fbpx

Perkongsian Perniagaan – 2 Lebih Baik Dari 1?

Perkongsian Perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang adakah Perkongsian Perniagaan 2 Lebih Baik Dari 1? Selepas anda membaca artikel ini, anda dapat membuat keputusan tentang perkongsian perniagaan ini.

Anda sudahpun memiliki perniagaan jenis enterprise dan anda baru sahaja ingin mengorak langkah anda untuk menjadi usahawan yang berjaya di dalam Malaysia. Namun, disebabkan oleh kos perniagaan yang agak tinggi, anda mula menjadi buntu dan tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menampung semua kos tersebut.

Anda mula cuba mencari jalan penyelesaian dengan meminta bantuan daripada rakan-rakan anda. Alhamdulillah, ada seorang rakan yang ingin membantu. Namun, dia memberitahu anda bahawa syarat bantuan kewangan tersebut akan terjadi hanya apabila dia menjadi salah seorang daripada rakan kongsi dalam perniagaan anda. Adakah ini satu keputusan yang baik untuk kelangsungan perniagaan anda? Apakah kelebihan perkongsian perniagaan dan apakah kelemahannya? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang kelebihan perkongsian perniagaan dan kekurangannya supaya anda menjadi lebih arif.

Apa itu Perkongsian Perniagaan?

Perniagaan jenis enterprise mempunyai dua jenis milikan. Jenis yang pertama adalah milikan tunggal yang membawa maksud anda sahaja yang akan menjadi pemilik perniagaan tersebut. Manakala satu lagi jenis milikan adalah perkongsian perniagaan. Perkongsian perniagaan bermaksud perniagaan tersebut mempunyai lebih daripada satu pemilik perniagaan, dan perniagaan tersebut tidak diperbadankan sebagai sebuah syarikat liabiliti terhad. Rakan kongsi perniagaan anda boleh mencecah dari 2 orang hingga 50 orang.

Apabila anda mengambil rakan kongsi dalam perniagaan anda, ini bermaksud anda akan berkongsi keuntungan, kerugian, serta liabiliti perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, perkongsian kurang mendapat sambutan daripada individu yang ingin membuka perniagaan sendiri kerana kelemahan yang ketara ini. Namun, tidak semua perkara berkenaan perkongsian membawa lebih banyak masalah daripada penyelesaian masalah. Perkongsian juga akan digunakan oleh kumpulan usahawan yang ingin ambil serta dalam operasi harian perniagaan.

Pada kebiasaannya, pemilik-pemilik perniagaan akan membuat perjanjian perkongsian bertulis untuk menggariskan apakah cara yang dipersetujui oleh semua pihak berkenaan pengurusan perniagaan tersebut. Selain itu, perjanjian ini perlu menyatakan bagaimana keuntungan dan kerugian akan diagihkan kepada semua pemilik perkongsian perniagaan tersebut. Namun, apabila tiada sebarang perjanjian dicipta oleh pemilik perniagaan jenis perkongsian, undang-undang perkongsian negara akan bertanggungjawab untuk mengawal perkongsian tersebut.

Kelebihan Perkongsian Perniagaan

1. Pembahagian Tugas

Kelebihan perkongsian perniagaan yang pertama adalah apabila anda melakukan tugas berseorangan, anda mungkin akan terlepas pandang berkenaan satu atau dua perkara dalam pengurusan perniagaan anda, tetapi sekiranya anda mempunyai lebih daripada seorang pemilik perniagaan, anda boleh membahagikan tugas-tugas untuk menyelia setiap jabatan.

Sebagai contoh, sekiranya anda membuka sebuah restoran dan mempunyai tiga pemilik perniagaan, maka anda boleh membahagikan setiap pemilik tersebut untuk menyelia bahagian tertentu di dalam restoran tersebut seperti pengurusan dapur masak, pengurusan kewangan, dan pengurusan khidmat pelanggan supaya semua aspek di dalam pengurusan restoran tersebut dapat diagihkan.

2. Aliran melalui cukai

Kelebihan perkongsian perniagaan adalah melalui perkongsian, keuntungan dan kerugian perniagaan akan dilaporkan mengenai pulangan cukai individu bagi semua pemilik perniagaan tersebut. Ini membolehkan urusan cukai individu anda dimudahkan.

3. Perkongsian Modal Penubuhan Perniagaan

Seperti senario yang dibincangkan pada awal artikel ini, sekiranya anda tidak mempunyai modal yang cukup untuk menanggung keseluruhan kos perniagaan supaya anda dapat membuka perniagaan, anda boleh mencari individu lain yang berminat untuk menjadi rakan kongsi anda supaya mereka juga dapat melaburkan sebahagian daripada modal tersebut untuk menguruskan perniagaan anda.

Namun, sekiranya pembahagian modal tersebut mempunyai amaun yang berbeza, mereka disarankan untuk melakukan perjanjian bertulis supaya tidak akan ada sebarang konflik yang terjadi apabila perniagaan sudahpun dijalankan.

4. Pengurusan sistematik

Anda semestinya pernah mendengar istilah ‘dua lebih baik dari satu’? Kelebihan perkongsian perniagaan yang terakhir adalah apabila anda mempunyai banyak pemilik perniagaan yang menyelia setiap jabatan dalam perniagaan tersebut, pengurusan perniagaan tersebut akan menjadi lebih sistematik dan mudah untuk diuruskan.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan sekiranya perniagaan anda tidak berjalan dengan baik dan dikelilingi hutang, si penghutang akan boleh memintak hak hutang mereka terhadap aset peribadi anda seperti rumah, kereta, atau kedai yang dimiliki anda kerana pemilik perniagaan enterprise mempunyai liabiliti yang tidak terhad. Demikian merupakan kelebihan perkongsian perniagaan yang boleh anda manfaatkan. Sekiranya anda inginkan perkongsian perniagaan yang bersifat liabiliti terhad, anda boleh membuka syarikat Sdn. Bhd.. Anda boleh dapatkan bantuan untuk membuka syarikat Sdn. Bhd. daripada firma setiausaha syarikat yang kompeten melalui link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?