fbpx

3 Langkah Login SSM Untuk Daftar Syarikat Anda

Login SSM

SEBUT HARGA PERCUMA

Respons Pantas dan Konsultasi Percuma! Dapatkan Sebutharga dengan Harga Berpatutan Hari Ini.

Dalam blog kali ini, kami akan berkongsi cara-cara untuk login SSM anda menerusi laman web. Ramai yang keliru di antara laman web www.ssm.com.my dan www.ezbiz.ssm.com.my. Laman web www.ssm.com.my adalah laman sesawang korporat SSM di mana anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang segala perihal SSM di sana. Anda juga boleh memuat naik borang, mengetahui info terkini SSM dan juga melihat akta-akta yang tertakluk di bawah SSM.

www.ezbiz.ssm.com.my pula merupakan aplikasi laman web di mana anda dapat mengemudi akaun SSM milik anda di sana. Salah satu ciri-ciri utamanya adalah bagi membayar fi tahunan anda.

3 Langkah Login SSM Untuk Daftar Syarikat Anda

Login SSM Dengan EzBiz Online

Bagi membolehkan anda menikmati keseluruhan ciri-ciri yang disediakan, anda haruslah mendaftarkan diri di aplikasi laman web tersebut. Langkah pertama adalah layari www.ezbiz.ssm.com.my dan dan klik butang hijau “Sign Up”. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Pilih ID Type: NRIC dan masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda sengkang (-) serta nama anda seperti yang tertera di kad pengenalan. Setelah itu tekan butang “Register”. Setelah itu anda akan dibawa ke halaman seterusnya di mana anda perlu mengisi setiap bahagian dengan lengkap. PERINGATAN PENTING! Jangan lupa catitkan username dan password yang anda telah pilih supaya anda tidak akan lupa pada masa akan datang. Bagi yang memiliki laptop atau telefon bimbit canggih tu bolehlah save terus username dan password anda. Ini kerana anda akan memerlukan kedua-dua perkara tersebut setiap kali anda ingin login SSM ke EzBiz. Pastikan juga alamat emel yang anda daftar merupakan akaun emel yang sering anda gunakan kerana pemberitahuan, pengumuman dan peringatan untuk membayar fi akan dihantar ke emel tersebut. Begitu juga pengesahan akaun buat kali pertama. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, sila download manual di sini. Setelah selesai langkah di atas, anda cuma perlu tunggu emel dari SSM dan kemudian ikuti langkah-langkah yang disenaraikan oleh SSM di dalam emel tersebut. 

Bagi yang tak sabar nak tunggu emel dan nak tahu apa isi kandungannya, emel tersebut akan meminta anda membuat 3 perkara. Pertama, buat pengesahan di laman web EzBiz, kedua muatnaik gambar selfie sambil memegang kad pengenalan anda dan yang ketiga, buat janji temu online bersama pegawai SSM. Cara-cara membuat temu janji tersebut akan kami kongsikan secara lebih mendalam di blog akan datang.

SSM EzBiz Login

Setelah semuanya selesai, anda bolehlah login menggunakan akaun yang telahpun didaftar. Tapi jangan cepat teruja kerana ini cuma daftar akaun EzBiz. Belum lagi daftar perniagaan anda ye.

Seperti yang telah diingatkan sebentar tadi. Bagi membolehkan anda login SSM ke akaun anda di laman web EzBiz, anda mestilah memasukkan username dan password pilihan anda. Seterusnya, salin semula huruf atau nombor yang tertera di dalam kotak di bawah ruangan username dan password. Kemudian tekan “Sign In”. Jemput masuk ke dunia EzBiz.

EzBiz Online

Sebaik sahaja anda masuk ke laman EzBiz ada tertera senarai manual yang boleh anda muat turun sebagai panduan dalam mengemudi laman web ini. Manual tersebut memang sangat membantu kerana SSM telah menyediakan panduan langkah demi langkah beserta gambar bagi memudahkan anda. Anda juga akan dapati bahawa kesemua yang diperlukan bermula dari peringkat pendaftaran, pembayaran, pembaharuan, sehinggalah menambah maklumat perniagaan anda ada di sini. Kesemuanya di hujung jari anda. Ianya boleh diakses dan diubah di mana sahaja anda berada tanpa perlu untuk ke kaunter SSM. Senarai perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

Pendaftaran perniagaan baru:

  • Nama Peribadi
  • Nama Dagangan

Perubahan butiran perniagaan:

  • Alamat perniagaan utama/alamat emel
  • Jenis perniagaan
  • Butiran pada cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik

Pembaharuan perniagaan:

  • Tempoh pembaharuan sebelum atau dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat tempoh.

Penamatan perniagaan:

  • Hanya untuk perniagaan yang aktif.

Perkhidmatan Kompaun:

  • Untuk melihat kompaun tertunggak
  • Untuk membuat pembayaran kompaun dalam talian

Bagi yang belum mendaftar perniagaan dengan SSM. Silalah lakukan yang demikian dengan segera. Jika anda perlukan bantuan, TAZ Corporate Advisory (M) Sdn Bhd sedia membantu. Hanya Whatsapp kami dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan anda. Selain tu, bagi yang belum tahu, TAZ menyediakan perkhidmatan setiausaha syarikat dengan harga serendah RM80 sebulan. Whatsapp untuk maklumat lanjut.

Dalam blog kali ini, kami akan berkongsi cara-cara untuk login SSM anda menerusi laman web. Ramai yang keliru di antara laman web www.ssm.com.my dan www.ezbiz.ssm.com.my. Laman web www.ssm.com.my adalah laman sesawang korporat SSM di mana anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang segala perihal SSM di sana. Anda juga boleh memuat naik borang, mengetahui info terkini SSM dan juga melihat akta-akta yang tertakluk di bawah SSM.

www.ezbiz.ssm.com.my pula merupakan aplikasi laman web di mana anda dapat mengemudi akaun SSM milik anda di sana. Salah satu ciri-ciri utamanya adalah bagi membayar fi tahunan anda.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?