fbpx

3 Tugas Pengarah Syarikat

Tugas Pengarah Syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Bidang tugas Pengarah Syarikat ataupun direktor syarikat adalah satu komponen yang amat penting dalam pendaftaran dan pengurusan sesebuah syarikat Sdn. Bhd. namun bagi individu yang baru ingin memulakan perusahaannya, mereka akan menyangka bahawa kesemua perkara berkenaan syarikat tersebut adalah dibawah Bidang tugas Pengarah Syarikat, namun sebenarnya tidak. Jadi, apakah tugas-tugas utama yang perlu dilakukan oleh pengarah syarikat? Artikel ini akan membincangkan tentang tugas serta jenis pengarah dengan terperinci supaya anda akan sedia maklum dengan tugas tersebut.

1. Bidang tugas Pengarah Syarikat dalam Mengurus dan Mentadbir Syarikat

Bidang tugas Pengarah Syarikat yang utama semestinya adalah untuk mengurus dan mentadbir syarikat. Sekiranya anda melantik diri anda ataupun individu yang lain untuk menjadi pengarah syarikat, dia perlu mempunyai keupayaan untuk mengurus dan mentadbir syarikat supaya syarikat Sdn. Bhd. tersebut berada di landasan yang betul.

Jika pengarah syarikat tersebut tidak mempunyai ilmu pengurusan yang sistematik, sesebuah syarikat tidak akan bertahan lama di dalam dunia perniagaan. Ilmu-ilmu seperti perancangan perniagaan, pengurusan gaji, keupayaan untuk mengarah staf yang banyak serta memastikan visi dan misi syarikat tersebut berada di landasan yang betul ialah antara kualiti yang diperlukan oleh seseorang yang akan menguruskan syarikat tersebut.

Pengurus syarikat yang tidak kompeten akan menyebabkan pelbagai perkara akan diabaikan, dalam jangka masa yang panjang akan menghancurkan potensi serta reputasi sesebuah syarikat sebagai syarikat Sdn. Bhd. yang kompeten dan boleh dipercayai oleh prospek serta pelanggan yang sedia ada.

2. Fidusiari

Ianya bukan tugas yang mudah bagi pengarah syarikat untuk menguruskan sesebuah perusahaan. Individu yang dipikul tugas untuk menjadi pengarah syarikat hendaklah bertindak untuk kepentingan syarikat, tidak mempunyai percanggahan kepentingan antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri – tidak bersifat mementingkan diri sendiri.

Namun, bidang tugas Pengarah Syarikat yang paling perlu dititik beratkan ialah individu tersebut perlu menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau diperuntukkan oleh syarikat. Sentiasa peka terhadap tanggungjawab yang dipikul serta bersifat berhati-hati dan sentiasa berusaha untuk kepentingan syarikat.

3. Tugas Statutori

Pengarah syarikat juga perlulah menjalankan tugas yang memenuhi kewajipan mereka yang selaras dengan peruntukan wang seperti yang tertera di dalam Akta Syarikat 2016 seperti yang berikut:-

Demikian merupakan tugas-tugas wajib yang perlu dituruti oleh pengarah syarikat. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis pengarah syarikat di dalam sesebuah organisasi? Berikut merupakan jenis pengarah syarikat:

Pengarah Urusan - Managing Director:

Pengarah Urusan ataupun Managing Director merupakan Pengarah yang memiliki kuasa yang luas bagi menentukan operasi dan perlaksanaan Syarikat. Lembaga pengarah syarikat memiliki kuasa untuk melantik lebih dari satu Pengarah Urusan dalam syarikat mereka pada satu jangka masa tertentu. Pengarah Urusan boleh juga dilantik melalui Resolusi Mesyuarat Am ataupun seperti termaktub di dalam Artikel Syarikat.

Pengarah Bayangan - Shadow Director:

Menurut Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, Pengarah Bayangan merupakan orang yang memainkan peranan yang penting di dalam Syarikat. Tugas Pengarah Bayangan ialah untuk menjadi individu yang memberikan segalan arahan dan rancangan yang akan dilakukan oleh Pengarah Syarikat.

Pengarah Eksekutif and Bukan Bukan Eksekutif-Executive and Non-Executive Director:

Seseorang pengarah eksekutif biasanya dilantik daripada  dalam kalangan pengarah-pengarah dan memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Pengarah bukan eksekutif pula biasanya tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, namun memikul tanggungjawab bersama-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Sama seperti pengarah eksekutif, pengarah bukan eksekutif mempunyai hak dan menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun mereka tidak memegang jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.

Jadi adakah anda sudah jelas berkenaan dengan tugas dan jenis pengarah? Jika anda inginkan maklumat yang lebih ataupun memerlukan khidmat dari firma untuk menyelesaikan kesulitan anda dalam membentuk dan menguruskan syarikat, anda boleh menghubungi kami di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?