fbpx

Panduan Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia

pendaftaran syarikat sdn bhd

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan Setiausaha Syarikat, kami sering menerima persoalan daripada pemilik perniagaan atau usahawan mengenai panduan pendaftaran Syarikat Sdn Bhd di Malaysia.

Kini kesedaran kepentingan pendaftaran perniagaan secara sah di negara ini semakin meningkat. Ini adalah kerana pihak berkuasa yang terlibat telah menjalankan banyak program kesedaran mengenai kepentingan pendaftaran perniagaan. 

Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

pendaftaran syarikat sdn bhd

Tidak kurang juga dengan skim bantuan kepada usahawan yang berniaga termasuklah pendaftaran perniagaan secara percuma atau menawarkan yuran pendaftaran yang rendah.

Program sebegini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan perniagaan sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan selain daripada kerja makan gaji.

Tambahan pula perniagaan secara atas talian kini telah menjadi pilihan kebanyakan pelajar, remaja dan pesara sebagai sumber pendapatan mereka.

Sama ada perniagaan dijalankan secara online atau sebaliknya, perniagaan tersebut mestilah didaftarkan secara sah dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana anda boleh daftar SSM online sahaja.

Untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal atau enterprise, bolehlah dilakukan di pejabat SSM ataupun secara atas talian di laman web EzBiz.

Walau bagaimanapun, proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd adalah berbeza dengan enterprise kerana melibatkan beberapa proses yang lebih terperinci. Bagi usahawan yang memilih untuk menubuhkan syarikat Sdn Bhd perlu melantik Setiausaha Syarikat untuk menguruskan proses pendaftaran dan prosedur yang berkaitan.

Apakah Langkah dan Panduan Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd?

pendaftaran syarikat sdn bhd

Kami akan memberikan beberapa langkah dan panduan pendaftaran syarikat Sdn Bhd bagi membantu usahawan untuk mendaftarkan syarikat dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Langkah 1 : Persediaan Sebelum Pendaftaran

Sebelum memulakan proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd, terdapat beberapa persediaan yang perlu diambil oleh Usahawan seperti yang berikut;

1. Melantik Setiausaha Syarikat yang Bertauliah

Perlantikan Setiausaha Syarikat adalah sebahagian daripada keperluan undang-undang di bawah Akta Syarikat 1965. Setiap syarikat Sdn Bhd perlu melantik sekurang-kurangnya satu Setiausaha Syarikat.

Berikut kami kongsikan antara kriteria yang perlu diambilkira oleh Usahawan sebelum melantik mana-mana Setiausaha Syarikat;

  • Pengalaman dan pengetahuan yang luas
  • Memiliki sijil dan lesen yang diiktiraf
  • Size pasukan yang mencukupi
  • Mempunyai sistem dan teknologi terkini
  • Sistem sokongan yang fleksibel
  • Harga yang berpatutan 

2. Memilih Nama Syarikat

Nama syarikat perlulah dipilih dengan nama yang unik dan sesuai dengan perniagaan yang dijalankan. Nama yang dipilih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak SSM.

Kebiasaannya Usahawan perlu memberi beberapa pilihan nama mengikut keutamaan kepada pihak Setiausaha Syarikat bagi membolehkan pihak kami membuat carian dan menentukan satu nama yang sedia untuk didaftarkan.

Usahawan boleh merujuk kepada dokumen Garis Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan yang disediakan oleh pihak SSM.

3. Jenis Syarikat dan Maklumat Pemilik Syarikat

Usahawan mestilah jelas dengan jenis syarikat yang ingin didaftarkan iaitu syarikat Sdn Bhd.

Tidak seperti sebelumnya yang memerlukan sekurang kurangnya 2 individu, kini penubuhan syarikat Sdn Bhd hanya memerlukan 1 atau tidak melebihi 50 individu untuk penubuhannya. 

Jadi Usahawan perlu tentukan individu yang terlibat dengan penubuhan syarikat dan menyediakan maklumat seperti salinan kad pengenalan, alamat tempat tinggal, nombor telefon dan sebagainya bagi melancarkan urusan pendaftaran.

4. Butiran Perniagaan dan Alamat Syarikat

Butiran perniagaan mengenai operasi syarikat seperti jenis aktiviti syarikat, modal berbayar, akaun bank syarikat dan alamat rasmi syarikat perlu ditentukan oleh Usahawan. 

Jenis aktiviti syarikat perlu disenaraikan sekurang-kurangnya 1 hingga 3 jenis aktiviti utama perniagaan yang dijalankan. 

Modal berbayar syarikat adalah sekurang-kurangnya RM2. Oleh itu, Usahawan perlu menentukan jumlah modal berbayar bagi syarikat yang ingin didaftarkan.

Bank syarikat perlu dipilih yang berhampiran dengan tempat operasi syarikat bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan pihak bank. Usahawan juga boleh memilih mana-mana bank yang dikehendaki.

