fbpx

7 Jenis Bentuk Organisasi Perniagaan Sebelum Daftar Sdn. Bhd.

Bentuk Organisasi Perniagaan

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan membincangkan tentang bentuk organisasi perniagaan yang bleh digunakan untuk mengetahui dimana hala tuju syarikat anda dimasa akan datang sebelum anda mendaftarkan perniagaan.

Mana-mana jenis perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah untuk diuruskan. Anda perlu ketahui apakah hala tuju yang anda inginkan untuk perniagaan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai hala tuju, perniagaan anda tidak akan berkembang dengan baik.

Sebagai contoh, anda boleh lihat syarikat dari Malaysia seperti Grab yang mempunyai visi untuk mengembangkan perniagaannya ke seluruh Asia Tenggara. Dengan ini, mereka akan mencari idea yang berkesan untuk merealisasikan sasaran mereka.

Namun, terdapat pelbagai bentuk entiti perniagaan yang terdapat di Malaysia yang boleh menjadi pilihan anda. Bentuk organisasi perniagaan yang manakah paling bagus untuk anda? Jom kita ketahuinya dalam artikel ini melalui ciri-cirinya.

Ketahui Bentuk Organisasi Perniagaan Ini Sebelum Anda Mendaftarkan Perniagaan

1. Bilangan Ahli

Bilangan ahli dalam perniagaan tidak melibatkan pekerja yang digajikan, sebaliknya ia melibatkan individu yang mempunyai hak dalam perniagaan tersebut (jenis rakan kongsi). Perniagaan jenis milikan tunggal hanyalah seorang sahaja.

Bentuk organisasi perniagaan enterprise pula boleh mempunyai ahli dari 2 hingga 20 orang. Bagi syarikat Sdn. Bhd., ia memerlukan minimum ahli sebanyak dua orang dan boleh mencecah sebanyak 50 orang ahli. Koperasi perniagaan mempunyai minimum 100 ahli dan tiada had.

2. Sumber Modal

Modal adalah penting untuk digunakan untuk membeli bahan-bahan, peralatan, serta kos pengangkutan untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Sekiranya modal anda adalah tinggi, ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda menguruskannya.

Perniagaan milikan tunggal menggunakan wang simpanan sendiri untuk memulakan perniagaannya. Sekiranya anda memilih perkongsian perniagaan, anda boleh berkongsi modal dengan rakan kongsi anda.

Syarikat Sdn. Bhd. pula boleh mengumpul modal perniagaan daripada jualan saham kepada orang ramai. Koperasi perniagaan boleh mendapatkan sumbangan yuran ahli serta daripada terbitan saham.

3. Entiti Perniagaan

Dalam kategori entiti perniagaan, milikan tunggal serta perkongsian perniagaan mempunyai ciri perniagaan tidak terpisah daripada pemiliknya. Namun, bagi syarikat serta koperasi perniagaan memisahkan perniagaan daripada pemiliknya atau ahli.

Ini bermaksud syarikat serta koperasi perniagaan boleh menyaman atau disaman kerana ianya merupakan satu entiti hidup.

4. Liabiliti Perniagaan

Perniagaan jenis milikan tunggal mempunyai ciri liabiliti tidak terhad. Ini bermaksud sekiranya pemilik tersebut berhutang, maka aset peribadinya boleh terjejas dan boleh disita.

Perkongsian perniagaan juga mempunyai liabiliti tidak terhad kecuali kepada pekongsi terhad. Syarikat serta koperasi mempunyai liabiliti terhad yang membuatkan mereka hanya berhutang atas modal yang dikeluarkan sahaja dan tidak melibatkan aset peribadinya.

5. Pengurusan dan Kawalan Perniagaan

Bentuk organisasi perniagaan bagi milikan tunggal ialah pemiliknya akan menguruskan perniagaan dengan sendirinya atau mendapat bantuan daripada ahli keluarganya. Perkongsian perniagaan akan menguruskan perniagaan antara pemilik-pemiliknya.

Bagi syarikat pula, mereka mempunyai lembaga pengarah yang akan menguruskan polisi syarikat tersebut. Lembaga pengarah mungkin akan melantik individu profesional yang bukannya pemegang saham syarikat untuk menguruskan perniagaan mereka (Eg: CEO).

Koperasi perniagaan juga mempunyai lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahlinya. Kuasa perlantikan lembaga pengarah akan diagihkan sama rata kepada semua ahlinya.

6. Pengagihan Keuntungan

Perniagaan milikan tunggal tidak perlu mengagihkan keuntungannya kerana perniagaan tersebut hanya dimiliki olehnya. Perkongsian perniagaan pula akan mengagihkan keuntungan mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Syarikat pula akan membahagikan keuntungan kepada pemegang saham dalam bentuk dividen tahunan. Akhir sekali, koperasi perniagaan akan mengagihkan keuntungan dalam bentuk dividen serta rebat.

7. Jangka Hayat Perniagaan

Perniagaan enterprise iaitu milikan tunggal serta perkongsian perniagaan tidak mempunyai jangka hayat perniagaan yang lama kerana perniagaan tersebut akan dibubarkan sekiranya pemilik atau salah satu rakan kongsinya meninggal dunia.

Syarikat serta koperasi perniagaan pula akan masih beroperasi walaupun pemiliknya sudahpun meninggal dunia atau mereka mengubah pemilik perniagaan.

Demikian merupakan perkara yang anda perlu tahu berkenaan bentuk organisasi perniagaan sebelum anda memulakan perniagaan anda. Jadi, yang manakah paling bagus untuk anda? Itu adalah terpulang pada sasaran anda.

Sekiranya anda ingin perniagaan anda mencecah tahap global, anda boleh memilih syarikat Sdn.Bhd. sebagai pilihan anda. Sekiranya anda ingin mencari khidmat setiausaha syarikat yang berpengalaman dan kompeten, anda boleh klik di link ini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?