fbpx

9 Perbelanjaan Yang Dapat Pelepasan Cukai Syarikat Sdn Bhd

pelepasan cukai syarikat sdn bhd

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Adalah penting untuk pemilik perniagaan yang beroperasi di Malaysia memahami bagaimana perbelanjaan syarikat boleh mendapat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd dan mempengaruhi jumlah cukai yang perlu di bayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Jika anda mencari artikel mengenai cukai perniagaan, sila baca pelepasan cukai perniagaan.

Jenis Perbelanjaan Yang Boleh Mendapat Pelepasan Cukai Syarikat Sdn Bhd

pelepasan cukai syarikat sdn bhd

Untuk makluman, cukai korporat dikenakan ke atas setiap syarikat yang beroperasi dan memperoleh pendapatan di Malaysia. Syarikat yang dimaksudkan adalah jenis Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan juga Berhad.

Sebagai pemilik syarikat Sdn Bhd, tanggung jawab membayar cukai sudah menjadi kewajipan. Kegagalan syarikat untuk mematuhi tanggung jawab ini bukan sahaja boleh dikenakan penalti malah boleh menyebabkan pemilik syarikat di saman oleh pihak LHDN dan boleh dikenakan denda dan penjara jika disabitkan kesalahan.

Amatlah penting untuk pemilik syarikat Sdn Bhd memahami dan memanfaatkan pelepasan cukai syarikat Sdn bhd yang ditawarkan oleh LHDN untuk mengurangkan beban cukai yang perlu dibayar.

Oleh itu, kita akan melihat jenis-jenis perbelanjaan syarikat yang boleh memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai. Ianya dapat mengurangkankan jumlah cukai yang perlu dibayar seterusnya meningkatkan keuntungan bersih perniagaan yang diusahakan.

Apabila anda tahu cara kurangkan cukai syarikat, maka syarikat dapat menguruskan pembayaran kepada LHDN tanpa sebarang masalah dan dapat mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Antara jenis perbelanjaan yang memenuhi syarat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd adalah seperti berikut;

  1. Perbelanjaan Pemeliharaan dan Pembaikian
  2. Perbelanjaan Promosi dan Pemasaran
  3. Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
  4. Perbelanjaan Latihan dan Pendidikan
  5. Perbelanjaan Pemberian Sumbangan
  6. Perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran
  7. Perbelanjaan Perubahan Teknologi
  8. Perbelanjaan Inovasi Produk dan Perkhidmatan
  9. Perbelanjaan Keselamatan dan Kualiti

1. Perbelanjaan Pemeliharaan dan Pembaikian

Pelepasan cukai boleh diberikan bagi perbelanjaan pemeliharaan dan pembaikian yang diperlukan untuk menjalankan operasi syarikat. Ini termasuklah kos penyelenggaraan aset syarikat, pembaikian kerosakan atau peralatan yang digunakan dalam operasi harian.

Dengan manfaat pelepasan ini, bukan sahaja syarikat dapat mengurangkan beban cukai malah pada masa yang sama dapat memastikan aset syarikat berfungsi dengan baik.

Bagi syarikat yang terlibat di dalam industri pembuatan, penggunaan mesin dan peralatan adalah penting untuk menjalankan operasi. Syarikat sudah tentunya melabur dalam pembaikan dan pemeliharaan peralatan tersebut.  

Perbelanjaan sebegini memenuhi syarat untuk mendapat pelepasan cukai yang boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada LHDN.

2. Perbelanjaan Promosi dan Pemasaran

Sekiranya syarikat melabur di dalam aktiviti promosi dan pemasaran untuk meningkatkan jualan, ianya juga boleh memenuhi syarat untuk mendapat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd. 

Perbelanjaan ini adalah seperti kos iklan, promosi, dan juga kos pengiklanan dan pemasaran secara digital. 

Oleh itu dapatlah syarikat mengurangkan beban cukai dan pada masa yang sama dapat memperluaskan pasaran perniagaan sama ada secara offline mahupun secara online.

3. Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

pelepasan cukai syarikat sdn bhd

Pelepasan cukai juga diberikan bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan perniagaan yang dijalankan. 

Ini termasuklah kos penyelidikan, pembangunan prototaip, pengujian dan aktiviti inovasi yang berkaitan.

Dengan manfaat pelepasan ini, syarikat bukan sahaja dapat mengurangkan cukai malah dapat mendorong aktiviti inovasi dan perkembangan produk dan perkhidmatan ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Perbelanjaan Latihan dan Pendidikan

Perbelanjaan untuk kursus, latihan, seminar, sijil profesional atau program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja juga boleh mendapat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd.

