fbpx

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang maksud ceo syarikat.

Semua orang semestinya pernah mendengar perkataan CEO di dalam televisyen atau dari rakan-rakan pada zaman muda dahulu. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud sebenar CEO? Kebanyakan orang yang pernah mendengar perkataan tersebut sebenarnya tidak mengetahui maksud sebenar CEO. Apa yang banyak orang tahu secara amnya, CEO melambangkan seseorang di dalam syarikat yang mempunyai pangkat yang amat besar. Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan CEO, tugas-tugas, serta perbezaan antara CEO dan Managing Director (MD).

CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif adalah individu berpangkat tertinggi dalam syarikat. Perbadanan syarikat adalah entiti undang-undang yang dicipta oleh individu, pemegang saham, atau pemegang saham, bertujuan untuk beroperasi demi keuntungan syarikat. Seperti yang anda sedia maklum, syarikat adalah satu entiti yang berkebolehan untuk membuat kontrak, menuntut dan disaman, memiliki aset, membayar cukai persekutuan dan negeri, dan meminjam wang dari institusi kewangan atau organisasi.

Tanggungjawab CEO adalah untuk mencapai keseluruhan kejayaan entiti perniagaan atau organisasi lain dan juga bertanggungjawab untuk membuat keputusan di tahap pengurusan peringkat atasan. Terdapat nama lain untuk CEO, seperti ketua eksekutif, presiden, dan pengarah urusan.

Maksud CEO Syarikat Dalam Tanggungjawab dan Tugas

maksud ceo

Kebanyakan kerja-kerja yang dilakukan di dalam sebuah syarikat Sdn. Bhd. dilakukan oleh pekerja-pekerja di setiap divisyen tertentu, namun pelaksanaan tugas-tugas tersebut diarahkan oleh CEO. Maksud CEO Syarikat dan tugasnya adalah agak sukar untuk diterangkan kerana ia bergantung pada SOP yang dikuatkuasakan oleh sesebuah perusahaan di dalam organisasi mereka. Tugas utama CEO ialah untuk menyelia dan memastikan setiap jabatan di dalam mana-mana organisasi melakukan tugasnya supaya selaras dengan visi dan misi syarikat setiap hari. Sekiranya CEO tiada di dalam carta organisasi sesebuah perusahaan, maka tiada orang yang akan memastikan semua pekerja melakukan kerjanya dengan betul dan ini mungkin dapat mengurangkan produktiviti serta mutu kerja dalam sesebuah organisasi.

Ianya merupakan satu tugas yang amat berat kerana individu yang bergelar CEO mesti mengetahui secara keseluruhan tentang tugas-tugas yang perlu dicapai oleh setiap jabatan dalam syarikatnya. Selain itu, CEO juga bertanggungjawab untuk menentukan, melaksanakan hala tuju strategik syarikat, serta menjadi tempat penghubungan antara lembaga pengarah, pemegang saham, dan pelabur dengan kesemua pekerja di dalam jabatan masing-masing. CEO juga bertanggungjawab untuk memilih kakitangan yang kompeten untuk berkhidmat dalam organisasi mereka.

Banyak juga kerja CEO kan? Jika anda ingin menjadi CEO syarikat anda, jangan risau kerana organisasi syarikat anda juga boleh melantik pengurus syarikat agar mereka dapat melaporkan berkenaan bahagian tertentu syarikat. Dengan ini CEO tidak perlu untuk melawat setiap jabatan dan menyelia secara sangat terperinci.

Maksud CEO syarikat juga akan banyak meluangkan masanya untuk bermesyuarat, mengembalikan panggilan telefon dari wakil syarikat lain, membalas E-mel, serta melakukan kerja outstation. Misi utama CEO adalah untuk memastikan hala tuju syarikat berada di landasan yang betul.

Perbezaan Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif

Kedua-dua jawatan ini agak serupa dan kadang-kadang orang menyangkakan bahawa tiada perbezaan antara pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif. Jika kita lihat dari segi konteks, kedua-duanya adalah sama. Namun, perkara utama yang membezakan jawatan ini adalah pengarah urusan bertanggungjawab untuk memastikan fungsi korporat berjalan dengan lancar, dan memastikan syarikat mendapat keuntungan, manakala ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab untuk kelancaran fungsi korporat, memastikan syarikat mendapat keuntungan, serta mengendalikan fungsi harian dan sasaran syarikat.

Pengarah urusan bertanggungjawab untuk mengekalkan prestasi keseluruhan syarikat, khususnya jabatan dalam. Mereka juga perlu menghasilkan dan merancang pelan operasi strategik dan objektif untuk masa depan dalam jangka panjang, pada masa yang sama memastikan sasaran jangka pendek telah dikecapi.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) pula bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan pihak akhbar dan seluruh dunia luar berkenaan syarikatnya. Mereka juga perlu berkomunikasi dengan pengurusan organisasi seperti pengurus syarikat atau pekerja bawahan. CEO perlu membuat keputusan peringkat tertinggi mengenai dasar syarikat dan strategi pengembangan syarikat. Selain itu, mereka juga perlu memberi nasihat kepada lembaga pengarah, memotivasikan pekerja bawahan, dan mengetuai operasi harian syarikat.

Tidak mudah kan kerja sebagai CEO? Sebab itulah jawatan ini diberikan gaji yang sangat tinggi kerana tanggungjawabnya juga adalah amat besar. Sekiranya anda ingin mencari khidmat setiausaha syarikat yang kompeten atau ingin tahu lebih dalam tentang maksud ceo syarikat, anda boleh menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?