fbpx

5 Bantuan Perniagaan Yang Boleh Dipohon

bantuan perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang bantuan perniagaan yang anda boleh memohon untuk perniagaan anda.

Berniaga merupakan satu perkara yang amat mencabar bagi mana-mana sektor perniagaan. Ia memerlukan komitmen, servis yang bagus, serta kualiti yang konsisten. Namun, apabila perkara yang tidak dingini seperti wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, semua jenis perniagaan akan terkesan dan mungkin memerlukan bantuan perniagaan untuk memastikan perniagaan mereka dapat bertahan dalam jangka masa yang lama.

Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang sudahpun kecundang disebabkan oleh penularan wabak ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah merancang pelbagai insentif dan pakej rangsangan supaya bantuan perniagaan yang mencukupi dapat diberikan kepada usahawan di Malaysia.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, iaitu Menteri Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan pada bulan Oktober baru-baru ini bahawa kerajaan telah menyalurkan 6.1 bilion kepada sejuta usahawan mikro bawah Geran Khas Prihatin supaya dapat membantu mereka dalam zaman yang amat mencabar ini.

Antara bantuan perniagaan yang telah diberikan adalah Skim Jaminan Prihatin Dana Jamin (DPGS) yang menyediakan kemudahan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman perniagaan. Selain itu, Pihak kerajaan juga sudah bersedia untuk melancarkan bajet 2022 yang disasarkan untuk usahawan di seluruh Malaysia.

Senarai bantuan perniagaan yang ditawarkan dalam bajet 2022 adalah seperti berikut:

1. Bantuan kewangan dan pembiayaan

Pihak kerajaan akan menyediakan pembiayaan kredit mikro tanpa faedah untuk tempoh enam bulan pertama dan kemudahan moratorium melalui agensi seperti TEKUN, BSN, dan Agrobank kepada peniaga mikro.

Pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing juga akan disediakan. Selain itu, geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF) dan pelaburan oleh BPMB akan diberikan. Bukan itu sahaja, skim geran pendigitalan PKS berjumlah Rm200 juta juga akan ditawarkan kepada usahawan mikro di seluruh Malaysia.

2. Pengambilan Pekerja

Kerajaan juga akan berusaha untuk membantu pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori seperti berikut:

  • Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing:20% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir permohonan
  • Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan:30% gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 40% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis:Kerajaan menyediakan elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh selama 6 bulan
  • Pekerja Gig:Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan selama 6 bulan

3. Akses Pasaran

Akses pasaran merupakan perkara yang amat penting pada masa wabak Covid-19 menular di seluruh Malaysia. Kerajaan menyediakan dana pembiayaan padanan “matching fund” bagi meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon.

Kerajaan memberikan peluang pinjaman untuk akses pasaran sehingga 5% setahun dengan amaun yang mencecah RM5 juta selama 10 tahun. Kerajaan juga menggunakan sektor pelancongan sebagai pemangkin bagi mewujudkan komuniti dan ekosistem nomad digital.

Inisiatif untuk berhijrah ke khidmat digital adalah penting untuk memastikan urusan niaga dapat diteruskan melalui bantuan kepada perusahaan sosial, halal, kraf tangan, usahawan tempatan, serta pertanian.

4. Bantuan Pelancongan

Bantuan perniagaan bagi sektor pelancongan diketengahkan kerana sektor pelancongan Malaysia terjejas teruk oleh penularan wabak ini. Bagi pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, mereka akan dapat bantuan khas selama 3 bulan.

Selain itu, subsidi RM600 bagi setiap pekerja yang terhad kepada 500 pekerja sahaja akan diberikan selama 3 bulan, dan ianya khusus untuk majikan sektor pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%. Akhir sekali, syarikat yang menganjurkan program berkaitan seni dan budaya akan diberikan geran padanan.

5. Bantuan Kreatif

Kerajaan juga ingin menghidupkan semula aktiviti industri kreatif melalui dana kandungan digital, insentif filem, projek kandungan multimedia digital, serta program perkasa modal insan supaya industri ini dapat bertahan.

Tidak dilupakan juga bahawa kerajaan akan menawarkan dana padanan pinjaman pelaburan sebanyak RM20 juta bagi mejayakan Program Riuh Keluarga Malaysia yang dijangka dapat menjana sebanyak 5 ribu peluang pekerjaan baru, serta menawarkan skim padanan pinjaman pelaburan bagi inisiatif Platform Animasi Negara.

Demikian merupakan bantuan perniagaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk membantu anda meneruskan aktiviti perniagaan anda pada zaman yang sangat sukar ini. Sekiranya anda ingin membesarkan perniagaan mikro anda menjadi syarikat atau anda ingin mencari khidmat setiausaha syarikat yang dapat membantu anda mengembangkan perniagaan anda, anda boleh dapatkan khidmat tersebut melalui link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?