fbpx

Jenis Jenis Perniagaan SSM Yang Anda Perlu Tahu

Jenis-jenis perniagaan SSM

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang Apa itu SSM dan Jenis jenis perniagaan SSM yang boleh anda pohon dan bersedia apabila anda hendak melakukan pendaftaran dengan SSM.

Perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Apabila seseorang ingin memulakan perniagaannya, mereka perlu memilih jenis jenis perniagaan dalam SSM dan nama yang sesuai untuk perniagaan mereka terlebih dahulu. selain itu mereka juga perlu tahu cara nk tambah perniagaan dalam ssm dan mereka juga perlu ketahui modal yang diperlukan untuk perniagaan mereka.

Selain itu, sifat perniagaan juga haruslah ditetapkan pada peringkat awal. Akhir sekali, mereka perlu memilih jenis jenis perniagaan SSM yang sesuai bergantung pada faktor-faktor di atas. Jadi apakah jenis jenis perniagaan SSM tersebut? Mari kita bincangkan bersama-sama.

1. Milikan Tunggal

Jenis jenis perniagaan SSM yang pertama ialah milikan tunggal. Apakah itu milikan tunggal? Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh hanya seorang pemilik sahaja.

Pemilik perniagaan tersebut boleh memilih untuk menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang akan dijalankan olehnya. Selalunya perniagaan jenis ini tidak mempunyai pekerja yang banyak.

Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang sesuai untuk perniagaan mikro dan kecil sahaja. Kelebihan perniagaan jenis ini ialah mereka tidak perlu membuat audit tahunan dan hanya memerlukan modal yang kecil untuk memulakannya.

Namun, perniagaan milikan tunggal bersifat liabiliti tidak terhad. Ini bermakna apabila mereka dibelenggu oleh hutang, maka aset peribadi mereka juga mungkin akan terjejas demi menjelaskan hutang piutang tersebut.

2. Rakan Kongsi

Perniagaan jenis rakan kongsi pula adalah sama seperti milikan tunggal. Ianya mempunyai ciri liabiliti tidak terhad. Namun, apa yang membezakannya ialah ia memiliki lebih daripada seorang pemilik.

Ini bermaksud mereka boleh berkongsi modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Mereka juga boleh berbincang untuk membahagikan tugas sesama pemilik supaya pengurusan perniagaan akan jadi lebih teratur dan tidak membebankan hanya satu pihak.

3. Perkongsian Liabiliti Terhad

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merujuk kepada jenis perniagaan yang menggabungkan antara ciri yang terdapat dalam syarikat Sdn. Bhd. serta rakan kongsi. Syarat yang diperlukan ialah mereka perlukan lebih daripada seorang pemilik perniagaan.

Berbeza daripada perniagaan jenis enterprise, mereka tidak mempunyai ciri liabiliti tidak terhad. Ciri liabiliti terhad membolehkan tanggungan pemilik perniagaan tersebut hanya terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja.

Oleh yang demikian, sekiranya perniagaan mereka dibelenggu hutang, mereka hanya perlu menanggung hutang berdasarkan modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja dan tidak melibatkan aset peribadi seperti kereta atau rumah mereka.

Mereka juga hanya memerlukan kos anggaran sebanyak RM600 sahaja untuk memulakan perniagaan mereka. Namun, mereka mempunyai kadar cukai yang sama seperti syarikat Sdn. Bhd. untuk pendapatan bercukai RM500,00 yang pertama.

 

4. Syarikat Sdn. Bhd.

Syarikat Sdn. Bhd. merupakan jenis perniagaan yang berskala besar dan ianya merupakan entiti yang ditubuhkan oleh beberapa individu yang bersetuju untuk bekerjasama membina perniagaan yang berjaya.

Jenis perniagaan ini mempunyai ciri-ciri entiti berasingan. Ini bermaksud sesebuah syarikat tersebut merupakan satu entiti hidup yang berupaya untuk menyaman dan disaman oleh perniagaan yang lain.

Selain itu, syarikat Sdn. Bhd. juga berbeza dengan perniagaan enterprise dari segi kesinambungan perniagaannya kereana ia akan kekal wujud sekiranya pemilik-pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia.

Apabila pemilik perniagaan enterprise meninggal dunia sebelum dapat menukarkan hak milik perniagaan kepada warisnya, maka perniagaan tersebut akan juga mati. Selain itu, syarikat Sdn. Bhd. juga mempunyai syer saham yang boleh digunakan untuk mencari dana.

Syarikat Sdn. Bhd. memiliki ciri  liabiliti terhad maka ianya dapat melindungi aset peribadi anda daripada dirampas oleh penghutang sekiranya syarikat anda dibelenggu hutang.

Jenis perniagaan SSM yang bersifat perniagaan berskala besar ini semestinya mempunyai pelbagai jabatan yang berbeza yang perlu ditubuhkan supaya proses urusniaga berjalan lancar. Selain itu, syarikat Sdn. Bhd. diwajibkan untuk mengupah seorang setiausaha syarikat.

Demikian merupakan jenis jenis perniagaan SSM yang anda perlu tahu. Jadi, apakah jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Itu adalah bergantung kepada modal dan skala manakah yang anda inginkan untuk perniagaan anda.

Sekiranya visi anda ialah untuk mempunyai perniagaan yang boleh mencecah ke seluruh Malaysia dan luar negara, maka anda boleh pilih perniagaan Syarikat Sdn. Bhd.. Anda boleh dapatkan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan kompeten melalui link ini. 

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?