fbpx

Contoh Perancangan Perniagaan

Contoh Perancangan Perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang Contoh Perancangan Perniagaan.

Adakah anda baru sahaja ingin membuka syarikat Sdn. Bhd? Jika anda sudahpun mempunyai syarikat tersendiri, saya ucapkan tahniah dan semoga perusahaan anda akan terus berkembang. Sekiranya syarikat and mula berkembang, anda memerlukan cop CTC certificate ssm untuk menyertai tender dari pihak kerajaan dan mengelakan penipuan. Namun, walaupun anda sudahpun mempunyai syarikat di bawah nama anda, adakah anda mempunyai perancangan perniagaan yang komprehensif untuk perusahaan anda? Terdapat banyak pemilik syarikat yang ingin membuat pelbagai perancangan tetapi akhirnya perancangan tersebut tidak dicapai. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan perancangan perniagaan?

Perancangan perniagaan merupakan garis panduan kepada sebuah syarikat untuk menguruskan perniagaannya dengan lebih efisien. Sekiranya anda tidak mempunyai perancangan perniagaan, adalah amat susah untuk anda memastikan perusahaan anda akan terus maju di jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang perancangan perniagaan yang dapat membantu syarikat anda menjadi lebih teratur dan mempunyai matlamat syarikat yang kukuh. Perancangan perniagaan merangkumi perkara seperti pelan awal, bantuan perniagaan, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan, dan unjuran keuntungan.

Pelan Awal Contoh Perancangan Perniagaan Yang Baik

Pada permulaan sesebuah perniagaan, kesemua jenis perniagaan memerlukan pelan awal untuk memastikan perusahaan anda mula berjalan. Anda perlu mengetahui tahap kemampuan syarikat anda supaya anda boleh menyampaikan servis yang baik kepada para pelanggan anda. Sebagai contoh, jika anda memulakan perniagaan untuk menempah kek kahwin, anda perlu tahu berapakah pekerja yang ada dan tempahan yang anda boleh ambil dalam masa sehari untuk mengelak daripada anda tidak dapat memenuhi tempahan tersebut. Anda juga boleh memulakan perniagaan online sekiranya anda tidak mempunyai modal. Servis yang tidak memuaskan dapat memberi kesan kepada reputasi syarikat anda.

Anda juga perlu membina avatar pelanggan anda supaya anda dapat mencari pelanggan yang mahukan servis anda. Avatar pelanggan menerangkan personaliti bakal pembeli produk/servis yang kita jual. Sebagai contoh, sekiranya anda menyasarkan pelanggan yang berusia untuk membeli gadget dan aksesori fon, kemungkinan besar pelanggan tersebut tidak akan membeli produk anda .  

Keperluan Modal

Resolusi Bank

Keperluan modal merujuk kepada berapa amaun jumlah modal yang anda perlukan untuk memastikan anda boleh beroperasi. Sebagai contoh, anda perlu mengira kos overhed, kos penggajian, kos pengangkutan, sewa, dan bil elektrik bulanan supaya anda mempunyai modal yang mencukupi untuk membayar kesemua kos tersebut agar perusahaan anda dapat berjalan dengan lancar. Modal adalah sumber dana, bukannya untuk digunakan untuk tujuan perbelanjaan.

Rancangan Pemasaran

Apabila anda membuka perniagaan anda, adakah anda akan hanya tunggu dan mengharapkan para pelanggan sendiri untuk menjumpai anda untuk tujuan urusan jual beli? Anda hendaklah mempunyai perancangan untuk menarik perhatian pelanggan untuk berurusan dengan anda. Oleh yang demikian, anda perlu merangka iklan yang dapat menarik perhatian mereka. Rancangan pemasaran yang bagus dapat meningkatkan amaun pelanggan yang baru. Anda boleh iklankan perniagaan anda melalui cara tradisional atau cara digital.

Jualan

Mana-mana perniagaan di dunia memerlukan pelanggan untuk membeli produk mereka. Jualan merupakan komponen yang paling penting kerana sumber kewangan anda akan bertambah sekiranya unit jualan anda adalah banyak. Teknik jualan yang hebat merupakan faktor besar yang mempengaruhi jualan bulanan anda. Anda perlu mencari pekerja dalam bidang jualan yang mempunyai sikap tidak mahu mengaku kalah dan agresif untuk mencari dan melengkapkan urusan jual beli tersebut.

Unjuran Keuntungan

Apabila perniagaan anda makin membesar dan anda memerlukan modal yang lebih banyak, anda perlu mencari pelabur yang berminat untuk melaburkan wangnya ke dalam syarikat anda. Oleh yang demikian, anda perlu menyediakan unjuran keuntungan supaya para pelabur akan berminat untuk melabur ke syarikat anda. Unjuran keuntungan ini adalah berdasarkan berapa amaun jualan yang anda sudah capai sepanjang perniagaan anda dijalankan. Sekiranya unjuran keuntungan anda adalah rendah, maka ianya akan menjadi sukar untuk anda mendapat pelabur yang ingin melabur untuk syarikat anda. Unjuran keuntungan juga dapat memberikan anggaran nilai syarikat kepada para pelabur.

Demikian merupakan penerangan berkenaan apakah itu perancangan perniagaan dan mengapa ianya penting untuk kelangsungan syarikat anda. Sekiranya anda masih tidak mempunyai perancangan perniagaan, anda boleh dapatkan nasihat dari setiausaha syarikat yang bertauliah di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?