fbpx

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang Akta Syarikat 2016 SSM.

Penubuhan syarikat Sdn. Bhd. berlandaskan Akta Syarikat 1965 mengandungi pelbagai proses dan dokumen yang perlu dilengkapkan supaya sesebuah syarikat didaftarkan secara sah. selain itu, terdapat beberapa jenis perniagaan ssm yang menubuhkan syarikat Sdn Bhd. yang belandaskan akta syarikat 1965.

Prosesnya ialah sangat rumit dan memerlukan penelitian yang rapi supaya tiada kesalahan maklumat yang diberikan kepada pihak SSM yang mungkin akan menyebabkan proses pendaftaran syarikat menjadi lebih lama untuk dilengkapkan.

Jika anda mendapatkan khidmat setiausaha syarikat, anda tidak akan mengalami sebarang masalah untuk mendaftarkan syarikat anda.

Namun, bagi individu yang tiada sebarang pengetahuan untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd., adalah amat sukar untuk mereka memahami semua peraturan dan garis panduan yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 1965.

Oleh yang demikian, pihak SSM mengambil keputusan untuk mengeluarkan akta yang baru iaitu Akta Syarikat 2016 SSM supaya proses pendaftaran dan pengurusan syarikat akan menjadi lebih mudah.

Artikel ini akan membincangkan tentang perubahan dan pemindaan yang diumumkan oleh pihak SSM.

Akta Syarikat 2016 dari SSM

Akta Syarikat 2016 SSM Tentang Pengarah dan Pemegang Saham

Untuk Akta Syarikat 2016 SSM, kini hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham sahaja yang diperlukan untuk membuka Sdn. Bhd.

Namun bagi pemerbadanan Berhad, anda masih memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang pemegang saham dan 2 orang pengarah syarikat.

Tiada perubahan untuk syarikat yang berstatus Berhad.

Perkara ini juga dapat memberi jalan penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

Sebagai contoh, anda boleh menyelesaikan pendaftaran syarikat terlebih dahulu, kemudian anda boleh melantik pengarah yang lain sekiranya anda memerlukannya.

Pemansuhan Modal Berbayar Dibenarkan

Dalam Akta Syarikat 1965, untuk kita meletakkan jumlah modal berbayar sebagai modal syarikat, ia bergantung pada jumlah maksimum modal dibenarkan.

Modal berbayar ini pada mulanya menjadi tanda aras kepada berapa banyak amaun syer berbayar yang dibenarkan untuk syarikat anda.

Selain itu, sekiranya anda ingin menetapkan amaun modal dibenarkan tertentu, anda perlu membayar jumlah fi yang ditetapkan bergantung pada amaun modal dibenarkan yang anda mahukan untuk syarikat anda.

Sekarang, anda tidak lagi perlu risau berkenaan kos fi tersebut yang ternyata memerlukan kos yang mahal kerana di dalam Akta Syarikat 2016 SSM, modal dibenarkan telah dimansuhkan.

Ini bermaksud syarikat anda boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras.

Perkara ini amat memanfaatkan pemilik syarikat kerana ia dapat menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan anda sekiranya anda ingin meningkatkan modal berbayar.

Sijil Syer (Share Certificate)

SSM memutuskan bahawa sijim saham / sijil syer dijadikan sebagai satu pilihan untuk pemilik syarikat untuk memilikinya ataupun tidak.

Ini bermaksud bahawa penyediaan sijil syer tidak lagi menjadi satu kewajipan kepada setiausaha syarikat.

Sebaliknya, setiausaha syarikat hanya diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut di dalam Buku Daftar Pemegang Saham (Register of Member).

Memorandum dan Artikel Akta Syarikat 1965

Dalam Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel adalah satu dokumen yang diwajibkan apabila anda ingin menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. Memorandum ialah dokumen yang berfungsi untuk menentukan hubungan syarikat anda dengan syarikat luar.

Manakala artikel ialah perlembagaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Sekiranya anda tidak menyediakan kedua-dua dokumen ini, anda tidak dibenarkan untuk menubuhkan syarikat terlebih dahulu.

Setelah Akta Syarikat 2016 diperkenalkan, Memorandum dan Artikel tidak lagi menjadi satu kewajipan untuk anda menyediakannya apabila anda ingin menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. 

Proses Pemerbadanan Syarikat

Satu lagi perkara yang memudahkan anda untuk melakukan pendaftaran syarikat ialah berkenaan proses pemerbadanan syarikat.

Bagi proses ini, anda boleh membuka Sdn. Bhd. tanpa menggunakan servis daripada setiausaha syarikat yang bertauliah.

Anda boleh membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM. Namun syarikat anda diwajipkan untuk memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan dan ianya akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah sekiranya anda gagal untuk mematuhi perkara ini.

Secara kesimpulannya, pelaksanaan Akta Syarikat 2016 SSM ternyata mempunyai pelbagai kelebihan jika ingin dibandingkan dengan Akta Syarikat 1965. Akta ini menjimatkan kos anda serta memudahkan proses anda untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd.

Sekiranya anda inginkan khidmat setiausaha syarikat, anda boleh menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?