fbpx

3 Jenis Rakan Kongsi Yang Anda Perlu Tahu

Jenis rakan kongsi

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang jenis rakan kongsi yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan secara perkongsian.

Dalam dunia perniagaan, terdapat pelbagai jenis perniagaan yang ditawarkan kepada pemilik perniagaan. Ada pemilik yang ingin membuka perniagaan dengan sendirinya, manakala ada yang ingin berkongsi perniagaan mereka.

Namun, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan bersama rakan anda, apakah jenis rakan kongsi yang ada dan jenis yang manakah sesuai untuk anda? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang 3 jenis rakan kongsi yang anda perlu tahu.

Apa itu Perkongsian Perniagaan?

Sebelum kita membincangkan tentang jenis rakan kongsi, anda perlu tahu dahulu berkenaan perkongsian perniagaan. Ia merujuk kepada milikan perniagaan yang dikongsi oleh sekurang-kurangnya dua orang dan mungkin lebih dari dua bergantung pada jenis rakan kongsi yang dipilih.

Apa yang menarik tentang perkongsian perniagaan adalah apabila anda tidak memiliki modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan, anda boleh berkongsi modal bersama rakan anda supaya impian anda untuk menubuhkan perniagaan akan tercapai.

Namun, sekiranya rakan kongsi anda hanya memberikan suntikan modal tetapi tidak mahu mengambil sebarang tugas dalam pengurusan perniagaan tersebut, maka ianya akan menjadi satu perkara yang sangat susah untuk anda di lain hari.

Kelebihan lain yang ada pada perkongsian perniagaan adalah apabila anda mempunyai rakan kongsi, anda boleh membahagikan tugas secara sama rata supaya pengurusan perniagaan tersebut akan menjadi lebih lancar. Oleh itu, mari kita lihat jenis rakan kongsi yang ada dalam SSM.

1. Perkongsian Perniagaan (Enterprise)

Buat pengetahuan anda, perniagaan jenis enterprise merupakan jenis perniagaan yang memerlukan kos yang paling rendah di antara jenis perniagaan yang lain. Namun, terdapat juga risikonya tersendiri. 

Perniagaan enterprise terbahagi kepada dua iaitu milikan tunggal dan perkongsian perniagaan. Apabila anda memilih perkongsian perniagaan, anda boleh berkongsi milikan perniagaan bersama rakan anda. 

Namun, sekiranya perniagaan anda tidak berjalan dengan lancar dan anda berhutang, anda serta rakan kongsi anda berisiko untuk jatuh muflis atau bankrap. Apabila situasi ini berlaku, semua aset peribadi anda akan dicagarkan demi untuk melunaskan hutang tersebut. 

Perkara ini adalah disebabkan oleh sifat perniagaan enterprise iaitu liabiliti tidak terhad. Apabila anda berhutang, aset peribadi anda dan rakan anda mungkin akan terjejas. Namun, kelebihannya ialah anda boleh berkongsi modal serta bekerjasama untuk menguruskannya.

2. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT/LLP)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan jenis rakan kongsi yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional. Jenis perniagaan ini akan diselia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Berbeza daripada perkongsian perniagaan, PLT mempunyai ciri-ciri seperti liabiliti terhad. Ini bermaksud apabila perniagaan PLT anda sedang berhutang, ianya akan hanya ditanggung serta dibayar daripada harta PLT tersebut dan tidak melibatkan aset peribadi anda.

Selain itu, PLT juga merupakan perniagaan yang mempunyai kuasa untuk menyaman dan disaman di atas nama PLT itu sendiri serta mempunyai aset atas namanya.

3. Syarikat Sdn. Bhd.

Apabila anda mendaftarkan perniagaan jenis Syarikat Sdn. Bhd., syarikat anda boleh dimiliki oleh dua atau lebih. Selain itu, anda juga mempunyai ciri liabiliti terhad. Sesebuah syarikat merupakan satu entiti hidup.

Selain itu, sekiranya semua pemilik perniagaan meninggal dunia, perniagaan tersebut masih akan diteruskan, bukannya seperti perniagaan enterprise. Namun, adalah wajib bagi anda untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat.

Perkara yang paling menarik berkenaan perkongsian perniagaan dalam syarikat Sdn. Bhd. ialah anda akan mempunyai hak untuk menjualkan syer saham anda kepada pelabur yang dapat merealisasikan impian anda untuk membesarkan perniagaan melalui suntikan modal daripada pembelian saham tersebut.

Sebagai contoh, anda dan rakan anda bersetuju untuk membahagikan 50 peratus saham syarikat dengan sama rata. Anda boleh menjual peratusan saham yang anda miliki demi kelangsungan syarikat anda.

Demikian merupakan 3 jenis rakan kongsi yang anda perlu tahu. Jadi, manakah yang paling sesuai untuk anda? Semua jenis perniagaan di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun, perniagaan yang ingin berjaya dalam taraf global akan memilih syarikat Sdn. Bhd.

Oleh itu, sekiranya anda ingin memilih rakan kongsi jenis syarikat Sdn. Bhd. dan sedang mencari khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan mampu membantu anda untuk pergi lebih jauh, anda boleh klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?