fbpx

CTC Certificate SSM Untuk Apa?

ctc certificate ssm

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang: CTC Certificate SSM untuk apa kegunaannya dalam perniagaan.

Syarikat Sdn. Bhd. milik anda sudahpun beroperasi untuk beberapa bulan. Perniagaan anda sedang berkembang sedikit demi sedikit. Anda sudah perolehi beberapa pelanggan yang tetap dan syarikat anda makin dipercayai dan mula menempa nama dalam kalangan pelanggan yang menggunakan khidmat yang sama dengan pesaing perniagaan anda. Ini adalah berita yang baik untuk perkembangan syarikat anda.

Seterusnya, anda mengambil keputusan untuk menyertai tender yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kerana terdapat banyak tawaran tender yang diiklankan oleh pihak kerajaan yang berkait rapat dengan kepakaran anda. Seterusnya, anda mengarahkan pekerja anda untuk mengkaji syarat-syarat yang perlu anda kecapi supaya anda layak untuk menyertai tender tersebut.

Pekerja anda memberitahu anda bahawa terdapat pelbagai dokumen yang perlu anda sediakan dan kebanyakan dokument tersebut memerlukan cop CTC (Certified True Copy). Ini adalah pertama kali anda mendengar cop CTC. Apa itu CTC? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan CTC certificate SSM.

Apa itu CTC Certificate SSM?

CTC certificate SSM merujuk kepada salinan dokumen yang telah dicop dan ditandatangani untuk mengesahkan bahawa salinan dokumen tersebut merupakan salinan daripada dokumen yang asli oleh individu yang diberikan kebenaran untuk mengesahkan dokumen tersebut melalui pengisytiharan. Sekiranya anda membuat salinan dokumen yang sudahpun mempunyai cop CTC, salinan dokumen tersebut tidak disahkan sebagai dokumen CTC.

Dokumen yang mempunyai cop CTC ini boleh diperolehi di pejabat SSM. Anda boleh pergi ke pejabat SSM untuk memohon cop CTC daripada kakitangan SSM. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk pergi memohon, anda boleh melantik wakil untuk memohon cop CTC tersebut bagi pihak syarikat anda.  Namun, oleh disebabkan penularan wabak yang melanda Malaysia dan seluruh negara, anda disarankan untuk mengambil jalan yang lebih mudah untuk mendapatkan cop tersebut melalui dalam talian.

Pihak SSM telah memperkenalkan SSM DCTC (Digital Certified True Copy) QR code reader dan Web Checker bagi semakan dokumen SSM yang disahkan benar secara digital yang berkuatkuasa pada 11 November 2019 yang lalu yang bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan dokumen CTC untuk syarikat anda. Anda hanya perlu melayari laman web www.ssmreprint.com untuk membeli cop CTC secara dalam talian.

Apakah Kepentingan CTC Certificate SSM?

Semestinya anda tertanya-tanya kenapakah anda perlu mendapatkan cop CTC ini? Terdapat beberapa sebab yang munasabah tentang keperluan cop CTC ini:-

1. SSM Certificate Boleh Mengelakkan Dari Sebarang Unsur Penipuan

Sebab utama kenapa CTC certificate SSM dicipta adalah untuk elakkan sebarang unsur penipuan berlaku apabila pihak kerajaan memberikan tender tersebut kepada syarikat anda. Bayangkan sekiranya terdapat individu yang mempunyai niat yang tidak baik untuk menjatuhkan reputasi syarikat anda menggunakan dokumen yang mereka perolehi secara tidak sah daripada syarikat anda dan mengambil kontrak tender-tender yang syarikat anda tidak mampu untuk siapkan.

Sekiranya perkara ini terjadi dan akhirnya syarikat anda tidak mampu menyiapkan tender-tender tersebut, maka pihak kerajaan berhak untuk mengenakan kompaun harian berdasarkan klausa yang terdapat di dalam kontrak tender tersebut. Syarikat anda akan terpaksa membayar kompaun tersebut dan akhirnya syarikat anda akan mengalami kerugian yang besar dan berisiko besar untuk jatuh bankrap. Oleh yang demikian, cop CTC ini akan berfungsi sebagai pengesahan bahawa dokumen-dokumen yang syarikat anda hantar adalah daripada pihak syarikat anda sendiri, bukannya daripada individu yang bukannya dari syarikat anda.

2. Pengesahan Keaslian Dokumen

Tujuan cop CTC dicipta adalah untuk mengesahkan bahawa dokumen anda adalah asli dan tidak diubah oleh mana-mana pihak termasuk anda sendiri. Apabila dokumen tersebut mendapat cop CTC, ini bermaksud semua maklumat yang dinyatakan adalah benar.

3. Memudahkan Pihak Kerajaan

Dengan kewujudan cop CTC, pihak kerajaan atau mana-mana badan syarikat swasta dapat memastikan bahawa dokumen itu adalah asli dan sah untuk digunakan. Dalam erti kata yang lain, pihak kerajaan yang mengambil dokumen yang mempunyai cop CTC tidak lagi perlu risau sama ada dokumen tersebut adalah asli ataupun tidak, dan ianya memudahkan urusan mereka dengan anda.

Sekarang anda sudahpun mengetahui segalanya berkenaan CTC certificate SSM. Anda juga boleh dapatkan maklumat ini daripada setiausaha syarikat anda. Sekiranya anda masih tidak mempunyai setiausaha syarikat, anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat daripada firma yang bertauliah dan berpengalaman di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?