fbpx

Pematuhan Sendirian Berhad Penting Untuk Syarikat

pematuhan sendirian berhad

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Sebagai usahawan yang baru membuka Syarikat Sendirian Berhad, pasti anda terfikirkan banyak persoalan mengenai cara pengurusan dan pematuhan Sendirian Berhad (pematuhan Akta Syarikat Sendirian Berhad).

Lebih-lebih lagi kerana Syarikat Sendirian Berhad terikat dengan undang-undang di bawah Akta Syarikat 2016. Jadi ada banyak perkara yang anda perlu beri perhatian demi mengelakkan masalah dalam syarikat anda.

Pematuhan Sendirian Berhad Penting Untuk Syarikat

pematuhan sendirian berhad

Akta Syarikat 2016 ialah akta undang-undang yang diwujudkan untuk mengawal selia semua syarikat perniagaan. Ia bertujuan demi memastikan penubuhan dan pengurusan syarikat berjalan lancar serta mengelakkan kekeliruan, penipuan dan penyelewengan dalam sesebuah syarikat. Jadi, amat penting untuk anda ikut pematuhan syarikat Sendirian Berhad.

Akta Syarikat telah menggariskan tanggungjawab dan peranan jawatan penting dalam syarikat perniagaan seperti Pengarah Syarikat, Setiausaha Syarikat dan Juruaudit.

Akta ini juga memberi garis panduan tentang dokumen penyata yang perlu disediakan oleh pihak syarikat untuk dihantar kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai badan yang mengawal selia pematuhan Sendirian Berhad oleh setiap syarikat berdaftar.

Ketika anda memilih untuk mendaftar Syarikat Sendirian Berhad, pasti anda sudah membuat perbandingan dan timbang tara kelebihan dan keburukan Syarikat Sendirian Berhad.

Pasti anda sudah sedia maklum ada banyak kelebihan Syarikat Sendirian Berhad selain meningkatkan kredibiliti syarikat anda.

Antara kelebihan mendaftar Syarikat Sendirian Berhad termasuklah:

  • Berpeluang untuk memohon pinjaman kewangan yang besar
  • Berpotensi untuk mendapatkan tender projek besar
  • Memudahkan proses jual beli saham
  • Dapat melebarkan perniagaan dengan mewujudkan anak syarikat
  • Dapat mengekalkan kewujudan syarikat melalui pewarisan keluarga
  • Dapat menjimatkan wang melalui pengecualian cukai

 

Dengan pelbagai kelebihan daripada nama Sendirian Berhad, wajarlah sekiranya pemilik syarikat mengetahuinya melalui pematuhan Sendirian Berhad.

Penyata syarikat yang dikehendaki dalam Akta Syarikat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan status syarikat serta bertindak sebagai bukti pematuhan syarikat terhadap undang-undang. Tetapi siapakah yang bertanggungjawab menyediakan dan memastikan penyata syarikat diisi dengan betul? 

Bagi menjawab persoalan itu, anda perlu fahami tanggungjawab dan peranan berikut dalam syarikat Sendirian Berhad supaya anda dapat lebih memahami pematuhan Akta Sendirian Berhad. 

Fungsi Dan Peranan Jawatan Dalam Syarikat

pematuhan sendirian berhad

Pengarah

Peranan utama seorang pengarah adalah menguruskan operasi syarikat supaya syarikat berjalan dengan lancar seperti yang dirangka dalam polisi syarikat. Pengarah juga hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan memastikan dokumen dan borang dihantar pada masanya.

Pemilik syarikat boleh melantik diri menjadi pengarah atau melantik orang lain bekerja sebagai pengarah untuk pematuhan Sendirian Berhad. Walaupun sekiranya pengarah tiada kaitan dalam pemilikan, seorang pengarah hendaklah bertanggungjawab menjaga nama baik syarikat serta menjaga etika setiap masa.

Setiausaha

Setiausaha syarikat mestilah seorang yang mahir dengan selok-belok Akta Syarikat dan memastikan syarikat sentiasa mematuhi undang-undang persyarikatan.

Peranan setiausaha penting dalam menyediakan dokumen rasmi serta hal-hal urusan rasmi yang lain untuk pematuhan Sendirian Berhad. Setiausaha bertindak sebagai penasihat supaya tidak berlaku kesalahan undang-undang yang akan merugikan pihak syarikat.

