fbpx

Faedah dan Jenis Pelepasan Cukai Perniagaan di Malaysia

pelepasan cukai perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Sekiranya kita adalah pemilik sebuah perniagaan, kita sudah pasti menjalankan tanggung jawab untuk membayar cukai perniagaan. Namun tidak semua pemilik perniagaan mengetahui terdapat pelbagai jenis pelepasan cukai perniagaan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia.

Malah masih ramai lagi antara pemilik perniagaan yang tidak begitu memahami mengenai pelepasan cukai dan manfaat yang bakal diperoleh daripadanya. Anda juga perlu jenis borang cukai pendapatan syarikat.

Maksud Pelepasan Cukai Perniagaan di Malaysia?

pelepasan cukai perniagaan

Pelepasan cukai perniagaan di Malaysia adalah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meringankan beban cukai kepada perniagaan yang dijalankan di negara ini. Ianya melibatkan pengecualian dan pengurangan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh sesebuah perniagaan.

Pelepasan cukai ini dirancang oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saing perniagaan dan memperkukuh sektor perusahaan di Malaysia.

Selain itu, ia juga dapat memberikan peluang kepada perniagaan untuk mengurangkan kos operasi dan menjana lebih banyak pendapatan, serta meningkatkan pelaburan dalam bidang-bidang strategik yang diiktiraf oleh kerajaan.

Faedah Pelepasan Cukai Perniagaan

Pelepasan cukai  sudah tentunya akan memberikan kepentingan kepada syarikat di Malaysia. Antara faedah utama dan manfaat hasil daripada pelepasan cukai adalah seperti berikut;

  • Mengurangkan Beban Cukai – Pelepasan cukai membantu mengurangkan beban cukai yang perlu dibayar oleh syarikat. Ini akan memberikan keringanan dan kelegaan dalam kewangan syarikat. Oleh itu syarikat boleh menggunakan lebih banyak sumber kewangan untuk pertumbuhan, pembangunan dan inovasi dalam perniagaan.
  • Meningkatkan Likuiditi – Apabila bebanan cukai dikurangkan, ianya akan memberikan lebih banyak aliran tunai yang boleh digunakan untuk membayar gaji, kos operasi harian, memperluaskan perniagaan dan memenuhi keperluan kewangan yang lain.
  • Merangsang Pertumbuhan Perniagaan – Pelepasan cukai juga dapat membantu merangsang pertumbuhan perniagaan dengan memberikan insentif kewangan kepada syarikat. Insentif ini dapat membantu syarikat melabur dalam inovasi, pembangunan produk atau perkhidmatan dan meningkatkan persaingan dalam perniagaan. Ini membolehkan perniagaan akan berkembang dengan lebih luas dalam pasaran.
  • Meningkatkan Daya Saing Perniagaan – Dengan pelepasan cukai, syarikat dapat mengurangkan kos operasi dan lebih berdaya saing. Ianya membolehkan syarikat menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Apakah Jenis-jenis Pelepasan Cukai Perniagaan atau Syarikat di Malaysia?

pelepasan cukai perniagaan

Terdapat beberapa jenis pelepasan cukai yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu pemilik perniagaan mengurangkan beban cukai. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Pelepasan Cukai Bagi Industri Tertentu

Salah satu jenis pelepasan cukai perniagaan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia adalah pelepasan cukai bagi industri yang tertentu. 

Kerajaan Malaysia mengiktiraf beberapa jenis industri yang dianggap strategik dan penting untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Contoh industri tersebut termasuklah sektor pembuatan, teknologi, agrikultur dan pelancongan.

Dalam usaha untuk merangsang pembangunan dan pertumbuhan dalam industri ini, pelepasan cukai perniagaan diberikan kepada syarikat-syarikat yang beroperasi dalam sektor yang terlibat.

Ianya akan memberikan mafaat kewangan kepada syarikat tersebut untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, meningkatkan produktiviti serta daya saing mereka untuk lebih berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

2. Pelepasan Cukai Perniagaan Bagi Perniagaan Mikro dan Kecil

Sebagai sokongan kepada perniagaan mikro dan kecil di Malaysia, pihak kerajaan juga menyediakan pelepasan cukai perniagaan khas untuk membantu para peniaga dan usahawan terutamanya yang baru memulakan perniagaan.

Perniagaan yang memiliki jumlah pekerja yang kecil dan terhad serta pendapatan yang rendah boleh memohon pelepasan cukai yang akan membantu mengurangkan beban cukai yang perlu dibayar. 

