada untuk seseorang memohon jawatan dalam syarikat tersebut untuk kenaikan kadar gaji yang akan diberikan kepada pekerja tersebut adalah setimpal.

Apabila pekerja tersebut melakukan kerja yang sangat baik dan sangat setia dan bekerja dengan syarikat anda selama lebih dari setahun, maka anda perlu mempertimbangkan kenaikan gaji mereka.

Ingat, pekerja yang setia serta mempunyai mutu kerja yang sangat baik merupakan aset syarikat yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Sekiranya syarikat anda mempunyai kadar keluar masuk pekerja yang tinggi, ini melambangkan syarikat anda tidak cekap dalam pengurusan sumber manusia atau pengurusan keseluruhan syarikat anda

3. Pengurusan Dokumen

Pengurusan dokumen

Apabila anda baru sahaja ingin memulakan syarikat Sdn. Bhd., anda perlu ambil tahu berkenaan pengurusan dokumen. Pengurusan dokumen yang baik dapat memastikan urusan audit tahunan anda berjalan dengan lancar.

Ingat, semua urusan keluar masuk wang perlulah direkod kerana semuanya akan diperlukan di dalam laporan audit kewangan tahunan anda. Sekiranya mana-mana resit pengeluaran wang hilang, maka ianya akan menyusahkan urusan audit.

Untuk menyenangkan urusan anda nanti, anda perlu melantik sekurang-kurangnya seorang admin untuk menguruskan dokumen syarikat anda. Admin ini akan berperanan untuk merekod dan menyimpan semua dokumen termasuklah invois, fail jualan, perbelanjaan, dan sebagainya.

4. Pengurusan Kewangan Peribadi

Sebagai seorang pemilik syarikat yang bagus, anda perlulah membezakan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan syarikat. Ya, anda memang memiliki syarikat ini, tetapi ia tidak bermaksud bahawa anda boleh mengeluarkan wang syarikat sesuka hati untuk kegunaan peribadi anda.

Sekiranya perkara ini berlarutan, maka ianya akan menyebabkan risiko berlakunya penggunaan modal pusingan tanpa anda sedari sedangkan ianya bukannya nilai keuntungan syarikat anda. Pengurusan syarikat yang baik bermula dari pemilik syarikat.

Perkara ini akan memberikan impak yang buruk pada semua jabatan dalam syarikat anda. Sebagai contoh, jabatan-jabatan lain tidak boleh menggunakan wang syarikat untuk menguruskan tugas mereka, serta menyusahkan akauntan syarikat anda untuk melengkapkan laporan kunci kira-kira syarikat.

Demikian merupakan tips-tips pengurusan syarikat yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin membuka syarikat Sdn. Bhd.. Sekiranya anda baru sahaja ingin membuka syarikat Sdn. Bhd. dan memerlukan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan kompeten, anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan sesi konsultan secara percuma.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?