fbpx

Liabiliti Terhad dan Liabiliti Tidak Terhad: Mana Lebih Bagus?

Liabiliti Terhad dan Liabiliti Tidak Terhad

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang konsep dan maksud liabiliti tidak terhad.

Pengurusan sesebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Jika ianya mudah, maka semestinya semua orang akan membuka perniagaan sendiri. Setiap jenis perniagaan mempunyai risikonya tersendiri.

Untuk memastikan perniagaan anda berjaya, terdapat pelbagai elemen dalam perniagaan yang anda perlu kuasai. Namun, terdapat ciri-ciri perniagaan yang dapat memberikan manfaat kepada anda seperti perkara berkenaan liabiliti. Namun, apakah maksud liabiliti tidak terhad?

Definisi Liabiliti

Apabila kita membincangkan tentang liabiliti, maksud kasarnya merujuk kepada satu perkara yang negatif terhadap si pemilik. Ia boleh merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang di mana kewujudan atau kelakuannya berkemungkinan akan memberikan keburukan.

Dalam dunia perakaunan, kereta akan tergolong dalam kategori liabiliti. Namun, apabila kita membincangkan tentang maksudnya di dalam dunia perniagaan, ia merujuk kepada jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, aset, barang, atau perkhidmatan.

Apakah Maksud Liabiliti Tidak Terhad

Setelah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan liabiliti, bagaimana pula dengan maksud liabiliti tidak terhad? Liabiliti tidak terhad merujuk kepada tanggungan yang perlu dipikul oleh si pemilik perniagaan.

Apabila anda memiliki perniagaan yang berkonsepkan liabiliti tidak terhad, tanggungan pemilik akan menjadi tidak terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam perniagaan. Kurang jelas? Tidak mengapa, mari kita kupas maksudnya dengan contoh yang sesuai.

Apabila kita bercakap berkenaan tanggungan pemilik menjadi tidak terhad kepada modal yang dilaburkan, ini bermaksud bahawa sekiranya perniagaan anda berhutang dan anda berniat untuk menjelaskan hutang tersebut, maka aset peribadi anda akan turut terlibat demi menjelaskan hutang tersebut.

Sebagai contoh, perniagaan anda berhutang sebanyak RM100,000 dengan syarikat XXX, dan perniagaan anda hanya dapat menjelaskan sebanyak RM20,000 sahaja. Jadi bagaimanakah dengan baki yang berjumlah RM80,000 tersebut?

Sekiranya anda tidak lagi mempunyai sebarang wang, maka aset peribadi anda seperti kereta, tanah, perniagaan lain atau rumah akan dijadikan sebagai cagaran untuk menjelaskan hutang tersebut.

Ya, semua aset peribadi anda berisiko untuk hilang begitu sahaja demi menjelaskan lebihan hutang yang anda tidak mampu bayar. Jadi, adakah ini bermaksud liabiliti tidak terhad tidak bagus untuk perniagaan anda?

Ianya bergantung pada situasi juga. Ini adalah kerana kebanyakan pemilik perniagaan yang tidak mempunyai modal yang banyak akan memulakan perniagaan dalam kategori perniagaan enterprise.

Namun, apakah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan daripada aset anda dicagarkan dengan begitu sahaja disebabkan oleh hutang yang banyak? Jangan risau kerana di sinilah datangnya liabiliti terhad.

Apa Itu Liabiliti Terhad?

Liabiliti terhad merujuk kepada tanggungan pemilik perniagaan juga. Namun, ianya adalah terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja. Apabila perniagaan anda mempunyai ciri liabiliti terhad, anda tidak perlu risau sekiranya aset peribadi anda akan terjejas apabila perniagaan anda berhutang.

Pemilik perniagaan hanya akan kehilangan modal yang dilaburkan sahaja. Jadi, siapakah yang akan membayar lebihan hutang tersebut? Lebihan hutang tersebut akan ditanggung oleh syarikat anda.

Jadi, kenapakah syarikat anda sahaja yang akan menanggung hutang tersebut? Jawapannya adalah kerana syarikat Sdn. Bhd. mempunyai ciri yang unik iaitu syarikat merupakan sebuah entiti yang hidup.

Apabila anda mendaftarkan perniagaan anda di bawah syarikat Sdn. Bhd., syarikat anda adalah sebuah entiti yang sah di sisi undang-undang dan boleh memiliki aset di bawah nama syarikat, bukannya di bawah nama pemilik syarikat.

Inilah yang dimaksudkan dengan liabiliti terhad serta maksud liabiliti tidak terhad. Anda nampak perbezaannya? Secara ringkas, liabiliti tidak terhad merujuk kepada perniagaan jenis enterprise, manakala liabiliti terhad merujuk kepada Syarikat Sdn. Bhd. serta Syarikat Berhad.

Banyak orang berfikir bahawa perniagaan enterprise adalah lebih mudah untuk diuruskan dan memerlukan kos yang lebih murah. Mereka betul, tetapi sekiranya mereka berada dalam situasi berhutang, mereka akan mempunyai pelbagai masalah yang besar terutama sekali aset peribadi mereka. Ini adalah antara kelebihan Sdn Bhd berbanding Enterprise yang anda perlu fikirkan.

Sekiranya anda sudah lama memiliki perniagaan jenis enterprise dan ingin mengubah perniagaan anda menjadi syarikat Sdn. Bhd., anda memerlukan khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman serta dapat membantu anda untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd., anda boleh klik di link ini untuk mendapatkan khidmat tersebut.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?