Oleh itu, ianya akan memberikan dorongan kepada usahawan kecil untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan tanpa tekanan kewangan yang serius.

3. Pelepasan Cukai Perniagaan Bagi Pelaburan dalam Penyelidikan dan Pembangunan

Pihak kerajaan amat menggalakkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Syarikat-syarikat yang melabur dalam aktiviti R&D boleh memohon pelepasan cukai untuk mengurangkan beban cukai yang ditanggung oleh syarikat.

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi pembangunan produk baru dan meningkatkan penggunaan teknologi dalam perniagaan.

Pelepasan cukai ini juga akan memberikan insentif dan dorongan kepada syarikat-syarikat untuk mengambil risiko dalam aktiviti R&D yang sudah tentunya membawa kepada pembangunan dan peningkatan prestasi perniagaan.

4. Pelepasan Cukai Perniagaan Bagi Pemulihan Ekonomi

Dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan daripada pandemik dan situasi ekonomi yang mencabar, kerajaan juga telah memperkenalkan pelepasan cukai perniagaan khas.

Pelepasan ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada syarikat-syarikat yang terjejas oleh keadaan ekonomi yang sukar.

Ianya melibatkan pengurangan jumpah cukai yang perlu dibayar, penangguhan pembayaran cukai atau penawaran kemudahan kewangan yang fleksibel.

Apakah Pula Jenis Syarikat Yang Mendapat Pelepasan Cukai Perniagaan ini?

Di Malaysia terdapat beberapa jenis syarikat yang memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai perniagaan.

Berikut kami senaraikan beberapa jenis syarikat yang boleh memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai;

  1. Syarikat Berhad dan Sendirian Berhad : Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan memenuhi syarat LHDN.
  2. Syarikat Industri Pembuatan : Syarikat di dalam industri pembuatan seperti elektronik, automotif, tekstil, makanan dan minuman.
  3. Syarikat Perkhidmatan Professional : Syarikat perubatan, perundangan, kewangan, dan perakaunan.
  4. Syarikat Pelaburan 
  5. Syarikat Pembangunan Hartanah
  6. Syarikat Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) 

Bagaimana Pula dengan Pelepasan Cukai Perniagaan Bagi Pemilikan Tunggal atau Perkongsian?

Untuk makluman, kadar cukai perniagaan bagi pemilikan tunggal atau perkongsian adalah mengikut kadar cukai individu.

Perniagaan jenis ini tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai perniagaan kerana ianya tidak dianggap sebagai entiti perniagaan yang berasingan daripada pemiliknya.

Pendapatan dan kerugian syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian adalah dianggap sebagai pendapatan dan kerugian pemilik atau individu.

Oleh itu, pemilik syarikat pemilikan tunggal akan dikenakan cukai pendapatan peribadi berdasarkan kadar cukai individu berkenaan.

Manakala pendapatan bercukai bagi perniagaan perkongsian akan dibahagi sama rata di antara rakan kongsi dan individu.

Ini bermakna, setiap individu, pemilik tunggal atau rakan kongsi boleh juga menerima hak pelepasan cukai mereka mengikut pelepasan individu.

Untuk senarai pelepasan cukai individu bolehlah dirujuk kepada laman rasmi LHDN

NOTA – Perniagaan perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) juga memenuhi syarat untuk mendapatkan pelepasan cukai perniagaan di Malaysia. Ianya adalah entiti perniagaan yang memberikan perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsi. Namun PLT tidak layak untuk menerima beberapa insentif tertentu yang hanya diberikan secara eksklusif kepada syarikat.

Dapatkan Manfaat Pelepasan Cukai Perniagaan

pelepasan cukai perniagaan

Sekiranya perniagaan yang kita jalankan termasuk salah satu di antara  jenis-jenis pelepasan cukai ini, bolehlah untuk memohon pelepasan yang terlibat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Permohonan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen yang terlibat seperti laporan kewangan, laporan aktiviti perniagaan dan dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki oleh pihak LHDN.

Syarikat juga perlu memastikan bahawa mereka mematuhi semua terma dan syarat yang ditentukan oleh LHDN untuk mendapatkan pelepasan cukai yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk pemilik syarikat sentiasa merujuk kepada penasihat percukaian yang berdaftar untuk memahami sepenuhnya mengenai syarat-syarat khusus untuk pelepasan cukai perniagaan.

Pihak kami bersedia untuk membantu dan memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan percukaian kepada pemilik perniagaan, usahawan dan individu yang memerlukan. Oleh itu, untuk khidmat professional, anda boleh hubungi kami atau WhatsApp kami terus.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?