Jawatan Dalam Syarikat

Jawatan Dalam Syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Syarikat Sdn. Bhd. yang berjaya mesti mempunyai pemahaman yang jelas berkenaan struktur perniagaan masing-masing. Sekiranya anda menjual produk atau pembekal, anda perlu mengetahui apakah jawatan dalam syarikat yang perlu dilantik untuk menjadikan proses syarikat perniagaan akan menjadi lancar dan berkembang pesat. Namun, ada segelintir pemilik syarikat yang tidak mempunyai ilmu mencukupi berkenaan jawatan-jawatan yang perlu ada untuk perusahaan mereka menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan dan sistematik. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang jawatan dalam syarikat yang anda perlu tahu.

1. Pengarah Eksekutif

jawatan dalam syarikat sdn bhd

Jawatan dalam syarikat yang diberikan kepada Pengarah Eksekutif atau dikenali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mempunyai tugas yang sangat berat untuk dipikul kerana jawatan ini mempunyai kuasa maksimum ke atas syarikat. Selain itu, fungsi utama Ketua Pegawai Eksekutif yang anda perlu tahu adalah untuk menguruskan syarikat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, jawatan dalam syarikat ini selalunya diberikan gaji yang paling tinggi di dalam organisasi anda kerana jawatan sebegini semestinya wajar untuk mendapat gaji tertinggi di organisasi anda, betul tak? CEO juga bertanggungjawab untuk mencari hala tuju syarikat supaya mereka dapat mencapai maklamat syarikat tersebut.

2. Pengarah Jabatan

Di dalam carta organisasi syarikat, akan terdapat jawatan lain yang berada di bawah jawatan CEO syarikat. Jawatan tersebut dibahagikan kepada pelbagai jawatan yang lain untuk menguruskan setiap jabatan yang terdapat dalam syarikat yang dikenali sebagai jawatan C-Level. Contoh-contoh nama jawatan C-Level ialah Ketua Pengarah Operasi (COO), Ketua Pengarah Kewangan (CFO), Ketua Pengarah Komunikasi (COC), Ketua Pegawai Pemasaran (CMO), Ketua Pegawai Teknologi (CTO), dan banyak lagi. Jawatan C-Level ini akan digunakan oleh syarikat anda bergantung pada tahap syarikat anda serta jenis sifat perniagaan anda, dan tidak semestinya kesemua 20 jawatan C-Level diperlukan dalam syarikat anda.

3. Pengurus

jawatan dalam syarikat enterprise

Jawatan Pengurus merupakan jawatan dalam syarikat yang menjadi pengantara di antara jabatan pengurusan dan jawatan atasan seperti jawatan C-Level. Fungsi pengarah adalah untuk mengarah dan menyelaras pekerja-pekerja dari seksyen tertentu untuk menjalankan aktiviti harian yang dicadangkan oleh pengurus atasan. Pengurus syarikat mempunyai kuasa untuk membuat keputusan di peringkat teknikal sahaja.

4. Supervisor

Jawatan penyelia akan berada di dalam tahap operasi perusahaan. Tugas penyelia adalah untuk menyelaraskan dan memberikan nasihat atau penyeliaan kepada pekerja bawahan supaya orang bawahan menjalankan tugas mereka dengan betul. Apabila bahagian operasi melakukan tugas dengan lancar dan berada di dalam prestasi yang baik, penyelia akan melaporkan perkembangan ini kepada pengurus syarikat. Penyelia juga akan menilai keperluan dan status pekerjaan pekerja mereka.

5. Pengendali

Pengendali syarikat merupakan tulang belakang syarikat. Tanpa pekerja tahap bawahan di dalam syarikat, operasi syarikat tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Jawatan ini terdiri daripada pekerja dari latar belakang profesional yang berbeza yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja rutin dan tugas yang diamanahkan oleh pihak syarikat.

 

Demikian merupakan jawatan-jawatan yang terdapat di dalam sesebuah syarikat. Banyak tak jawatan yang terdapat dalam syarikat? Jika anda tidak boleh ingat nama syarikat yang saya nyatakan, anda boleh mendapatkan maklumat ini daripada setiausaha syarikat anda. Sekiranya anda masih tidak mempunyai setiausaha syarikat, anda boleh mendapatkan khidmat profesional setiausaha syarikat dengan menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?