fbpx

5 Maksud Perniagaan Yang Anda Perlu Tahu

Maksud perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Ramai orang kata kerja makan gaji tak boleh kaya. Berniaga lagi cepat kaya. Ingat tak Megah Holdings? Bunyi macam gah betul kalau ada perniagaan sendiri kan? Tapi tahukah anda apakah maksud perniagaan? Maksud perniagaan jika kita lihat dari segi bahasa adalah seperti berikut:


[per.nia.ga.an] | ڤرنياݢاءن

Maksud Perniagaan

Definisi Perniagaan (Maksud Perniagaan): urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, secara umumnya, bagi sesebuah perniagaan yang sah di sisi undang-undang, ianya haruslah berdaftar. Oleh itu, langkah pertama yang patut anda ambil untuk kebaikan perniagaan anda ialah mendaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Kepentingan Mendaftar Perniagaan

Kepentingan Mendaftar Perniagaan

Walaupun jalan pintasnya adalah untuk terus memulakan perniagaan tanpa perlu mendaftar. Anda harus ingat, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Penting untuk anda melalui proses pendaftaran ini kerana sebaik sahaja anda mendaftar perniagaan anda dengan SSM, anda secara automatik dilindungi oleh akta-akta di bawah perundangan syarikat di Malaysia.

    1. Pertama, dengan berdaftar sebagai satu syarikat yang sah, anda akan dapat melindungi dan menjamin reputasi perniagaan anda sewaktu berurusan dengan pihak luar termasuk klien dan vendor. Seperti yang dinyatakan tadi, perniagaan anda akan dilindungi di bawah undang-undang.
    2. Kedua, dengan mendaftar perniagaan anda, ianya akan sangat membantu jika anda berhadapan dengan permasalahan cukai atau dengan pihak berkuasa. Jika anda berhasrat membuka restoran, anda harus mendaftarkan perniagaan dahulu dan kemudian mendapatkan lesen premis restoran tersebut. Jika tidak melalui proses ini, pihak berkuasa berhak menyita premis perniagaan anda.
    3. Ketiga, apabila perniagaan anda berdaftar, ianya akan membuatkan klien, pekerja dan vendor lebih percaya dan setia dengan perniagaan anda. Sebagai contoh, jika Pihak A ingin melaksanakan urusan jual beli dengan Pihak B, Pihak A akan lebih yakin dengan urusan jual beli tersebut jika Pihak B merupakan sebuah perniagaan berdaftar. Ini kerana, jika timbul sesuatu permasalahan, Pihak A boleh merujuk dengan SSM bagi mendapatkan pengadilan.
    4. Contoh di atas juga boleh digunapakai untuk faktor keempat iaitu pendaftaran perniagaan membolehkan anda melebarkan sayap perniagaan anda ke luar negara dan membuka peluang bagi transaksi yang lebih besar nilainya. Dengan mendaftar perniagaan anda, syarikat atau pelabur dari luar negara akan lebih yakin untuk berurusan dengan anda.
    5. Kelima, anda boleh hebahkan jenama anda dengan teknik pemasaran secara besar-besaran tanpa perlu risau akan ketidakadilan dari pesaing. Ingat tak kes saman Siti Khadijah terhadap Ariani kerana meniru telekungnya pada tahun 2017? Banyak lagi kes-kes seumpamanya. Bagi mendapatkan hak cipta rekabentuk atau hakmilik sesuatu produk atau jenama, anda haruslah menjadi sebuah syarikat berdaftar. Jadi, titik pangkalnya tetap daftar syarikat dulu. Baru boleh pikirkan perkara lain untuk memelihara jenama atau produk anda.

Jenis-Jenis Entiti Perniagaan

Terdapat 3 jenis entiti perniagaan iaitu yang perniagaan (milikan tunggal atau perkongsian), perkongsian (LLP) dan syarikat (Sdn Bhd vs Bhd).

Kalau kita tengok disekeliling kita, kegunaan saban hari seperti perkhidmatan telekomunikasi termasuk DiGi, Maxis dan Celcom ketiga-tiganya berdaftar sebagai syarikat Berhad. Jenis entiti perniagaan yang terakhir pula ialah perkongsian. Perkongsian dan milikan tidak banyak beza tetapi perbezaan yang ketara adalah urusan guamannya saja.

Huraian tentang jenis-jenis entiti perniagaan akan kita cerita lebih lanjut lagi dalam blog yang akan datang. Untuk ketahui lebih lanjut tentang huraian maksud perniagaan atau apa jua persoalan berkenaan penubuhan dan daftar syarikat, boleh hubungi TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd. TAZ menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat dan bersedia membantu mengurangkan sakit kepala tersebut dengan hanya RM80 sebulan. Whatsapp kami untuk info lanjut.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?