fbpx

5 Jawatan Dalam Syarikat Secara Asas Dalam Sdn Bhd

Jawatan Dalam Syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Nama Jawatan Dalam Syarikat Perniagaan

Syarikat Sdn. Bhd. yang berjaya mesti mempunyai pemahaman yang jelas berkenaan struktur jawatan dalam syarikat perniagaan masing-masing.

Sekiranya anda menjual produk atau pembekal, anda perlu mengetahui apakah jawatan dalam syarikat yang perlu dilantik untuk menjadikan proses syarikat perniagaan akan menjadi lancar dan berkembang pesat. 

Namun, ada segelintir pemilik syarikat yang tidak mempunyai ilmu mencukupi berkenaan jawatan-jawatan yang perlu ada untuk perusahaan mereka menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan dan sistematik. 

Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang jawatan dalam syarikat yang anda perlu tahu.

Jawatan Dalam Syarikat Enterprise

Lebih dari 8 juta perniagaan berdaftar dengan SSM dan 7 juta adalah syarikat Enterprise.

Enterprise pada asasnya adalah perniagaan yang didaftarkan di bawah Milikan Tunggal atau Perkongsian

Pada perniagaan Enterprise, tiada Sdn Bhd dibenarkan untuk diletak sebagai nama syarikat. Malah anda juga perlu pergi sendiri ke SSM untuk mendaftarkan perniagaan Enterprise ini.

3 Perkara Penting Untuk Diingati Oleh Pemilik Enterprise:

  1. Tidak ada istilah “Pengarah”jawatan dalam syarikat enterprise. Anda boleh gunakan jawatan seperti Pemilik, Pengurus, Rakan Kongsi dan bukan CEO, Pengarah atau Director.
  2. Anda boleh membuka akaun semasa untuk tujuan perniagaan atas nama perniagaan Enterprise. Akaun bisnes ini akan memberikan imej yang baik semasa berurusan dengan pelanggan.
  3. Walaupun akaun perniagaan Enterprise bukan seperti akaun Sdn Bhd, simpan segala resit yang diperolehi dari pembekal. Resit-resit ini akan membantu anda dalam percukaian nanti

Senarai Jawatan Dalam Syarikat Sdn Bhd

1. Pengarah Eksekutif

jawatan dalam syarikat sdn bhd

Jawatan dalam syarikat yang diberikan kepada Pengarah Eksekutif, Pengarah Syarikat  atau dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mempunyai tugas yang sangat berat untuk dipikul kerana jawatan ini mempunyai kuasa maksimum ke atas syarikat. 

Selain itu, fungsi utama Ketua Pegawai Eksekutif yang anda perlu tahu adalah untuk menguruskan syarikat secara keseluruhannya. 

Oleh yang demikian, jawatan dalam syarikat ini selalunya diberikan gaji yang paling tinggi di dalam organisasi anda kerana jawatan sebegini semestinya wajar untuk mendapat gaji tertinggi di organisasi anda, betul tak? 

CEO juga bertanggungjawab untuk mencari hala tuju syarikat supaya mereka dapat mencapai maklamat syarikat tersebut.

2. Pengarah Jabatan

Senarai jawatan dalam syarikat Sdn Bhd di dalam carta organisasi syarikat, akan terdapat jawatan lain yang berada di bawah jawatan CEO syarikat. 

Jawatan tersebut dibahagikan kepada pelbagai jawatan yang lain untuk menguruskan setiap jabatan yang terdapat dalam syarikat yang dikenali sebagai jawatan C-Level

Contoh-contoh nama jawatan C-Level ialah Ketua Pengarah Operasi (COO), Ketua Pengarah Kewangan (CFO), Ketua Pengarah Komunikasi (COC), Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Ketua Pegawai Teknologi (CTO), dan banyak lagi. 

Jawatan C-Level ini akan digunakan oleh syarikat anda bergantung pada tahap syarikat anda serta jenis sifat perniagaan anda, dan tidak semestinya kesemua 20 jawatan C-Level diperlukan dalam syarikat anda.

3. Pengurus

jawatan dalam syarikat enterprise

Jawatan Pengurus merupakan jawatan dalam syarikat yang menjadi pengantara di antara jabatan pengurusan dan jawatan atasan seperti jawatan C-Level

Fungsi pengarah adalah untuk mengarah dan menyelaras pekerja-pekerja dari seksyen tertentu untuk menjalankan aktiviti harian yang dicadangkan oleh pengurus atasan. 

Pengurus syarikat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan di peringkat teknikal sahaja.

4. Supervisor

Jawatan penyelia akan berada di dalam tahap operasi perusahaan. 

Tugas penyelia adalah untuk menyelaraskan dan memberikan nasihat atau penyeliaan kepada pekerja bawahan supaya orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan betul. 

Apabila bahagian operasi melakukan tugas dengan lancar dan berada di dalam prestasi yang baik, penyelia akan melaporkan perkembangan ini kepada pengurus syarikat. 

Penyelia juga akan menilai keperluan dan status pekerjaan pekerja mereka.

5. Pengendali

Pengendali syarikat merupakan tulang belakang syarikat. 

Tanpa pekerja tahap bawahan di dalam syarikat, operasi syarikat tidak akan dapat berjalan dengan lancar. 

Jawatan ini terdiri daripada pekerja dari latar belakang profesional yang berbeza yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja rutin dan tugas yang diamanahkan oleh pihak syarikat.

Demikian merupakan jawatan-jawatan yang terdapat di dalam sesebuah syarikat. 

Banyak tak jawatan yang terdapat dalam syarikat? Jika anda tidak boleh ingat nama syarikat yang saya nyatakan, anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada setiausaha syarikat anda. 

Sekiranya anda masih tidak mempunyai setiausaha syarikat. selain itu, setiausaha syarikat memainkan peranan penting, terdapat banyak peranan setiausaha syarikat yang perlu kita tahu. setiausa anda boleh mendapatkan khidmat profesional setiausaha syarikat dengan menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?