Tahukah anda bahawa sekiranya anda melakukan perjumpaan tahunan untuk syarikat anda, perkara ini dapat membantu syarikat anda menjadi lebih teratur serta fokus terhadap apa yang anda inginkan untuk syarikat anda?
Pelan Strategik

Itulah aktiviti yang dilakukan secara tahunan oleh TAZ Corporate Advisory (M) Sdn. Bhd. terhadap syarikat-syarikat yang menggunakan servis setiausaha syarikat mereka. Namun, apakah perkara-perkara yang dibincangkan di dalam perjumpaan tersebut?
Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk merancang pelan strategik untuk tahun yang akan datang dan ianya dalam kebiasaannya akan diadakan di antara bulan Oktober, November, atau Disember.
1. Apakah Perkara Yang Diketengahkan?
Perkara pertama dalam pelan strategik yang akan diketengahkan adalah berkenaan dengan ringkasan pencapaian yang telah dikecapi dalam tahun tersebut. Syarikat yang terlibat akan membentangkan tentang sasaran syarikat yang berjaya dicapai untuk tahun tersebut. Selain itu, mereka juga akan mengenalpasti apakah kelemahan dalam pengurusan syarikat yang membuatkan mereka tidak dapat kecapi sasaran tertentu.
Sekiranya tahun pelan strategik tersebut merupakan tahun pertama mereka menggunakan servis setiausaha syarikat dari TAZ Corporate Advisory, pihak TAZ akan meminta syarikat tersebut membentangkan visi dan misi syarikat.
Jika mereka tidak mempunyai visi dan misi syarikat, maka mereka akan membincangkannya supaya syarikat tersebut mempunyai visi dan misi yang mampu melonjakkan syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Apabila sesebuah syarikat tidak mempunyai sebarang visi dan misi, maka mereka tidak mempunyai piawaian dan hala tuju yang jelas untuk memastikan syarikat mereka maju. Sebagai contoh, sekiranya syarikat ABC mempunyai produk yang sangat unik namun tidak mempunyai hala tuju yang jelas, potensi syarikat mereka tidak akan terserlah kerana produk tersebut mungkin boleh disebarkan pengaruhnya ke luar negara seperti kawasan Asia Tenggara.
Dengan wujudnya visi dan misi, syarikat tersebut akan memastikan setiap tindakan mereka akan menghala ke arah yang betul supaya ianya dapat direalisasikan dengan pelan strategik. Syarikat yang terlibat juga boleh mengubah visi dan misi mereka di dalam perjumpaan ini.
Analisis SWOT
Aktiviti pelan strategik seterusnya di dalam perjumpaan ini adalah untuk menjalankan analisis SWOT. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan SWOT?
Strengths
Huruf S di dalam SWOT adalah strengths, atau kekuatan. Maksudnya, mereka akan mengenalpasi ciri syarikat tersebut yang mempunyai kelebihan apabila dibandingkan dengan pesaing perniagaan mereka.
Weaknesses
Setiap jenis perniagaan semestinya mempunyai kelemahan yang membuatkan syarikat tersebut mempunyai kekurangan apabila mereka ingin bersaing dengan pesaing mereka. Sebagai contoh, syarikat mereka tidak mempunyai platform online, manakala pesaing mereka mempunyainya.
Opportunities
Opportunities yang membawa maksud ‘peluang’ menerangkan tentang persekitaran luaran syarikat yang dapat membuatkan syarikat tersebut mencipta strategi untuk meningkatkan keuntungan syarikat.
Threats
