fbpx

2 Pelepasan Selepas Semak Status Bankrap Online

semak status bankrap online

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang 2 pelepasan yang anda boleh dapat setelah anda semak status bankrap online.

Sebelum anda mahu memulakan perniagaan anda dan mula mengorak langkah untuk mencapai sasaran anda, adalah wajar untuk anda ketahui seluruh urusan berkenaan pengurusan syarikat dan proses-proses yang terlibat dalam semua hal berkenaan perbadanan syarikat, termasuklah proses untuk semak status bankrap online.

2 Pelepasan Selepas Semak Status Bankrap Online

Risiko untuk menjadi muflis adalah tidak mustahil bagi semua pemilik syarikat, cuma apa yang membezakan sesebuah syarikat dan syarikat yang lain adalah situasi yang sedang melanda syarikat tersebut. 

Sebagai contoh, syarikat ternama seperti AirAsia Berhad juga pada masa ini melanda risiko penggulungan syarikat dan ada kemungkinan untuk jatuh muflis disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang sedang melanda di serata dunia ini. 

Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan tentang apa itu muflis dan cara semak status bankrap online.

Semak Status Bankrap Online. Apa itu Muflis?

Apa itu Muflis

Apa itu Muflis? Muflis ataupun bankrap, kedua-duanya membawa maksud yang sama. 

Sesiapa yang memiliki syarikat akan berasa gerun dan gementar apabila mendengar perkataan ini. 

Kalau boleh, semua orang tak mahu jatuh bangkrap dan sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, mereka akan melarikan diri atau mengubah aset-aset mereka supaya aset tersebut tidak akan disita oleh pihak Jabatan Pemegang Harta.

Kebanyakan pemilik-pemilik syarikat menyangka bahawa sekiranya Jabatan Pemegang Harta (JPH) menangkap mereka dan akan membawa mereka ke pemiutang-pemiutang mereka supaya mereka boleh memaksa anda untuk mencari cara untuk membayar hutang tersebut, namun mereka adalah salah. 

Malah, terdapat banyak keistimewaan muflis yang mereka tidak tahu disebabkan oleh persepsi ini. 

Namun, apakah keistimewaan muflis yang tidak diketahui oleh kebanyakan pemilik syarikat? Mari kita bincangkan keistimewaan muflis tersebut.

Anda juga boleh lihat topik kami mengenai Muflis dan KWSP yang dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam masa kesusahan ini.

1. Si Muflis Akan Dilindungi Jabatan Pemegang Harta

Sekiranya anda jatuh bankrap dan dikelilingi hutang oleh pemiutang-pemiutang yang merbahaya, anda semestinya akan cuba untuk menyembunyikan diri daripada para pemiutang tersebut kerana nyawa anda mungkin dalam bahaya. 

Sekiranya anda ditangkap oleh pihak pemiutang, hanya tuhan yang tahu apa yang mereka akan lakukan terhadap anda.

Namun, di sinilah di mana keistimewaan muflis dapat menyelamatkan anda kerana sekiranya anda diisytiharkan muflis, maka Jabatan Pemegang Harta akan bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan anda serta aset-aset anda. 

Para pemiutang tersebut tidak boleh mengancam, mencari, malah menekan anda untuk membayar hutangnya. Keistimewaan muflis ini amat membantu anda dari segi keselamatan anda serta keluarga.

2. Jabatan Pemegang Harta (JPH) Membantu Membayar Hutang si Muflis

Adakah anda menyangkakan bahawa aset-aset anda akan dijual oleh pihak JPH supaya nilai aset tersebut dapat dijadikan sebagai pembayar hutang anda? Jika ya, maka tanggapan anda adalah salah kerana satu lagi keistimewaan muflis berkait rapat dengan aset anda, termasuklah syarikat anda.

Apabila JPH mengambil alih hak aset anda, mereka akan menggunakan aset-aset tersebut untuk mentadbir kesemua aset anda dengan harapan ianya dapat mendapat hasil keuntungan yang kemudiannya akan diagihkan kepada peratusan kepada pemiutang sekiranya terdapat lebih daripada satu pemiutang. 

Pembayaran hasil pentadbiran dapat sedikit demi sedikit membayar kesemua hutang anda. Seronok juga kan kalau dapat menikmati keistimewaan muflis ini?

Cara Menyelesaikan Masalah Muflis

Cara Menyelesaikan Masalah Muflis

Perkara yang paling baik berkenaan keistimewaan muflis adalah Selepas JPH menguruskan pentadbiran syarikat anda selama lima tahun, anda akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya, namun ianya terletak di atas budi bicara Pegawai Pemegang Harta (PPH). 

Sekiranya PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama anda yang sedang muflis sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan mereka. Apabila anda mahu semak status bankrap online, anda boleh layari laman web Insolvensi dan klik Daftar Baru.

Isi maklumat yang diminta oleh laman web tersebut dan klik Hantar. 

Kemudiannya anda akan dapat log masuk ke dalam portal mereka dan anda dapat membuat carian berkenaan status kebankrapan individu, carian status penggulungan syarikat, bayaran ansuran bulanan insolvensi, dan bayaran deposit pempetisyen.

Demikian merupakan penerangan berkenaan muflis dan cara semak status bankrap online. 

Harap artikel ini dapat membantu anda yang masih baru dalam alam perniagaan atau sedang menghadapi masalah dalam kewangan dan mahu semak staus bankrap online. 

Sekiranya anda baru sahaja memulakan syarikat Sdn. Bhd. dan inginkan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman, anda boleh hubungi kami disini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?