Contohnya sebuah syarikat yang beroperasi dalam sektor perkhidmatan akan memastikan pekerjanya sentiasa dikemaskini pengetahuan dan pensijilannya. Maka syarikat sudah pasti melabur untuk latihan dan sijil profesional yang diperlukan.

Perbelanjaan ini memenuhi syarat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd, seterusnya membantu meringankan beban cukai yang perlu dibayar setiap tahun.

5. Perbelanjaan Pemberian Sumbangan

Syarikat yang memberikan sumbangan kepada badan kebajikan, institusi pendidikan atau program sosial yang diiktiraf dapat memenuhi syarat untuk pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd.

Ini termasuklah sumbangan tunai, peralatan atau sumbangan dalam bentuk lain yang bertujuan untuk membantu masyarakat.

Sekiranya syarikat memberikan sumbangan tunai kepada rumah anak yatim yang diiktiraf, sumbangan ini memenuhi syarat untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar. Pada masa yang sama syarikat juga dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat.

6. Perbelanjaan Pengurusan dan Pentadbiran

Perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran juga memenuhi syarat untuk pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd. 

Ini termasuk perbelanjaan seperti gaji pekerja, sewa pejabat, utiliti dan perkhidmatan professional yang berkaitan dengan pengurusan syarikat.

Dengan manfaat pelepasan ini, syarikat dapat mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar setiap tahun dan seterusnya dapat memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar.

7. Perbelanjaan Perubahan Teknologi

Perbelanjaan yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam operasi syarikat juga boleh mendapat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd.

Perbelanjaan ini termasuklah kos pembelian dan pemasangan teknologi baru, perisian pengurusan atau sistem automasi yang boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti syarikat.

Sebagai contoh syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan akan melabur dalam pembelian dan pemasangan robotik yang membolehkan mereka meningkatkan produktiviti.

Perbelanjaan ini boleh mendapat pelepasan cukai seterusnya membantu syarikat mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada LHDN.

8. Perbelanjaan Inovasi Produk dan Perkhidmatan

Jika syarikat melabur dalam inovasi produk atau perkhidmatan yang baru, ianya juga boleh memenuhi syarat pelepasan cukai. Ini termasuklan perbelanjaan untuk pembangunan produk baru, pengujian, atau perubahan signifikan dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Perbelanjaan ini dapat mengurangkan jumlah cukai dan mendorong syarikat untuk terus meningkatkan kualiti produk dan perhidmatan yang ditawarkan.

9. Perbelanjaan Keselamatan dan Kualiti

Bagi syarikat yang melabur dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kualiti produk atau perkhidmatan juga boleh memenuhi syarat untuk mendapat pelepasan cukai syarikat Sdn Bhd.

Contoh perbelanjaan ini adalah seperti pensijilan kualiti, ujian produk atau sistem pengurusan keselamatan dan kualiti. Ianya boleh meningkatkan reputasi syarikat dan pada masa yang sama boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada pihak LHDN.

Manfaat Pelepasan Cukai Syarikat Sdn Bhd Dapat Meningkatkan Keuntungan Perniagaan

pelepasan cukai syarikat sdn bhd

Sebagai pemilik syarikat Sdn Bhd amatlah penting untuk mengetahui dan memahami jenis-jenis perbelanjaan yang memenuhi syarat untuk pelepasan cukai. 

Dengan memanfaatkan pelepasan cukai yang ada, syarikat dapat mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar kepada LHDN. 

Oleh itu, syarikat dapat mengoptimumkan keuntungan bersih yang diperolehi serta menyalurkannya untuk perkembangan perniagaan ke peringkat seterusnya.

Walau bagaimanapun adalah penting untuk pemilik syarikat berbincang dengan penasihat cukai profesional. Ini adalah untuk memastikan kesesuaian dan kepatuhan kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan pelepasan kadar cukai syarikat Sdn Bhd ini.

Ingatlah untuk sentiasa merujuk kepada sumber rasmi seperti LHDN dan pakar cukai yang berpengalaman bagi memahami syarat-syarat dan peraturan terkini serta memastikan kepatuhan penuh terhadap undang-undang percukaian.

Semoga dengan panduan yang kami kongsikan ini dapat membantu pemilik syarikat Sdn Bhd memahami jenis perbelanjaan yang boleh mendapat pelepasan cukai, seterusnya membantu mengurangkan beban cukai yang dibayar setiap tahun.

Pihak kami sentiasa bersedia membantu usahawan dan pemilik syarikat Sdn Bhd untuk sebarang urusan dan khidmat nasihat percukaian yang diperlukan. Anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami jika ada sebarang pertanyaan.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?