fbpx

Apa Sebenarnya Maksud Paid Up Capital?

paid up capital

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Pernah dengar tak terma paid up capital? Apa sebenarnya paid-up capital ni? Jika diterjemahkan terus ke Bahasa Malaysia, paid-up capital adalah modal berbayar. Nak tahu apa aspek-aspek yang merangkumi paid up capital ni? Jom kita cerita lebih mendalam tentang topik ni. 

Maksud Modal Berbayar Atau Maksud Paid Up Capital

Maksud modal berbayar merupakan modal yang dikeluarkan oleh para pemegang saham atau pengarah syarikat sebagai penanda aras nilai milikan saham syarikat oleh setiap pemegang saham dan dalam masa yang sama boleh dijadikan modal perniagaan.

Sebagai contoh, Aminah, Ahmad dan Jackie membuka syarikat AAJ Sdn. Bhd. Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang saham syarikat tersebut. Sewaktu mendaftar syarikat Sdn. Bhd., Aminah memasukkan sejumlah wang RM50,000 manakala Ahmad memasukkan RM30,000 dan Jackie pula RM20,000. Nilai gabungan wang tersebut ialah RM100,000 yang akan digunakan sebagai modal syarikat AAJ Sdn. Bhd. 

Kalau ikut nilai yang dimasukkan ke syarikat tadi, Aminah merupakan pemegang saham terbesar dengan 50,000 unit syer diikuti dengan Ahmad 30,000 unit syer dan Jackie 20,000 unit syer.

Syer memang RM1 satu unit ke? Jawapannya, TIDAK. Ada juga yang menetapkan satu unit syer dengan harga RM5 dan sebagainya. Kesemuanya mengikut ketetapan bersama para pemegang saham syarikat.

Boleh dapat balik ke duit yang kita masukkan ke dalam pelaburan modal syarikat? Semestinya, TAK BOLEH. Setelah modal berikut dipindahkan ke akaun syarikat, ia kini sudah menjadi hak milik syarikat dan pengendaliannya adalah tertakluk sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat untuk membayar bil, gaji pekerja dan sebagainya. Anda tidak lagi mempunyai sebarang hak ke atas wang tersebut.

Nilai Minimum Modal Berbayar

Walaupun contoh nilai yang diberi tadi tinggi, anda boleh membuka syarikat dengan modal serendah RM1. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebagai contoh syarikat yang berunsur import eksport harus memiliki modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta. Bagi yang ingin memohon untuk mendapatkan geran, nilai minimum modal berbayar syarikat yang ingin memohon juga ada ditetapkan.

Oleh itu, bagi pemohon, sila semak jumlah nilai modal berbayar yang diperlukan sebelum membuat apa-apa permohonan. Bagi yang ingin mendaftar syarikat dengan e-Perolehan bagi mendapatkan tender kerajaan, modal berbayar yang diperlukan ialah RM2,500 bagi kod bidang SSM biasa.

Bagi yang sudah pun terfikir untuk memasukkan RM1 sebagai modal berbayar syarikat anda, sebaiknya selaraskanlah modal berbayar anda dengan keperluan minima untuk membuka akaun syarikat di bank pilihan anda. 

Alang-alang dah sediakan duit untuk buka bank akaun, laburkan sajalah wang tu ke dalam syarikat anda. Ini kerana setiap bank ada menentukan deposit minimum untuk membuka akaun bank korporat untuk kegunaan bisnes. Ada yang menetapkan RM1,000 dan ada juga RM2,500 deposit minimum.

Nilai Maksimum Modal Berbayar

Bentuk Organisasi Perniagaan

Bila bercerita tentang nilai minimum pasti ada yang tertanya-tanya tentang nilai maksimum modal berbayar pula. 

Untuk pengetahuan anda, sejak penggubalan Akta Syarikat 2016, modal dibenarkan atau modal maksimum tidak lagi dikenakan kepada bisnes-bisnes bagi memudahkan proses pengendalian wang syarikat. 

Peringatan Tentang Modal Berbayar!

  1. Nilai yang telah ditetapkan di dalam M&A haruslah dimasukkan ke dalam bank akaun syarikat. Jika nilai tersebut tidak berpandukan nilai yang telah dipersetujui, ini merupakan satu kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM5 juta.
  2. Jika anda ingin menjadi pemegang saham yang mempunyai hak seperti hak bersuara, hak memeriksa salinan kontrak dan sebagainya, sebaiknya pastikan syer anda melebihi 5% syer syarikat. Kerana dengan itu, anda memiliki hak tersebut dari segi undang-undang.
  3. Modal yang ingin dimasukkan ke dalam bank akaun syarikat mestilah dari duit pengarah atau pemegang saham itu sendiri dan bukan dari duit syarikat. Resit pembayaran perlu diserahkan salinannya kepada setiausaha syarikat sebagai bukti pembayaran telah dibuat ke dalam akaun syarikat. Jika ini tidak dilaksanakan, sila rujuk nombor 1.

Apa yang anda perlu buat hanya hubungi Setiausaha Syarikat anda dan mereka akan bantu untuk menguruskan apa saja kebuntuan yang membelenggu fikiran anda. Bagi yang belum ada setiausaha syarikat, tahukah anda TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat dengan harga fi bulanan serendah RM80 sebulan. Menarik bukan? Whatsapp kami untuk ketahui dengan lanjut.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?