fbpx

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad Berbanding Enterprise

kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad berbanding Enterprise khas untuk dibaca oleh pemula perniagaan. 

Anda baru sahaja merancang perniagaan yang sesuai untuk anda berkembang untuk menjadi seorang pemilik perniagaan yang berjaya. Namun, terdapat pelbagai jenis bentuk perniagaan yang terdapat di Malaysia.

Jadi, apakah jenis perniagaan yang patut anda pilih? Untuk membantu anda mengambil keputusan dengan lebih mudah, mari kita bincangkan tentang kebaikan dan keburukan semua bentuk perniagaan di Malaysia.

1. Perniagaan Milikan Tunggal & Perkongsian Perniagaan (Enterprise)

Perniagaan jenis Enterprise adalah bentuk perniagaan pertama yang termaktub di dalam Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978). Apabila anda memilih perniagaan milikan tunggal, anda sudahpun mempunyai kebenaran untuk berniaga.

Berikut merupakan kelebihan Syarikat Sendirian Berhad dan kekurangan perniagaan milikan tunggal dan perkongsian perniagaan enterprise:

Kebaikan Daftar SSM Enterprise

A. Perniagaan enterprise hanya memerlukan modal yang kecil dan mudah dibentuk kerana anda hanya perlu mengisi borang A yang anda boleh dapat melalui laman web rasmi SSM.

B. Perniagaan Enterprise adalah lebih mudah untuk dikendalikan kerana saiz perniagaan yang berskala kecil. Selain itu, keputusan mutlak setiap keputusan dalam perniagaan terletak pada tangan si pemilik perniagaan.

C. Apabila anda mempunyai jenis perniagaan sebegini, anda boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengan pelanggan anda apabila ingin melayan dan memberikan perkhidmatan selepas jualan.

D. Anda tidak perlu membuka akaun korporat dan hanya menggunakan akaun peribadi anda sahaja. Oleh itu, kedudukan kewangan anda tidak akan diketahui oleh orang lain selain LHDN.

E. Anda boleh membahagikan tugas bersama rakan kongsi anda. Melalui ini, perniagaan anda akan menjadi lebih sistematik dan teratur.

Keburukan Daftar SSM Enterprise

A. Modal yang kecil tidak dapat melonjakkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, anda mungkin perlukan lebih banyak masa untuk memastikan hala tuju perniagaan anda dapat dikecapi.

B. Perniagaan enterprise memiliki ciri liabiliti yang tidak terhad. Ini bermakna apabila perniagaan anda mempunyai hutang yang menyebabkan perniagaan anda tidak mampu membayarnya, aset peribadi anda mungkin akan terjejas demi membayar hutang tersebut.

C. Kejayaan perniagaan terlalu bergantung pada kebolehan pemilik perniagaan untuk memastikan pernigaan mereka berkembang. Sekiranya pemilik perniagaan tersebut tidak memiliki potensi untuk mereka sistem yang boleh mengembangkan perniagaannya, maka perniagaan tersebut tidak boleh pergi jauh.

D. Apabila pemilik perniagaan meninggal dunia sebelum dapat menukarkan nama pemilik perniagaan kepada anak atau ahli keluarganya, maka perniagaan tersebut akan mati dan mereka tidak boleh mengambil hak perniagaan tersebut

2. Syarikat Sdn. Bhd. & Syarikat Berhad

Syarikat Sdn. Bhd. serta syarikat Sdn. Bhd. merupakan jenis bentuk perniagaan yang ditubuhkan di dalam Malaysia namun termaktub di dawah Akta Syarikat 1965.

Apabila anda mendaftarkan perniagaan anda di bawah kategori perbadanan syarikat, ia akan memberikan anda entiti tersendiri. Anda juga perlu tahu bahawa memulakan syarikat sdn bhd memerlukan modal berbayar atau dikenali sebagai paid up capital

Berikut merupakan kelebihan Syarikat Sendirian Berhad dan kekurangannya:

Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad

A. Antara kelebihan Syarikat Sendirian Berhad ialah Pemilik Syarikat mempunyai hak untuk menjualkan syer saham mereka kepada orang awam demi mendapatkan modal yang lebih tinggi untuk mengembangkan syarikat mereka. Mereka juga dilindungi oleh pihak perundangan.

B. Memiliki entiti berasingan yang dapat menyelamatkan anda sekiranya syarikat anda berhutang. kelebihan Syarikat Sendirian Berhad dengan ciri entiti berasingan tersebut membuatkan aset peribadi anda tidak akan terjejas oleh hutang syarikat.

C. Syarikat mempunyai potensi yang tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan kewujudan syer saham, mereka boleh berkembang dengan cepat. Ini menjadi salah satu kelebihan Syarikat Sendirian Berhad yang anda perlu fikirkan.

D. Kelangsungan hayat syarikat akan dijamin. Apabila pemilik perniagaan sudahpun meninggal dunia, syarikat anda masih boleh dibenarkan untuk beroperasi secara bebas.

E. Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad yang terakhir adalah ciri syarikat yang unik iaitu entiti berasingan membolehkan syarikat anda didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri.

Kekurangan

A. Perjalanan operasi hanya berada dalam kawalan pendaftar syarikat. Ini menyebabkan keputusan hanya boleh diambil oleh pendaftar syarikat sahaja.

B. Walaupun mereka mempunyai sistem saham syarikat, namun ianya tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham.

C. Anda akan mempunyai pelbagai jenis cukai yang perlu dijelaskan.

D. Setiap tahun anda perlu menyediakan laporan kewangan yang diaudit dan semua maklumat yang diberikan hendaklah lengkap dan dikemaskinikan.

3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad merupakan gabungan daripada ciri-ciri yang ada daripada perniagaan Enterprise serta Syarikat dengan harapan dapat memberikan alternatif kepada pemilik perniagaan serta memberikan status liabiliti terhad kepada rakan kongsi.

Berikut merupakan kelebihan dan kekurangan PLT:

Kelebihan

A. Memerlukan modal yang lebih murah untuk memperbadankan PLT berbanding syarikat Sdn. Bhd.

B. PLT hanya perlu melantik Compliance Officer untuk perniagaan mereka.

C. Tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak akan didenda sekiranya mereka tidak mengadakannya.

D. Hutang perniagaan akan hanya ditanggung oleh PLT, bukan oleh pemilik. Namun, sekiranya pengarah yang menandatangani perjanjian, maka anda masih boleh dikejar pihak bank.

Kekurangan

A. Mempunyai Penutupan syarikat yang agak rumit iaitu dikenali sebagai voluntary wind up.

B. Tidak banyak orang mengetahui tentang kewujudan PLT, maka kebanyakan proses dengan pihak ketiga menjadi sukar.

C. Modal yang kecil menyukarkan pemilik perniagaan untuk mengembangkan syarikat dengan lebih cepat.

D. Tidak mempunyai ciri syer saham seperti Syarikat Sdn. Bhd.

Jadi, yang manakah bentuk perniagaan yang akan menjadi pilihan anda? Sekiranya anda inginkan perniagaan yang berkembang dengan cepat, maka anda boleh pilih dan guna kelebihan Syarikat Sendirian Berhad sebagai pilihan anda. 

Sekiranya anda sedang mencari khidmat setiausaha syarikat, anda boleh gunakan khidmat daripada firma yang berpengalaman dan pakar dengan whatsapp kami. 

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?