fbpx

5 Pinjaman Perniagaan Yang Anda Perlu Mohon

Pinjaman Perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang Contoh Pinjaman Perniagaan yang anda boleh mohon.

Tahun 2021 merupakan zaman yang amat sukar untuk semua orang di seluruh dunia. 

Semestinya banyak syarikat kecil dan sederhana mengalami masalah untuk mengekalkan jualan yang sama seperti zaman sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan menyebabkan banyak pekerja diberhentikan. 

Oleh yang demikian, terdapat banyak penganggur yang ingin memulakan perniagaan yang baru.

Tetapi, ketiadaan modal untuk memulakan perniagaan menjadi satu isu besar bagi usahawan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke alam perniagaan. 

Kadangkala terdapat juga usahawan yang sudahpun mempunyai perniagaan tetapi ingin melakukan pinjaman perniagaan untuk mengembangkan perniagaan. 

Adakah anda akan meminjam amaun modal tersebut melalui sahabat handal, keluarga, ataupun ceti haram? Itu adalah keputusan yang amat buruk untuk perniagaan serta hubungan anda dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Anda tidak tahu di mana saluran yang betul untuk melakukan pinjaman perniagaan? Jangan risau, artikel ini akan membincangkan tentang saluran pinjaman perniagaan yang sesuai untuk anda. 

Anda perlu tahu bahawa pihak kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang bertujuan untuk membantu usahawan yang memerlukan suntikan modal untuk perniagaan mereka. Anda boleh lihat senarai agensi-agensi seperti di bawah.

1. PINJAMAN PERNIAGAAN MELALUI TEKUN

TEKUN Nasional atau Yayasan TEKUN merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Agensi ini menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan Bumiputera, tidak mengira sama ada anda baru ingin memulakan perniagaan atau anda mahu mengembangkan perniagaan. 

Anda boleh meminjam dari RM10,000 sehingga RM100,000 bagi tempoh lima hingga sepuluh tahun dan terdapat pelbagai pilihan skim yang anda boleh memohon.

2. PINJAMAN PERNIAGAAN MELALUI MARA

Adakah institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya terhad untuk pembelajaran seperti MRSM? Jika anda berfikir sedemikian, anda perlu tahu bahawa MARA juga menawarkan beberapa skim perniagaan untuk membantu perniagaan anda dengan jumlah pembiayaan sehingga lima juta Ringgit.

3. PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MELALUI Prosper PUNB

Anda pernah dengar tentang PROSPER PUNB tak? Kalau belum pernah, ia adalah sebuah produk pembiayaan yang berasaskan Shari’ah dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Perbadanan ini menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM100,000 bagi tempoh bayaran balik selama tujuh tahun.

Selain itu, PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan pembangunan usahawan. Namun, terdapat syarat kelayakan yang anda perlu ada, dan semuanya dinyatakan di dalam laman web rasmi mereka.

4. Dana Teras TERAJU

Dana Teras TERAJU boleh menjadi pilihan anda untuk mendapatkan bantuan pinjaman perniagaan. 

Dana Teras ini bertujuan untuk memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS). 

Tujuan pembiayaan Dana Teras adalah untuk memberikan bantuan modal kerja dan pembelian aset untuk perniagaan.

Dana ini disediakan dalam bentuk kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh SME Bank, RHB Islamic,  MIDF dan Maybank Islamic. 

Namun, Dana Teras hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.

5. Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan

Anda masih belajar dan berminat untuk menubuhkan perniagaan sendiri? 

Jika ya, skim ini amat sesuai untuk anda kerana bantuan ini hanya terbuka kepada golongan pelajar yang berminat untuk berniaga. 

Bantuan ini terbuka kepada pelajar di institut pengajian tinggi awam atau swasta bersesuaian dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Selain itu, mereka juga menikmati pengecualian daripada sebarang bayaran.

Geran Perniagaan

Terdapat beberapa saluran lain yang anda boleh cuba. Anda juga boleh dapatkan geran perniagaan untuk membantu perniagaan anda. 

Senarai geran bantuan yang ada adalah Tunas Usahawan Belia Bumiputera Programme (TUBE) di bawah agensi SME Corp Malaysia, Geran Pembangunan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) dari Yayasan Inovasi Malaysia, Rural Business Challenge (RBC) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Teraju Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, dan Cradle Investment Programme Ignite (CIP Ignite) di bawah agensi Cradle Sdn Bhd.

Kesemua agensi ini menawarkan bantuan modal secara percuma asalkan anda mempunyai pelan perniagaan yang kukuh. 

Anda juga perlu mengetahui terma dan syarat bantuan itu sama ada ianya adalah geran perniagaan jenis full-grant, partial-grant dan lain-lain.

Demikian merupakan senarai agensi yang menawarkan pinjaman perniagaan dan geran perniagaan untuk anda memulakan atau mengembangkan perniagaan anda. 

Apabila anda sudahpun mengembangkan perniagaan anda, maka sudah tiba masanya untuk anda mendaftarkan perniagaan enterprise anda kepada syarikat Sdn. Bhd. 

Anda tidak tahu cara untuk mendaftar syarikat Sdn. Bhd.? Jangan risau, anda boleh dapatkan bantuan daripada agensi yang bertauliah dan profesional melalui laman web ini: https://www.daftarsyarikat.net/

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?