Selain itu, setiausaha juga menjadi wakil syarikat dalam komunikasi antara pihak pengurusan dengan pemegang saham, pihak SSM dan badan-badan rasmi yang lain.

Pemegang Saham

Pemegang saham terdiri daripada pemilik dan pelabur syarikat yang bermaksud mereka mempunyai bahagian hak milik dalam syarikat tersebut. Mereka bertanggungjawab untuk membayar jumlah saham yang mereka miliki dan berhak melantik pengarah melalui undian majoriti dalam mesyuarat pemegang saham. 

Kebiasaannya, hanya pemegang saham besar yang akan membentuk lembaga pemegang saham dan membincangkan hal ehwal syarikat dari segi status kewangan syarikat, pelaksanaan operasi dan meluluskan sebarang keputusan atau perubahan yang dibuat oleh pengarah. 

Akauntan

Kebiasaannya, sesebuah syarikat akan mengupah sekurang-kurangnya seorang akauntan untuk tujuan mengumpulkan rekod transaksi urus niaga harian dan menyediakan bentuk penyata kewangan syarikat.

Selain itu, seorang akauntan juga bertanggungjawab dalam pematuhan Sendirian Berhad untuk mewujudkan pelan belanjawan bagi syarikat tersebut dan melakukan audit dalaman supaya dapat melancarkan proses audit daripada pihak ketiga.

Juruaudit

Berbeza dengan akauntan, juruaudit ialah pihak ketiga yang diupah untuk memeriksa dan mengesahkan penyata akaun syarikat adalah benar  dan lengkap. Audit luar sebenarnya sangat membantu pihak syarikat dalam hal-hal seperti berikut:

  • Mengelakkan kesalahan rekod penyata dan denda oleh pihak berkuasa
  • Mengenalpasti kesalahan dan kelemahan dalam rekod penyata syarikat
  • Memberi analisis dan pengesahan tentang rekod syarikat yang akan mengukuhkan kredibiliti syarikat di mata agensi kewangan dan agensi cukai
  • Mengelakkan penipuan dan penyelewengan dalam syarikat

Juruaudit perlulah bersifat neutral dan professional dalam memberi pandangan kepada pihak syarikat untuk membantu mengukuhkan rekod kewangan syarikat tersebut dan pematuhan Sendirian Berhad.

Ejen Cukai

Ejen cukai ialah pegawai di pejabat cukai yang akan memastikan pembayar cukai membayar jumlah cukai yang betul. Ejen cukai perlu memberikan khidmat percukaian kepada pembayar cukai seperti berikut:

  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan tentang undang-undang percukaian.
  • Memastikan jumlah bayaran cukai adalah sewajarnya
  • Menyimpan rekod cukai secara teratur selama 7 tahun
  • Memastikan butiran rekod cukai adalah lengkap bagi memudahkan urusan dengan pihak LHDN

Hantar Penyata Syarikat Pada Waktu Yang Betul

Sebagai sebuah syarikat yang jujur dan amanah, pasti anda ingin memastikan syarikat anda mematuhi undang-undang dengan betul dan membayar cukai pada masanya dalam pematuhan Sendirian Berhad.

Namun jika terdapat kesalahan atau kecacatan dalam dokumen penyata syarikat, syarikat anda boleh didenda di bawah undang-undang dan menyebabkan kerugian serta memberi imej buruk kepada syarikat anda.

Pastikan anda menyediakan borang dan dokumen syarikat dengan lengkap serta menghantar dokumen ke SSM sebelum lewat waktunya. Tarikh menghantar borang adalah seperti berikut:

pematuhan sendirian berhad

Pematuhan Akta Syarkat Sendirian Berhad bukanlah bertujuan untuk menyulitkan bahkan sebenarnya memberikan struktur yang membantu para usahawan untuk mengurus dan mengawal selia syarikat perniagaan mereka dan patuh dalam pematuhan Sendirian Berhad. Kami juga ada membincangkan lebih lanjut tentang peranan dan tanggungjawab pengarah syarikat dan setiausaha dalam artikel sebelum ini. 

Taz Corporate Advisory Sdn Bhd adalah syarikat konsultan yang menawarkan perkhidmatan setiausaha syarikat di Bangi, setiausaha syarikat di Setapak, setiausaha syarikat di kuantan,setiausaha syarikat Shah Alam, khidmat pendaftaran syarikat dan khidmat nasihat berkaitan syarikat. Sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut, anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami terus untuk sebarang soalan.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?