Alamat syarikat juga perlu ditentukan untuk urusan pendaftaran. Usahawan boleh menggunakan alamat pejabat atau tempat operasi sebagai alamat rasmi syarikat.

Langkah 2 : Proses Permohonan Pendaftaran

Setelah semua maklumat yang diperlukan lengkap, pihak kami akan memulakan proses pendaftaran syarikat Sdn Bhd untuk Usahawan. Berikut adalah ringkasan proses yang berlaku untuk pendaftaran tersebut;

1. Carian nama syarikat dengan pihak SSM

Pihak Setiausaha Syarikat akan membuat carian nama syarikat berdasarkan senarai pilihan nama yang diberikan oleh Usahawan. 

Hanya satu nama yang akan digunakan sebagai nama syarikat berdasarkan keputusan carian yang dibuat.

2. Persiapan Dokumen Pendaftaran

Setiausaha Syarikat akan mengisi borang pendaftaran berdasarkan semua maklumat dan dokumen yang diberikan oleh Usahawan. 

3. Mengemukakan Pendaftaran

Langkah seterusnya dalam pendaftaran syarikat Sdn Bhd adalah mengemukakan pendaftaran kepada pihak SSM melalui sistem MyCoID.

Semua proses dan urusan pendaftaran ini akan diuruskan oleh pihak Setiausaha Syarikat dan kami akan sentiasa memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai status permohonan.

Langkah 3 : Memperoleh Sijil Pendaftaran

Pihak SSM akan memproses permohonan dan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat untuk kelulusan.

Proses penilaian ini biasanya melibatkan penyemakan butiran dan maklumat yang diserahkan, kesesuaian nama syarikat dan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Sekiranya semua maklumat permohonan pendaftaran syarikat Sdn Bhd adalah betul, cukup dan menepati peraturan, pendaftaran akan diluluskan oleh pihak SSM.

Seterusnya SSM akan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Syarikat dan dokumen-dokumen yang berkaitan setelah permohonan diluluskan.

Antara sijil dan dokumen yang diberikan adalah seperti berikut;

  • Borang 14 (Maklumat Penubuhan Syarikat)
  • Borang 15 (Sijil Pendaftaran Syarikat)
  • Borang 17 (Pengesahan Penubuhan Syarikat)
  • Borang 58 & 236(2) (Borang Lantikan Setiausaha)

Sijil dan dokumen ini merupakan bukti sah bahawa syarikat Usahawan telah pun berdaftar denagn SSM dan diiktiraf sebagai entiti perniagaan yang sah di bawah undang-undang pihak berkuasa. 

Oleh itu, Usahawan atau pemilik syarikat perlu menyimpan dokumen ini untuk kegunaan sebarang urusan berhubung dengan perniagaan yang dijalankan.

Langkah 4 : Pendaftaran Cukai, Akaun Bank dan Lain-lain

Kami sebagai pihak Setiausaha Syarikat akan menyediakan resolusi dan dokumen yang berkaitan untuk membolehkan Usahawan membuat beberapa urusan dengan pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bank, KWSP, PERKESO dan lain-lain.

Langkah 5 : Menjalankan Perniagaan

Usahawan boleh meneruskan perniagaan dengan tenang dan mudah setelah mendapat kelulusan pendaftaran syarikat Sdn Bhd. 

Sebarang masalah dan kesulitan dapat dielakkan dengan pendaftaran yang sah di sisi undang-undang dan syarikat kini berpotensi untuk berkemang dengan lebih maju.

Usahawan Sudah Bersedia Membuat Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd?

pendaftaran syarikat sdn bhd

Pendaftaran syarikat Sdn Bhd di Malaysia melibatkan beberapa langkah yang perlu diikuti dengan teliti. 

Walau bagaimanapun Usahawan tidak perlu pening dan bimbang kerana pihak kami sebagai Setiausaha Syarikat yang berpengalaman akan membantu Usahawan melalui proses tersebut dengan mudah dan lancar.

Amat penting bagi semua pemilik syarikat mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak SSM dan agensi-agensi yang berkenaan untuk memastikan perniagaan dapat berkembang maju tanpa sebarang masalah.

Perniagaan yang berdaftar lebih dipercayai oleh pelanggan dan berpeluang untuk menyertai program-program hebat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, institusi kewangan dan agensi yang berkaitan.

Semoga dengan panduan pendaftaran syarikat Sdn Bhd ini dapat membantu Usahawan melangkah maju kehadapan dan memulakan perniagaan dengan asas yang kukuh.

Usahawan yang sudah membuat keputusan untuk mendaftarkan syarikat Sdn Bhd, boleh hubungi kami atau anda boleh WhatsApp kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Pihak kami bersedia untuk memberikan bantuan dan khidmat nasihat yang terbaik untuk sebarang urusan pendaftaran syarikat Sdn Bhd bagi Usahawan di seluruh Malaysia.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?