fbpx

Cara Keluarkan Nama Dari SSM Online

Cara Keluarkan Nama Dari SSM Online

SEBUT HARGA PERCUMA

Dapatkan sebut harga pendaftaran syarikat secara online dengan kami

Artikel ini akan menerangkan tentang cara keluarkan nama Dari SSM online

Dalam zaman pandemik yang melanda dunia sekarang, adalah amat sukar untuk sesebuah syarikat untuk bertahan lama. Anda bernasib baik jika syarikat anda tidak terjejas oleh kesukaran ekonomi yang melanda Malaysia disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Kadang-kadang ada juga kes yang di mana rakan kongsi syarikat atau perniagaan enterprise anda tidak lagi mampu untuk komited dengan syarikat anda dan anda ingin tahu cara keluarkan nama dari SSM online. Pada mulanya, anda dan rakan kongsi berjanji untuk melakukan kerja bersama-sama untuk kepentingan syarikat. Namun, apabila wabak Covid-19 melanda, rakan kongsi anda mula tidak menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya oleh disebabkan oleh isu peribadi dan ini menyebabkan syarikat anda mengalami masalah dari segi pengurusan syarikat.

Semestinya perkara ini akan membebankan anda kerana janji yang dimaterai oleh rakan kongsi anda tidak dikecapi. Sebagai seorang pemilik syarikat, semestinya anda inginkan rakan kongsi anda untuk tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat anda kerana anda memerlukan pekerja yang menjalankan tugasnya dengan teliti untuk kepentingan syarikat anda. Oleh yang demikian, anda ingin mengambil keputusan untuk mengeluarkan nama rakan kongsi anda dari syarikat anda, tetapi bagaimanakah caranya? Artikel ini akan membincangkan cara keluarkan nama dari SSM online bagi syarikat anda.

Cara Keluarkan Nama Dari SSM Online Untuk Syarikat Sdn Bhd

Sekiranya rakan kongsi anda itu hanyalah seorang pemegang modal, anda tidak boleh buang nama dia dari syarikat begitu sahaja. Anda mestilah mempunyai orang yang menawarkan kepadanya untuk membeli semula modalnya itu. Dengan cara ini sahaja namanya boleh dikeluarkan. Namun, perkara ini mestilah atas persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Tetapi, ada pengecualiannya. Sekiranya pemegang saham tersebut disenaraikan sebagai individu yang bekerja untuk syarikat anda dan dia tidak mahu melakukan kerja yang diamanahkan kepadanya, pemegang saham tersebut boleh diberhentikan kerjanya mengikut Akta Kerja. Namun, perkara tersebut mestilah mempunyai bukti yang didokumenkan oleh syarikat anda seperti surat lantikan serta surat pemecatan.

Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan cara keluarkan nama dari SSM online dan pengeluaran nama dari syarikat, perkara ini terbahagi kepada dua cara iaitu melalui perletakan jawatan atau penyingkiran ahli syarikat:-

1)

Perletakan Jawatan

Perletakan Jawatan ahli syarikat yang juga berdaftar sebagai pemegang saham syarikat anda boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan atas apa-apa alasan. Perkara ini berkuatkuasa pada tarikh Lembaga Pengarah Syarikat menerima surat perletakan jawatan tersebut atau pada tarikh yang ditulis dalam surat atau mengikut peruntukan Artikel Syarikat.

2)

Penyingkiran Pengarah

Sekiranya anda ingin menyingkirkan pengarah tersebut, anda boleh melakukannya tetapi ianya mestilah dilakukan oleh ahli syarikat di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (Extraordinary General Meeting) sahaja. Tetapi, anda perlu ambil perhatian berkenaan Seksyen 122(6) dan 122(7) Akta Syarikat 1965. Akta ini menyatakan bahawa sekiranya bilangan Pengarah Syarikat akan kurang daripada dua orang Pengarah, maka perletakan jawatan tersebut akan menjadi tidak sah kecuali jika perletakan jawatan tersebut adalah disebabkan Pengarah tersebut tidak layak memenuhi kelayakan atau menurut hal tidak layaknya di bawah Akta Syarikat; atau mana-mana undang bertulis yang lain. Sekiranya situasi anda seperti yang dinyatakan, pihak syarikat perlulah melantik Pengarah baru bagi menggantikan jawatan individu tersebut, sekiranya bilangan Pengarah akan menjadi kurang dari dua orang.

Cara Keluarkan Nama Dari SSM Online Untuk Syarikat Enterprise

Cara Keluarkan Nama Dari SSM Online Untuk Syarikat Enterprise

Anda juga perlu tahu bahawa proses pengeluaran nama untuk perniagaan enterprise (cara keluarkan nama dari SSM online) adalah berbeza daripada perusahaan syarikat Sdn. Bhd. dan lebih mudah untuk dilakukan. Jika perniagaan anda dalam bentuk perkongsian perniagaan, anda boleh berbincang terlebih dahulu dengan rakan kongsi perniagaan anda sama ada dia mahu meneruskan perniagaan atau tidak. Jika dia mengatakan yang dia tidak lagi mahu meneruskan perniagaan dengan anda, anda boleh menyuruh rakan kongsi anda untuk pergi terus ke bangunan SSM yang terdekat. Dia perlu mengisi borang pengeluaran nama sebagai rakan kongsi perniagaan anda. Perkara ini juga perlulah disaksikan bersama anda dan rakan kongsi yang lain. Pengeluaran nama rakan kongsi anda tidak akan menjadi sah sekiranya salah seorang daripada kesemua rakan kongsi perniagaan anda tidak hadir pada penyerahan borang tersebut.

Setelah nama rakan kongsi atau pengarah syarikat anda dikeluarkan, anda serta ahli syarikat yang lain bolehlah merangka semula pelan untuk memastikan perniagaan anda berkembang dengan pesat dan produktif. Untuk syarikat Sdn. Bhd., anda boleh mendapatkan informasi ini daripada setiausaha syarikat anda. Sekiranya anda ingin mencari khidmat setiausaha syarikat yang kompeten atau ingin tahu tentang cara keluarkan nama dari SSM online dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di sini.

Senarai lokasi negeri-negeri yang boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat kami ialah seperti berikut:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Open chat
1
Terima kasih atas pertanyaan di daftarsyarikat.net. Bagaimana kami boleh bantu anda mengenai Daftar Syarikat Sdn Bhd?