fbpx

Cara nak tambah jenis perniagaan SSM

Cara nak tambah jenis perniagaan SSM

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel yang anda akan baca ini membincangkan berkenaan cara nak tambah jenis perniagaan SSM secara dalam talian dengan mudah.

Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang terdapat di dalam dunia. Seseorang boleh menjana pendapatan melalui jualan sesebuah produk, makanan, ataupun perkhidmatan servis. Anda boleh menjana pendapatan anda dengan membuka restoran, jual pakaian berjenama, atau membuka syarikat servis bas, asalkan anda mempunyai modal dan kemampuan untuk melakukannya.

Semua pemilik syarikat yang mempunyai perniagaan yang sudahpun membesar dan dikenali oleh orang ramai ingin menjana pendapatan yang lebih banyak. Namun, adakah syarikat anda hanya terhad kepada satu jenis servis sahaja?

Jawapannya adalah tidak, kerana anda mempunyai kebenaran untuk menambahkan jenis perniagaan anda. Namun, apakah cara nak tambah jenis perniagaan SSM dan apakah jenis jenis perniagaan dalam ssm yang anda perlu tahu? Mari kita bincangkan bersama-sama.

Tambah Bidang SSM Online Melalui EzBiz Online?

Zaman sekarang adalah zaman moden yang mempunyai pelbagai jenis pembaharuan untuk kesenangan para pemilik syarikat. EzBiz adalah salah satu daripada kemudahan tersebut. EzBiz adalah pendaftaran perniagaan online yang disediakan oleh SSM yang membolehkan para pengguna untuk:

  1. Melakukan pendaftaran perniagaan
  2. Mengemaskini perubahan maklumat
  3. Menamatkan perniagaan
  4. Membeli maklumat perniagaan
 

Melalui kemudahan yang disediakan di atas, anda tidak lagi perlu untuk melakukan urusan di pejabat SSM yang terdekat, Tambah bidang SSM online dan anda kekal selamat daripada risiko penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Anda juga boleh menjimatkan masa anda dengan hanya melayari laman web ini melalui telefon pintar atau komputer anda. Namun, bagaimanakah cara nak tambah jenis perniagaan SSM? Jom kita tengok apakah langkah-langkahnya.

Penambahan Jenis Jenis Perniagaan Dalam SSM

Sekiranya anda masih belum mendaftarkan perniagaan anda dalam sistem EzBiz, anda tidak akan perolehi kebenaran untuk menggunakan sistem ini. Oleh itu, anda perlu mendaftarkannya terlebih dahulu melalui link ini.

Setelah anda sudahpun melengkapi pendaftaran akaun anda, anda boleh ikuti cara nak tambah jenis perniagaan SSM seperti di bawah:

  1. Layari laman rasmi Ezbiz di https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Tekan butang Log Masuk selepas anda meletakkan ID serta kata laluan yang anda telahpun daftarkan dan disahkan oleh pihak SSM.
  3. Anda perlu lihat di bahagian MyBiz Servicesdan klik butang New Business Changes
  4. Klik di butang Select Businessdan pilih perniagaan anda. Klik butang Next.
  5. Sekiranya anda tidak ingin mengubah alamat perniagaan anda, anda tidak perlu untuk klik pada kotak perubahan alamat perniagaan dan terus klik butang Next.
  6. Klik pada kotak Changes In Type Of Business. Masukkan tarikh perubahan dan tambahkan deskripsi perniagaan anda.
  7. Klik pada Add Business Code. Sistem EzBiz akan memaparkan senarai kod perniagaan bersertakan penerangan perniagaan untuk kod tersebut. Pilih yang mana sesuai untuk perniagaan baru anda.
  8. Anda boleh pilih lebih dari satu jenis perniagaan. Klik pada semua kotak yang anda mahukan.
  9. Anda juga boleh padam sekiranya anda tersilap pilih kod yang tidak berkenaan. Hanya klik di butang Action dan padamkan kod tersebut.
  10. Setelah anda sudah mengesahkan kesemua kod yang diingini, klik pada butang
  11. Anda juga boleh mengubah alamat cawangan sekiranya anda telahpun membuka cawangan di kawasan yang baru. Jika tidak, anda boleh hiraukan dan tekan butang.

Apabila anda sudah melengkapi semua maklumat yang diperlukan dan menekan butang submit, maka pihak SSM akan melakukan semakan. Anda perlu menunggu beberapa hari sebelum permohonan penambahan jenis perniagaan anda untuk disahkan.

Demikian merupakan cara nak tambah jenis perniagaan SSM yang anda perlu tahu. Senang kan? Dengan hanya beberapa langkah yang amat mudah, anda tidak lagi perlu menunggu permohonan ini disahkan di cawangan SSM terdekat anda.

Namun, sekiranya anda mempunyai setiausaha syarikat yang didaftarkan untuk syarikat anda, maka anda boleh meminta bantuan mereka untuk melakukan urusan penambahan jenis perniagaan syarikat anda. Jika anda baru sahaja ingin membuka syarikat Sdn. Bhd. atau ingin mendapatkan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan kompeten, anda boleh klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?