fbpx

5 Kelebihan Perkongsian Perniagaan Yang Tidak Diketahui

kelebihan perkongsian perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang kelebihan perkongsian perniagaan yang anda belum tahu apabila anda ingin memulakan perniagaan.

Artikel ini akan membincangkan tentang kelebihan perkongsian yang anda belum tahu apabila anda ingin memulakan perniagaan.

Menjadi seorang pekerja yang makan gaji semestinya akan melambatkan proses anda untuk mengecapi kebebasan kewangan pada umur yang muda. Ditambahkan pula dengan tanggungjawab keluarga serta perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan, ianya memerlukan wang yang banyak.

Oleh yang demikian, terdapat semakin banyak pekerja makan gaji yang berniaga untuk mendapatkan wang sampingan. Namun, wang sampingan tersebut mungkin boleh menjadi pekerjaan utama anda sekiranya perniagaan tersebut berjaya.

Namun, tidak dinafikan bahawa sekiranya anda mempunyai rakan niaga, mereka dapat memastikan perniagaan anda berjaya dan membesar. Perkongsian pernigaan merupakan pilihan kebanyakan pemilik yang inginkan perniagaan mereka berkembang dengan pesat.

Apakah yang membuatkan jenis perniagaan ini sangat popular dan menjadi pilihan orang ramai? Mari kita ketahui 5 kelebihan perkongsian perniagaan yang anda belum tahu.

Jenis Perkongsian

Sebelum kita mula berbincang tentang kelebihan perkongsian, kita perlu mengetahui bahawa terdapat 3 jenis perkongsian perniagaan iaitu rakan kongsi enterprise perkongsian liabiliti terhad (PLT), serta syarikat Sdn. Bhd.

Jenis pernigaan ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ketiga-tiganya daripada satu sama lain. Sebagai contoh, rakan kongsi jenis enterprise tidak mempunyai kebolehan untuk mempunyai syer saham jika ingin dibandingkan dengan PLT serta syarikat Sdn. Bhd.

Kelebihan Perniagaan Perkongsian

1. Harga Yang Murah Sebab Memilih Perniagaan Perkongsian

Rakan kongsi enterprise sahaja yang memerlukan modal yang rendah untuk memulakan perniagaannya. Modal diperlukan dalam proses pendaftaran ke SSM ialah hanya RM60 setahun untuk nama tred, RM30 setahun untuk nama sendiri, dan RM5 untuk cawangan.

Namun, sekiranya kita membincangkan tentang harga pendaftaran untuk PLT serta syarikat Sdn. Bhd., ianya berbeza kerana kedua-duanya perlu membayar servis setiausaha syarikat serta menjelaskan harga pendaftaran nama dan perniagaan di SSM.

2. Mempunyai Ciri Liabiliti Terhad

Apabila anda mendaftar dalam syarikat Sdn. Bhd. ataupun perkongsian liabiliti terhad, mereka mempunyai ciri liabiliti terhad. Apakah yang dimaksudkan dengan liabiliti terhad?

Ia bermaksud sekiranya anda mempunyai hutang perniagaan yang terlalu banyak, semua aset peribadi anda seperti kereta serta dan rumah tidak akan terjejas. Hutang tersebut hanya melibatkan moda perniagaanl yang dikeluarkan sahaja.

Namun, ciri ini tidak dapat dimiliki oleh perkongsian jenis enterprise kerana mereka mempunyai ciri yang sebaliknya, iaitu liabiliti tidak terhad dan ini boleh menyebabkan pemilik ini mendapat risiko jatuh bankrap atau muflis.

3. Hayat Perniagaan Dijamin

Perkongsian perniagaan jenis syarikat Sdn. Bhd. dan PLT mempunyai kelebihan dari segi kelangsungan hayat perniagaan. Apa yang dimaksudkan ialah apabila pemilik perniagaan tersebut meninggal dunia, maka perniagaan tersebut akan terus dijalankan.

Namun, apabila anda mendaftarkan perniagaan anda dalam jenis perkongsian enterprise, perniagaan tersebut akan mati apabila pemiliknya tidak menukarkan hak milik perniagaan kepada warisnya sebelum meninggal dunia.

4. Mempunyai Modal yang lebih besar

Perkongsian seringkali menjadi pilihan pemilik perniagaan disebabkan oleh faktor modal yang boleh dikeluarkan oleh mereka. Apabila mereka mempunyai banyak pemilik, maka semua pemilik tersebut boleh menyediakan jumlah modal yang besar.

Sekiranya perniagaaan tersebut hanyalah perniagaan milikan tunggal, maka hanya seorang individu sahaja yang boleh menyediakan modal untuk perniagaan tersebut.

5. Pembahagian Tugas

Apabila anda memulakan perniagaan sebagai perniagaan milikan tunggal, semestinya anda seorang sahaja yang bertanggungjawab untuk melakukan semua tugas dalam perniagaan anda.

Namun, apabila anda berkongsi perniagaan bersama rakan kongsi, tugas-tugas tersebut akan menjadi lebih mudah apabila anda membahagikan tugas bersama-sama. Sebagai contoh, anda menjaga kewangan dan penggajian, dan rakan kongsi anda menyelia seluruh proses.

Demikian merupakan kelebihan perkongsian yang anda perlu tahu. Ingat, pengurusan perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu, ia akan menjadi lebih mudah apabila anda mempunyai bantuan daripada rakan kongsi anda.

Sekiranya anda ingin mendaftarkan perniagaan jenis perkongsian syarikat Sdn. Bhd. dan anda sedang mencari khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan kompeten untuk perniagaan anda, sila klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?