Dalam dunia perniagaan, memahami kadar cukai syarikat di Malaysia adalah sangat kritikal. Cukai korporat dikenakan atas syarikat bermastautin (sendirian berhad dan berhad) yang memperolehi pendapatan:
- Di Malaysia dan;
- Dari luar Malaysia bagi syarikat insurans, pengangkutan laut dan udara dan perbankan sahaja.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka apa yang perlu diketahui mengenai cukai syarikat di Malaysia. Jika anda ingin ketahui lebih lagi tentang pengurusan cukai, anda mungkin boleh baca cara kurangkan cukai syarikat.
Apa itu Kadar Cukai Syarikat 2022?

Pengiraan cukai syarikat merujuk kepada peratusan khusus yang dikenakan ke atas pendapatan bersih syarikat. Melalui kadar cukai ini, kerajaan dapat mengumpul pendapatan yang digunakan untuk pelbagai perkhidmatan awam dan pembangunan infrastruktur negara.
Struktur Kadar Cukai Syarikat di Malaysia
Kadar Cukai untuk Syarikat Kecil dan Sederhana (SME)
Di Malaysia, terdapat struktur khas yang dikenakan kepada Syarikat Kecil dan Sederhana (SME).
Syarikat yang mempunyai tidak melebihi RM2.5 juta akan dikenakan kadar cukai 17% untuk RM600 000 pertama.
Contoh Pengiraan Kadar Cukai Pendapatan untuk Syarikat Kecil
Syarikat ABC Sdn Bhd, sebuah syarikat kecil di Malaysia yang mempunyai sebanyak RM50 000 sahaja dalam tahun kewangan terakhir. Berdasarkan struktur kadar cukai untuk Syarikat Kecil dan Sederhana (SME), kadar cukai sebanyak 17% akan dikenakan ke atas jumlah pendapatan ini. Oleh itu, Syarikat ABC Sdn Bhd akan dikenakan cukai sebanyak RM8500 (17% daripada RM50,000).
Contoh ini menunjukkan bagaimana struktur cukai di Malaysia memberikan kelebihan kepada syarikat yang lebih kecil dengan kadar yang lebih rendah, membantu mereka dalam pertumbuhan awal dan mengurangkan beban kewangan. Ini juga mendorong usahawan untuk memulakan perniagaan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Contoh Pengiraan Cukai Syarikat Sdn Bhd Sederhana

Syarikat XYZ Sdn Bhd, sebuah syarikat sederhana yang beroperasi di Malaysia dengan sebanyak RM2 juta dalam tahun kewangan terakhir. Berdasarkan struktur cukai yang telah diterangkan, Syarikat XYZ akan dikenakan kadar cukai sebanyak 17% untuk RM600 000 pertama yang bersamaan dengan RM102 000.
Untuk baki RM1.4 juta pendapatan, kadar cukai adalah 24%, yang membawa jumlah tambahan RM336 000. Jadi, cukai keseluruhan yang perlu dibayar oleh Syarikat XYZ adalah RM438 000.
Contoh ini menggambarkan bagaimana struktur cukai syarikat di Malaysia berfungsi.
Kelebihan dan Kekurangan Kadar Cukai Syarikat
Dalam konteks syarikat kecil dan sederhana, kadar cukai yang lebih rendah dapat mengurangkan beban kewangan dan membolehkan mereka menggunakan dana yang dijimatkan untuk pelaburan yang lebih baik dalam operasi syarikat. Ini membuka peluang untuk pertumbuhan dan perkembangan syarikat.
Kepentingan Memahami Kadar Cukai Syarikat

Memahami cukai syarikat di Malaysia bukan sahaja membantu syarikat anda mematuhi undang-undang tetapi juga memainkan peranan penting dalam perancangan kewangan dan. Melalui pemahaman ini, syarikat anda boleh berfungsi dengan lebih cekap dan berdaya saing.
Jika anda rasa ‘pening’ tentang pengiraan cukai syarikat atau perlukan bantuan dalam hal perniagaan dan cukai, kami di Daftar Syarikat sedia membantu syarikat anda.
Sebagai pakar dalam perundingan perniagaan dan cukai, kami menyediakan perkhidmatan profesional yang khusus dalam pengurusan cukai. Anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami untuk dapatkan konsultasi cukai syarikat.