fbpx

Perlukah Syarikat Sdn Bhd Daftar Perniagaan Online?

Perlukah Syarikat Sdn Bhd Daftar Perniagaan Online

SEBUT HARGA PERCUMA

Respons Pantas dan Konsultasi Percuma! Dapatkan Sebutharga dengan Harga Berpatutan Hari Ini.

Artikel ini akan menerangkan tentang Perlukah Syarikat Sdn Bhd Daftar Perniagaan Online?

Anda sudahpun menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini. Perniagaan anda sedang berkembang sedikit demi sedikit untuk mencapai sasaran syarikat anda. Selama ini anda berdagang dengan pelanggan anda melalui cara di luar talian (offline) dan semuanya berjalan dengan lancar untuk kelangsungan syarikat anda.

Namun, adakah syarikat anda boleh bertahan apabila wabak Covid-19 melanda seluruh dunia? Jika anda kata ya dan mempunyai pelan yang dapat membantu syarikat anda untuk terus bertahan, maka anda boleh teruskan pelan anda dan semoga perniagaan anda dapat bertahan dalam zaman yang sangat mencabar ini. Sekiranya anda kata tidak dan anda tidak tahu jalan manakah yang syarikat anda perlu lalui untuk mengharungi masalah ekonomi di dunia, jangan risau kerana perniagaan online dapat membantu anda untuk mencari pelanggan baru dan mengembangkan syarikat anda. Artikel ini akan membincangkan tentang persoalan sama ada perlukah syarikat Sdn. Bhd. daftar perniagaan online? Jawapannya adalah ya, dan berikut merupakan sebab-sebab yang anda perlu pertimbangkan.

1. Keselamatan Kendiri Dan Orang Sekeliling

Sebab utama anda perlu mendaftarkan perniagaan online adalah berkenaan dengan keselamatan anda. Ya, sebelum ini anda menggunakan teknik-teknik dan pendekatan secara offline untuk berurusan dengan pelanggan yang baru, dan mungkin itu adalah cara yang paling berkesan untuk syarikat anda melakukan urus niaga dengan pelanggan anda. Namun, pada zaman wabak Covid-19 ini, kebanyakan orang berasa takut untuk berjumpa dengan orang yang mereka tidak kenal, malahan ada yang tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kerana mereka mengkhuatiri keselamatan mereka dan keluarga mereka.

Tambahan pula, perkara ini juga melibatkan keselamatan anda kerana kita tidak akan dapat tahu sama ada pelanggan yang memasuki premis anda dijangkiti wabak Covid-19 atau tidak. Oleh yang demikian, adalah lebih selamat untuk anda menggunakan pendekatan secara online iaitu melalui platform perniagaan yang disediakan, atau melalui sosial media. Sekiranya anda mahu membincangkan tentang butiran servis anda bersama pelanggan, anda boleh menggunakan aplikasi Zoom atau Google Meet.

2. Potensi Untuk Mencari Pelanggan Baru Apabila Daftar Perniagaan Online

Tahukah anda bahawa hampir lebih 90% daripada pelanggan yang berasal dari generasi Y, generasi Z, dan generasi Milenium mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter? Ya, pendekatan secara offline adalah lebih sesuai untuk pelanggan generasi emas dan generasi boomer, namun anda perlu sedar bahawa amaun generasi tersebut semakin berkurangan dan anda perlu mencari pelanggan yang baru.

Media sosial mempunyai pelbagai potensi yang besar untuk anda menarik pelanggan yang baru, malah anda boleh dapat pelanggan dari luar negara kerana media sosial tidak mempunyai sempadan. Bayangkan anda dapat pelanggan dari negara besar seperti China, India, Amerika Syarikat, dan lain-lain. Potensi untuk mendapat pelanggan baru untuk syarikat anda tiada had, asalkan anda tahu bagaimana untuk mengiklankan perniagaan anda secara online.

3. Peredaran Zaman

Seperti apa yang telah dibincangkan, hampir kesemua orang yang berasal dari generasi yang cerdik pandai dalam penggunaan teknologi menggunakan media sosial untuk berhubung, malah melakukan urus niaga. Oleh yang demikian, anda perlu mengikut peredaran zaman dan mula mendaftarkan akaun syarikat untuk perniagaan secara online. Sekiranya anda tidak mengikuti peredaran zaman ini, syarikat anda berkemungkinan besar tidak akan dapat menandingi syarikat-syarikat lain yang telahpun melakukannya.

4. Kebolehcapaian

Perkara terakhir yang anda perlu ambil kira ialah berkenaan kebolehcapaian. Anda perlu ingat bahawa perniagaan secara offline memerlukan kos seperti kos transportasi, penginapan, makanan, dan sebagainya. Sekiranya anda mendaftarkan perniagaan online, anda tidak lagi perlu risau dengan kos-kos tersebut kerana semua urus niaga akan dilakukan di hujung jari sahaja.

Tambahan pula, para pelanggan yang baru dapat menghubungi anda dengan cara yang sangat mudah. Mereka tidak lagi perlu untuk pergi ke syarikat anda untuk berurusan dengan anda. Dengan hanya beberapa teks yang dihantarkan melalui aplikasi Whatsapp, mereka sudahpun boleh menghubungi syarikat anda untuk berurusan dengan anda. Ingat, zaman sekarang ialah zaman yang di mana teknologi berkembang dengan pesat. Maka pelanggan anda semestinya inginkan cara yang lebih mudah untuk mereka mendapatkan apa yang mereka mahu.

Demikian merupakan sebab-sebab kenapa Syarikat Sdn. Bhd. anda perlu mendaftar perniagaan online. Sekiranya anda baru sahaja ingin membuka syarikat Sdn. Bhd. dan memerlukan bantuan dari firma yang boleh dipercayai dan kompeten, anda boleh klik di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?