fbpx

5 Entiti Perniagaan Di Malaysia

Entiti Perniagaan Di Malaysia

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang Entiti Perniagaan Di Malaysia yang anda boleh rujuk.

Anda sudahpun bekerja di syarikat yang sama untuk tempoh yang lama, tetapi syarikat tersebut masih tidak memberikan perlantikan jawatan kepada anda untuk memegang tanggungjawab yang lebih tinggi.

Adakah anda sudah penat untuk bekerja di bawah syarikat atau perniagaan milik orang lain dan ingin membuka perniagaan sendiri? Jika ya, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa jenis perniagaan yang anda boleh pilih. Anda perlu mengenal pasti entiti perniagaan manakah yang sesuai untuk anda pilih sekiranya anda ingin membuka perniagaan sendiri. Artikel ini akan membincangkan jenis-jenis entiti perniagaan yang ada di Malaysia.

1. Entiti Perniagaan Pemilik Tunggal (Enterprise)

Pemilik tunggal merujuk kepada perniagaan yang ditubuhkan, dimiliki, dibiayai dari segi kewangan dan pengurusannya hanya diuruskan oleh satu individu sahaja. Pada kebiasaannya ia merupakan perniagaan kecil-kecilan. Oleh itu, tanggungjawab perniagaan pemilik tunggal adalah tidak terhad kerana individu itu sahaja yang bertanggungjawab untuk menguruskan semua aspek yang terlibat dalam perniagaan tersebut seperti penjagaan, pengurusan stok, pengendalian urusan jual beli, dan sebagainya. Selain itu, terdapat banyak perbezaan enterprise dan trading yang perlu kita ketahui.

Andai kata pemilik perniagaan jenis pemilik tunggal diisytiharkan bankrap, maka si piutang boleh menyaman pemilik tersebut untuk menuntut hutang mereka. Namun, perniagaan ini amat sesuai untuk individu yang tiada pengalaman berniaga kerana perniagaan ini memerlukan modal yang sedikit dan mempunyai formaliti yang lebih kurang jika ingin dibandingkan dengan entiti perniagaan yang lain.

2. Entiti Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian merupakan perniagaan di bawah jenis enterprise. Apabila dua individu bersetuju untuk menjalankan perniagaan bersama-sama, maka ianya di bawah kategori perniagaan jenis perkongsian. Tetapi, tidak semestinya hanya dua orang pemilik yang dibenarkan untuk membuka perniagaan kerana sebenarnya bilangan dua orang itu hanyalah bilangan minimum untuk dikategorikan sebagai perniagaan perkongsian, manakala had maksimum untuk sesebuah perkongsian adalah sebanyak 20 orang sahaja. Walau bagaimanapun, bagi perniagaan profesional seperti pejabat guaman, akauntan dan arkitek, bilangan pemilik boleh mencecah sehingga 50 orang.

Sama seperti pemilik tunggal, perniagaan perkongsian mempunyai liabiliti tidak terhad. Entiti perniagaan ini akan terikat dengan surat ikatan perjanjian antara rakan kongsi mereka. Mereka perlu menyumbang modal mengikut nisbah modal yang dipersetujui dalam artikel perkongsian keuntungan dan kerugian.

3. Koperasi

Entiti perniagaan ini merupakan perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Koperasi dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Koperasi keahlian terhad dan koperasi keahlian bebas. Koperasi keahlian terhad hanya terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan, serta latar belakang seperti Koperasi Guru. Namun, bagi Koperasi keahlian bebas pula, ianya terbuka kepada sesiapapun untuk menajdi ahli. Koperasi penggunaan dan Koperasi Perumahan tergolong sebagai jenis Koperasi keahlian bebas.

Koperasi merupakan sebuah pertubuhan sosioekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 dalam Akta Koperasi 1993 Malaysia. Pertubuhan ini dibiayai dan ditadbir oleh individu-individu yang berasaskan semangat dan kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial para anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota yang berdaftar akan dapat menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan khas yang ditetapkan oleh koperasi seperti pinjaman dan sebagainya.

Anggota Lembaga akan mentadbirkan koperasi tersebut dan mereka dilantik secara undian pada Mesyuarat Agung yang dijalankan pada setiap akhir tahun kewangan koperasi tersebut. Sesiapa yang mendapat undian. Yang terbanyak akan dilantik. Keuntungan koperasi akan dibahagikan kepada para anggota koperasi. Mereka hanya tertakluk kepada Akta Koperasi.

4. Badan Berkanun

Bagi entiti perniagaan badan berkanun, ianya ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan diwujudkan melalui Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Contoh badan berkanun ialah SSM, LHDN, KWSP, dan sebagainya. Namun, kaedah pengoperasian badan berkanun adalah seperti sektor swasta.

5. Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) dan Syarikat Awam Berhad (Bhd.)

Kedua-dua jenis syarikat ini adalah di bawah takluk Akta Syarikat 2016. Apa yang membezakan kedua-dua jenis entiti perniagaan ini adalah dari segi pemilikan perniagaan. Kedua—dua jenis entiti perniagaan ini merupakan entiti hidup yang terpisah daripada pemilik. Itu bermaksud sekiranya syarikat disaman, anda tidak akan terjejas dan hanya syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah saman tersebut. Pemilik syarikat Sdn. Bhd. mempunyai liabiliti terhad. Syarikat Sdn. Bhd. dimiliki oleh pemegang saham, bukannya pengasas syarikat, dan memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang penaja.

Manakala bagi syarikat awam berhad, mereka boleh mempelawa orang ramai membeli sahamnya, tetapi haruslah menyiapkan satu panduan rancangan (prospectus), diluluskan oleh pendaftar syarikat dan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan bagi menerangkan kedudukan sebenar syarikat tersebut. Namun bagi syarikat berhad yang kecil, mereka tidak perlu mengeluarkan prospektus dan hanya memerlukan Statement in Lieu of Prospectus yang diluluskan oleh pendaftar syarikat. Syarikat Berhad boleh menjual beli sahamnya melalui pasaran saham, manakala Syarikat Sdn. Bhd. tidak boleh berlaku sedemikian dan memerlukan persetujuan oleh pemegang saham yang lain sekiranya pemilik saham ingin menjual bahagian sahamnya.

Berikut merupakan serba sedikit informasi berkenaan entiti perniagaan yang anda boleh ceburi apabila anda ingin membuka perniagaan sendiri. Sekiranya anda ingin membuka syarikat dan sedang mencari khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan bertauliah, anda boleh klik di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?