fbpx

Cara Memulakan Perniagaan Online

Cara Memulakan Perniagaan Online

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Bukan mudah untuk anda hidup dalam zaman wabak covid yang sangat membahayakan kesihatan serta ekonomi dunia. Sekiranya anda bekerja bawah syarikat atau perniagaan, anda sendiri mungkin akan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk dipecat atau dibuang kerja kerana mereka tidak lagi dapat menampung kerugian yang besar.

Jadi, adakah itu sahaja penamatnya sekiranya perkara di atas berlaku kepada anda? Oleh yang demikian, anda perlulah mengetahui cara memulakan perniagaan online supaya anda sendiri boleh mencari pendapatan sampingan, atau sebagai sumber pendapatan utama anda. Sekiranya anda tidak macam mana nak mulakan perniagaan ini, jangan risau kerana artikel ini akan membincangkan cara memulakan perniagaan online.

1. Cara Memulakan Perniagaan dengan Mengetahui Kehendak Pasaran

Cara memulakan perniagaan online yang paling asas adalah anda perlu ketahui kehendak pasaran. Apabila sesebuah produk atau servis mempunyai terlalu banyak pesaing, perkara ini akan menyebabkan peluang untuk anda mendapatkan pelanggan menjadi lebih kurang. Anda juga perlu mempertimbangkan pelanggan-pelanggan setia yang tidak akan mencuba produk atau servis yang baru.

Oleh yang demikian, anda perlulah memastikan bahawa kehendak pasaran untuk produk anda mempunyai permintaan yang tinggi. Kajian yang terperinci berkenaan kehendak pasaran tersebut akan memastikan anda memilih jalan yang betul apabila anda hendak menjual produk atau servis kepada pelanggan tersebut.

2. Berikan Penerangan Produk Secara Menarik Dan Jelas

Pernahkah anda membaca maklumat berkenaan produk dan mempunyai pelbagai soalan berkenaan produk tersebut? Jika ya, maka maklumat produk tersebut adalah tidak bagus. Anda perlu mengetahui bahawa sekiranya pelanggan ingin membaca maklumat produk anda, ianya mestilah mempunyai penerangan yang menarik perhatian serta jelas untuk difahami.

Anda boleh huraikan tentang kelebihan atau keunikan produk anda supaya para pelanggan akan menjadi lebih tertarik dengan produk anda. Selain itu, testimoni memainkan peranan yang penting kerana sebelum anda boleh menjual produk anda, anda perlu membeli kepercayaan mereka terlebih dahulu. Apabila mereka nampak hasil yang positif daripada pelanggan yang sudahpun menggunakan produk atau servis anda, maka lebih tinggi peluang anda untuk menjual produk tersebut.

3. Cara Mula Perniagaan Online dengan Mencipta Website Anda

Anda perlu tahu bahawa terdapat semakin banyak pengguna di Malaysia yang menggunakan platform online untuk melakukan urusan pembelian. Oleh itu, cara memulakan perniagaan online yang ketiga adalah anda perlu mencipta website anda sendiri.

Namun, apakah cara yang sesuai untuk anda gunakan supaya pelanggan yang melawati laman web anda akan kekal di laman web? Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa kriteria yang anda perlu ikuti sekiranya anda ingin membuat laman web sendiri. ini adalah panduan daftar perniagaan online:

  • Pastikan laman web anda adalah ringan dan tidak mempunyai terlalu banyak plug-ins software yang mungkin akan menyukarkan pelanggan anda untuk melayari laman web anda. Laman web yang senang dilayari memudahkan pelanggan anda dan meningkatkan kredibiliti laman web anda.
  • Jangan rumitkan laman web anda. Pastikan laman web anda mempunyai struktur yang senang untuk dibaca. Anda boleh buat navigasi yang jelas, dan sama pada setiap halaman untuk tidak mengelirukan pelanggan anda.
  • Anda boleh gunakan audio, video, malah grafik untuk membuatkan laman web anda lebih menarik dan menghantar mesej yang anda ingin sampaikan.
  • Anda boleh muat turun perisian tracking code supaya anda boleh menangkap cookies mereka yang singgah di blog atau website anda. Dengan maklumat cookies ini, anda boleh gunakan servis FB ads untuk tujuan remarketing & retargetting supaya anda dapat menjumpa demografik pelanggan yang inginkan produk atau servis anda. 
  • Anda boleh mengupah agensi yang pakar laman web dan menyediakan perkhidmatan seperti di atas.

4. Gunakan Servis Search Engine Optimiser (SEO) Dan Copywriting

Servis Search Engine Optimiser (SEO) dan Copywriting merupakan cara memulakan perniagaan online yang terakhir namun tidak banyak peniaga mengambil kesempatan terhadap potensi servis ini. Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan SEO? Maksud yang mudah difahami untuk para pengguna adalah SEO merujuk kepada teknik untuk anda mengoptimumkan laman web anda supaya laman web anda akan menjadi ranking teratas di hasil pencarian Google menggunakan kata kunci yang mempunyai kaitan dengan produk atau servis anda. Pelanggan online selalunya akan terus klik pada hasil carian google yang pertama yang mereka nampak.

Namun, apa fungsi copywriting? Copywriting merujuk kepada penulisan yang bertujuan untuk pengiklanan. Antara fungsi copywriting adalah untuk menimbulkan kesedaran berkenaan topik yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda niagakan melalui Facebook, Instagram, laman web rasmi, serta blog. Penulisan copywriting yang baik dan jelas akan meningkatkan peluang anda untuk mendapat pelanggan online.

SEO dan copywriting berkait rapat kerana dengan bantuan daripada teknik copywriting yang bagus, servis SEO akan menjadi lebih baik kerana terdapat banyak pelanggan yang klik pada link yang mempunyai copywriting tersebut bagi mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Kata kunci yang digunakan oleh copywriter tersebut akan diperolehi melalui kajian kata kunci yang sering kali diguna pakai oleh prospek online. Apabila semakin banyak pembaca klik pada link tersebut, SEO akan memainkan peranannya kerana ranking link tersebut akan naik anak tangganya sehingga menjadi cadangan utama di dalam laman carian Google.

Demikian merupakan cara memulakan perniagaan online yang anda perlu tahu. Sekiranya perniagaan online anda sudahpun berjaya dan anda ingin berdaftar di bawah syarikat Sdn. Bhd., anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat yang berkaliber dan berpengalaman melalui link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?