fbpx

4 Jenis Keburukan Daftar SSM Yang Banyak Orang Sangka

keburukan daftar ssm

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang keburukan daftar SSM yang banyak orang sangka berbanding kebaikannya.

Pernahkah anda mendengar cerita tentang seorang peniaga sederhana yang berniaga bertahun-tahun lamanya tetapi dia tidak mendaftarkan perniagaannya ke SSM? Jika ya, apakah sebab peniaga tersebut tidak mahu daftarkan perniagaannya ke dalam sistem SSM?

Buat pengetahuan anda, terdapat segelintir pemilik perniagaan yang tidak mahu mengambil kelebihan sdn bhd dan mendaftarkan perniagaannya disebabkan oleh khabar angin yang tidak berasas yang mempengaruhi keputusan mereka untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka ke dalam sistem SSM. Khabar angin dan sangkaan yang salah ini memberikan kesan yang buruk kepada pemilik perniagaan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang keburukan daftar SSM yang banyak orang sangka.

1. Keburukan Daftar SSM Yang Banyak Orang Sangka (Kos Yuran yang Mahal)

Segelintir pemilik perniagaan berpendapat bahawa kos yuran yang mereka perlukan untuk pembaharuan lesen SSM adalah mahal. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka dan terdapat banyak cara mengeluarkan nama dari ssm online. Tahukah anda bahawa kos pembaharuan lesen SSM untuk perniagaan enterprise hanyalah RM120 setiap tahun?

Dalam erti kata yang lain, SSM hanya mengenakan caj yang sangat murah iaitu RM10 setiap bulan. Murah kan? Sekiranya mereka ingin membuka syarikat Sdn. Bhd., maka harganya akan menjadi agak tinggi untuk dibandingkan dengan perniagaan enterprise. Namun, ianya adalah berpatutan dengan kelebihan-kelebihan yang syarikat Sdn. Bhd. akan perolehi apabila syarikat tersebut memulakan perniagaannya.v

2. LHDN Dapat Memungut Cukai

Pungutan cukai adalah penting untuk perkembangan ekonomi dalam negara kita. Sekiranya tiada pemilik perniagaan membayar cukai, maka tidak akan ada peruntukan untuk pihak kerajaan untuk membina infrastruktur yang membantu kepesatan ekonomi. Namun, segelintir pemilik perniagaan mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka untuk mengelak dari dikenakan cukai oleh pihak LHDN.

Namun, adalah lebih baik untuk mereka mendaftarkan perniagaan mereka kerana sekiranya pihak LHDN dapat tahu tentang perkara ini, mereka boleh mengenakan denda yang tinggi kerana anda dengan sengajanya mengelak untuk membayar cukai. Oleh yang demikian, lebih baik anda daftarkan perniagaan anda untuk mengelak daripada dikejar dan didenda oleh pihak LHDN.

3. Proses Pengurusan Akaun SSM yang Remeh

Apabila pemilik perniagaan ingin mendaftarkan perniagaan mereka, kebanyakan dari mereka mula berfikir tentang proses-proses yang mereka perlu ambil untuk menyiapkan pendaftaran SSM mereka. Mereka mula membayangkan diri mereka mengisi beberapa borang di pejabat SSM, menunggu giliran mereka untuk berurusan di kaunter, dan menunggu pekerja SSM menyiapkan butiran-butiran berkenaan perniagaan mereka.

Proses yang panjang ini membuatkan mereka merasakan pendaftaran perniagaan mereka ialah satu perkara yang amat remeh untuk disiapkan, dan mereka mengambil keputusan untuk melupakan hasrat mereka untuk mendaftarkan perniagaan. Namun, pada hakikatnya pendaftaran perniagaan enterprise atau syarikat Sdn. Bhd. adalah sangat mudah. Bagi perniagaan enterprise, anda hanya perlu mendaftarkan perniagaan melalui laman sesawang portal rasmi SSM dan melakukan pembayaran atas talian sebanyak RM170.

Manakala sekiranya anda ingin membuka syarikat Sdn. Bhd., anda hanya perlu mengambil khidmat setiausaha syarikat dari firma yang bertauliah dan berpengalaman. Seterusnya, kesemua proses pendaftaran syarikat dan pengurusan syarikat anda akan diuruskan oleh setiausaha syarikat tersebut. Anda hanya perlu memberikan dokumen-dokumen yang diperlukan sahaja kepada setiausaha syarikat anda, dan dia akan menguruskan semua proses pendaftaran tersebut.

4. Perlu Mengambil Khidmat Setiausaha Syarikat

Antara keburukan daftar SSM yang banyak orang sangka adalah berkenaan dengan pengambilan khidmat setiausaha syarikat untuk perniagaan mereka. Banyak perniagaan SME (Small and mid-size enterprise) mendiamkan diri dan tidak mendaftarkan perniagaan mereka di SSM kerana mereka menyangka bahawa mereka perlu mengupah setiausaha syarikat untuk menguruskan perniagaan mereka.

Pada hakikatnya, khidmat setiausaha syarikat hanyalah digunakan untuk peniaga yang ingin membuka syarikat Sdn. Bhd., manakala perniagaan jenis enterprise tidak memerlukan khidmat setiausaha syarikat.

Demikian merupakan antara keburukan daftar SSM yang banyak orang sangka. Secara kesimpulannya, pendaftaran SSM hanya memberikan manfaat kepada pemilik perniagaan, bukannya untuk menyusahkan mereka. Sekiranya anda ingin membuka syarikat dan inginkan khidmat daripada setiausaha syarikat yang berpengalaman dan bertauliah, anda boleh menghubungi kami disini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?