fbpx

Jenis Borang Cukai Pendapatan Syarikat

borang cukai pendapatan syarikat

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Cukai pendapatan syarikat atau perusahaan Enterprise perlu dijelaskan setiap tahun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Dengan adanya sistem percukaian, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat merekod kesemua transaksi cukai pendapatan syarikat tuan untuk memastikan sama ada hasil duit simpanan yang anda ada dalam bank syarikat atau perusahaan anda datang dari sumber yang betul. 

Sekiranya terdapat transaksi yang tidak dinyatakan di dalam perniagaan anda, pihak LHDN boleh mengenakan saman terhadap syarikat anda. 

Oleh yang demikian, anda perlu merekod setiap transaksi pembelian atau transaksi penggunaan wang syarikat anda agar tiada kekeliruan atau masalah yang akan tercetus apabila anda ingin menjelaskan cukai pendapatan syarikat atau apabila anda ingin membuat pengisytiharan (declaration) berkenaan amaun yang anda perolehi di dalam akaun syarikat anda.

Namun, kebanyakan para pemilik syarikat di dalam Malaysia tidak sedia maklum berkenaan apakah dokumen-dokumen yang ada dari segi percukaian syarikat. 

Keadaan tersebut akan menyebabkan pemilik syarikat akan mempunyai kesulitan apabila ingin menyelesaikan cukai pendapatan syarikat tahunan mereka, sejurus menyebabkan pelbagai masalah yang tidak diingini akan berlaku. 

Oleh yang demikian, artikel ini akan menjelaskan jenis-jenis borang cukai daftar dan cara daftar cukai pendapatan syarikat yang anda perlu ketahui.

 

1. Borang Cukai Pendapatan Syarikat E (Borang E)

Setiap majikan dikehendaki memfailkan Borang E selewat-lewatnya 31hb Mac setiap tahun. Setiap badan syarikat yang menyediakan khidmat perkhidmatan syarikat dapat memberikan nasihat dalam penyedian senarai gaji pekerja untuk semakan LHDN berserta khidmat nasihat pembayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB).

2. Borang BE

Setiap individu yang bekerja dan tiada pendapatan punca perniagaan dikehendaki memfailkan Borang BE selewat-lewatnya 30hb April setiap tahun. 

Setiausaha syarikat yang dilantik oleh pihak anda dapat menyediakan khidmat nasihat dalam pengisian borang ini dan membantu anda dalam mendapatkan pelepasan-pelepasan individu atau pelepasan cukai perniagaan yang dibenarkan oleh LHDN semaksimum mungkin.

3. Borang B dan P

Setiap individu yang berniaga samada peniaga tunggal atau perkongsian dikehendaki memfailkan Borang B (peniaga tunggal) dan Borang P (perkongsian) selewat-lewatnya 30hb Jun setiap tahun. 

Oleh yang demikian, anda perlu memastikan penyediaan penyata pendapatan dan perakaunan anda adalah yang lengkap untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku pada tarikh penghantaran dokumen tersebut tamat.

4. Borang C

Setiap syarikat Sdn. Bhd. dikehendaki memfailkan Borang C dalam tempoh selewat-lewatnya 7 bulan dari tarikh tutup akaun setiap tahun. 

Pemfailan borang ini memerlukan penyediaan akaun beraudit yang lengkap. Setiap syarikat yang telah diperbadankan sama ada dorman mahupun belum beroperasi perlu mempunyai fail cukai pendapatan dan wajib mengemukakan dokumen ini setiap tahun. 

Anda boleh membuat penghantaran dokumen tersebut secara online dengan menggunakan aplikasi e-Daftar di portal rasmi LHDNM, atau anda juga boleh mmendapatkan borang ini di mana-mana cawangan LHDNM yang terdekat.

5. Borang CP204, CP204A, CP204B dan CP207

Setiap perusahaan syarikat Sdn. Bhd. dikehendaki memfailkan Borang CP204 iaitu anggaran cukai dalam tempoh selewat-lewatnya 30 hari sebelum bermula tarikh perakaunan baru setiap tahun. 

Anda juga boleh memfailkan pindaan anggaran cukai pada bulan ke 6 dan ke 9 atau kedua-duanya menerusi Borang CP204A. Jika berlaku pertukaran tempoh perakaunan anda perlu memfailkan Borang CP204B. Bayaran ansuran pertama bermula bulan ke 2 menggunakan slip pengiriman bayaran CP207 dan dibayar selewat-lewatnya 10 haribulan setiap bulan, jika tidak penalti akan dikenakan.

6. Borang M

Borang M ialah borang yang perlu diisi sekiranya terdapat pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain bagi individu yang tidak bermastautin di Malaysia.

Demikian merupakan dokumen-dokumen yang berkenaan dengan urusan percukaian yang lazim digunakan oleh pemilik syarikat atau pemilik perusahaan Enterprise

Akan tetapi, anda semestinya mempunyai kesulitan berkenaan semua dokumen di atas dan tidak semestinya anda akan mengingati kesemua dokumen di atas apabila anda ingin menjelaskan cukai anda. 

Jangan risau, anda boleh mendapatkan jawapan yang lebih lanjut daripada setiausaha syarikat yang anda lantik. Bagi perusahaan pemilik tunggal (Enterprise), anda hanya memerlukan dokumen B serta dokumen BE sahaja.

 Sekiranya anda tidak mempunyai atau ingin mencari khidmat setiausaha syarikat, anda boleh menghubungi kami di sini.

 

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?