fbpx

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang perubahan hubungan Muflis Dan KWSP sebelum dan selepas Covid-19.

Dalam zaman yang amat mencabar ini, terdapat beberapa syarikat yang telah diisytiharkan muflis. 

Antara punca-punca muflis adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang tidak elok, kerugian yang tidak lagi dapat ditampung, serta hutang yang bertingkat-tingkat. 

Namun, apabila seseorang diisytiharkan muflis atau bankrap, si muflis akan dilindungi oleh Jabatan Pemegang Harta (JPH), dan aset-aset syarikat si muflis akan diuruskan oleh mereka supaya mereka dapat membayar hutang syarikat tersebut kepada semua pemiutang yang inginkan hutang mereka dilunaskan.

Akan tetapi, si muflis sebagai individu yang tidak lagi mempunyai sebarang punca pendapatan semestinya akan merasa sangat sempit dari segi kewangan. 

Oleh itu, apakah status hubungan antara si muflis dan KWSP? Artikel ini akan membincangkan tentang muflis dan KWSP supaya anda akan ambil maklum berkenaan perkara ini.

Apa itu KWSP?

Sekiranya anda masih tidak mengetahui apa itu KWSP, ia merupakan satu skim yang telah dilancarkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu si pencarum melakukan simpanan wang untuk hari tua. 

Apabila anda carumkan diri anda untuk membuka akaun KWSP, anda boleh memilih kadar penolakan bulanan pendapatan anda sebanyak 8 peratus sehingga 11 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan anda. 

Selain itu, anda juga diberikan pilihan sama ada untuk menambah atau mengurangkan peratusan penolakan bulanan anda.

Anda dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP tersebut, tetapi untuk kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan, malahan untuk tujuan menunaikan haji. 

Tidak banyak orang mengetahui bahawa terdapat 17 jenis pengeluaran yang anda boleh pilih apabila anda memerlukan wang KWSP tersebut. 

Namun, adakah pengeluaran wang boleh dilakukan oleh si muflis apabila mereka tidak lagi mempunyai pilihan yang lain?

Cara Mengeluarkan Duit KWSP Kalau Sudah Muflis

Hubungan Muflis Dan KWSP sebelum 2021

Pada masa dulu apabila ekonomi Malaysia masih stabil, sekiranya anda diisytiharkan muflis, Tiada cara mengeluarkan duit kwsp kalau sudah muflis. Kecuali anda sudah mencapai umur 55 tahun iaitu waktu umum seseorang dikategorikan sebagai umur pencen. 

Oleh yang demikian, sekiranya sebab-sebab pengeluaran wang tersebut tidak tergolong dalam 17 jenis pengeluaran yang dibenarkan dalam KWSP, maka anda tidak dapat mengeluarkan wang tersebut. 

Namun, semua itu berubah apabila Covid-19 mula melanda seluruh dunia.

Muflis dan KWSP selepas 2021

Covid-19 telah memberikan impak yang sangat besar buat pemilik syarikat besar dan wabak ini merupakan salah satu punca utama kebanyakan syarikat diisytiharkan muflis. 

Kekangan yang berpunca daripada syarat SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan telah mengubah cara pelanggan untuk berurusan dengan sesebuah syarikat. Bagi syarikat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini, kebanyakannya jatuh bankrap kerana tidak lagi mampu untuk menampung hutang-piutang yang ditanggung oleh mereka.

Sebahagian daripada punca kemerosotan ekonomi ini juga berpunca dari pihak kerajaan sendiri yang tidak cekap. 

Oleh yang demikian, pada 29 Jun 2021, pihak kerajaan secara rasminya mengeluarkan kenyataan media tentang Pelan Pemulihan Negara yang menerangkan tentang kebenaran untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Rakyat (PEMULIH).

Mesyuarat yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Ekonomi telah memutuskan individu yang diisytiharkan muflis dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang simpanan KWSP melalui skim i-Lestari untuk membantu si muflis meringankan beban kewangan yang ditanggungnya. 

Melalui skim ini, sebanyak RM500 sebulan akan diberikan kepada si muflis dan KWSP akan terus memberi amaun tersebut selama 12 bulan. Namun, kemudahan ini hanya dibenarkan kepada si muflis yang mempunyai akaun KWSP serta berumur bawah 55 tahun sahaja. 

Namun, sekiranya individu yang muflis tidak ingin mengambil inisiatif ini, mereka boleh membuat permohonan untuk meneruskan pembayaran di Cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan tersebut.

Demikian merupakan perkembangan baru berkenaan si muflis dan KWSP yang anda perlu tahu sekiranya anda sudah semak status bankrap online dan anda merupakan salah seorang daripada pemilik syarikat yang diisytiharkan muflis. 

Sekiranya anda sudahpun tidak tergolong sebagai salah seorang individu yang jatuh bankrap dan ingin memulakan semula syarikat yang baru, anda boleh dapatkan khidmat setiausaha syarikat yang kompeten dan berpengalaman melalui link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?